Pages

Subscribe:

19 May 2010

Cikgu oh cikgu, Selamat Hari Guru.

Salam 2 all

Hari guru tiba lagi. Bila tibanya hari guru, tentu sebahagian guru akan dapat banyak hadiah dari anak didiknya. Guru merupakan insan yang sangat mulia. Mereka adalah orang yang sangat penting dalam mempastikan kejayaan anak bangsa.

Walau pun guru mungkin masih lagi berada di sekolah yang sama, namun anak didiknya mungkin telah menjadi pegawai besar, ahli korporat yang berjaya, menjadi pemimpin masyarakat ,ada yang hidup mewah dilimpahi kekayaan dan sebagainya, namun guru tetap setia dengan tugasnya mendidik dan terus mendidik anak bangsa hingga jaya.

Harus diingat kehidupan orang yang berjaya, sejarahnya tetap bermula dari seorang guru biasa yang mengajar kita. Dari seorang guru biasa inilah, akhirnya kita menempuh onak dan duri sehingga kejayaan bersama kita. Dikesempatan ini saya ucapkan ' Selamat Hari Guru' kepada semua guru guru saya, rakan rakan saya yang menjadi guru dan semua guru guru di Malaysia.

Kepada guru guru saya, ucapan ribuan terima kasih atas tunjuk ajar kalian semua. Guru guru di SK Bukit Payong tahun 1981 - 1987. Antaranya Cikgu Hasnah, Cik Hjh Roslina, Ustaz Jusoh
( Ayah Su), Cikgu Ishak, Cikgu Zaudin, Cikgu Bariah ( Ini adalah cikgu paling ditakuti) dan lain lain.

Buat guru guru di SMKBS tahun 1987 - 1991 yang meneruskan perjuangan mendidik anak bangsa. Walau pun sekolah ini tidak lah tersohor macam sekolah asarama penuh, tapi hasil didikan guru guru semua, ramai antara kami telah berjaya dalam kehidupan dan kerjaya masing masing. Buat Cikgu Mazlan Nordin, cikgu Fatimah Embong, Cikgu Asiah Shah Ayob, Cikgu Hashim, Cikgu Zubir Embong, Cikgu Saniah, Cikgu Wan Zaitong, Cikgu Tan Jean Wee, Cikgu Aziz, Cikgu Salleh Busu dan lain lain yg saya tak sebutkan disini. Terima kasih cikgu, jasa kalian mungkin tidak dapat kami balas.

Begitu juga buat guru guru saya di SMK Padang Midin 1992 - 1993 yg juga memainkan peranan yg sangat penting. Antaranya Cikgu Nawawi, Cikgu Mohd Osman, Cikgu Abdullah, Cikgu Wee Peck Sian, Cikgu Syed Baharuddin, Cikgu Kalthom, Ustazah Fatimah, Cikgu Jamil, Cikgu Meriah, Cikgu Zaidi Embong, Cikgu Mat Nor dan lain lain lagi. Saya dan bagi pihak kawan kawan ucapkan terima kasih buat cikgu cikgu semua.

Tidak ketinggalan buat rakan rakan sekolah yang bergelar guru pada hari ini iaitu Cikgu Bahari, Cikgu Ramzi, Cikgu Lukman, Cikgu Sabarinah, Cikgu Roshaslida, Cikgu Bakri, Cikgu Azhar, Cikgu Kusumawati, Cikgu Juliza, Cikgu Siti Salmiah, Cikgu Mahani dan semua rakan rakan yang bergelar guru. 20 tahun lepas saudara bergelar pelajar dan kini sahabat sudah bergelar guru.

Saya mendoakan semua guru dikurniakan kesihatan, panjang umur , murah rezeki dan sentiasa berbakti dengan ikhlas dan jujur demi anak bangsa tercinta. Insyallah kerajaan sentiasa akan meningkatkan kerjaya profesyen perguruan ke tahap yang lebih tinggi. Saya akan sentiasa bercakap dimana mana bagi memberi sokongan kuat kepada anda semua.

Selamat Hari Guru

Wassalam

No comments:

Contributors