Pages

Subscribe:

24 May 2010

Cari Imam & Bilal.

salam 2 all

Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang masih setia dgn blog saya. Dalam negara kita begitu banyak masjid dan surau yang didirikan bagi memenuhi tuntutan islam. Pembinaan masjid dan surau tidak banyak mendatangkan masalah kepada kita. Ada peruntukan, ia akan dapat dilaksanakan.

Namun apa yang merisaukan kita semua ialah kerana kurangnya jumlah Imam dan Bilal terutamanya generasi muda yang sanggup untuk memikul amanah ini. Hampir semua masjid dan surau tidak mempunyai imam dan bilal yang cukup. Kini, saya melihat antara jawatan yang paling sukar diisi ialah jawatan imam dan bilal kerana keminatan masyarakat terhadap jawatan ini hambar manakala yang berminat pula tidak layak.

Di masjid kerajaan yang mana imam dan bilal bertaraf jawatan tetap, masalah ini mungkin kurang dirasai namun ia cukup dirasai di masjid masjid mukim yang mana imam dan bilal bukan berjawatan tetap. Ada masjid yang saya pergi, hanya ada 1 orang imam dan bilal sahaja. menurut AJK Masjid, tidak ada calon yang berminat dan sanggup untuk mengisi jawatan tersebut.

Saya pernah menjadi Setiausaha JK Masjid, Perkara ini ada kebenarannya. Kadang kadang amat sukar untuk kita mencari Imam dan bilal di masjid masjid kampung. Sepatutnya jawatan Imam dan Bilal ini hendaklah didisi oleh generasi muda yang mana mempunyai tenaga yang kuat.

Namun yang menjadi masalah kepada kita ialah ungtuk mencari pengganti kepada imam yang sudah berumur. Oleh kerana tidak ada pilihan maka perkhidmatan mereka diteruskan.Kita kesian melihat imam yang telah uzur untuk mengimamkan sembahyang dengan tenaganya yang sudah lemah.

Saya merasakan sudah tiba masanya, pihak kerajaan menjadikan profesyen imam dan bilal ini, satu perkara yang penting. Profesyen ini mesti ditingkatkan sesuai dengan peranannya dalam meningkatkan syiar islam dalam masyarakat kita. Kita akui bahawa pada masa kini kerajaan telah pun membayar elaun bulanan kepada imam RM 600 sebulan dan bilal RM 400 sebulan namun ia masih dapat menyelesaikan masalah ini.

Walaupun elaun yang diberikan agak lumayan, namun jawatan ini tidak menjadi rebutan seperti jawatan pengerusi JKKK dan jawatan lain yang ada dalam sesebuah kampung.

Istitut latihan Imam dan Bilal secara formal mesti ditubuhkan dengan segera bagi mengatasi masalah ini. Jika imam dan bilal yang ada bertenaga dengan suaranya yang merdu, saya rasa bilangan jemaah yang akan memakmurkan rumah Allah akan meningkat.

Pihak Jabatan agama negeri juga harus memainkan peranan yang lebih dalam soal ini. Jika ia tidak ditangani dengan serius kita akan mengalami kepupusan bagi kedua dua jawatan tersebut.

wassalam

No comments:

Contributors