Salam bloggers.
Esok 8 Mac 2010 genap 2 tahun PRU 12 berlalu. Kita rakyat Malaysia harus bersyukur kerana masih lagi menikmati keamanan, kestabilan politik dan ekonomi yang berterusan walaupun ada bibit bibit keganasan yang di cetuskan oleh pembangkang. Namun kecekapan pihak berkuasa dan kebijaksanaan pemimpin berjaya mengekang unsur unsur yang tidak bertanggungjawab ini.
Terima kasih kepada pasukan keselamatan kita.
Buat pertama kali dalam sejarah negara Barisan Nasional, tidak dapat majoriti 2/3 di Dewan Rakyat dan kejatuhan 5 negeri ke tangan pembangkang dalam PRU 12. Ia sesuatu yang mengejutkan kita semua. Rakyat yang membuat keputusan tersebut. BN akur dengan keputusan rakyat walaupun selama ini pembangkang membangkitkan isu pilihanraya di Malaysia tidak adil. Kalau kita amalkan ketidakadilan dalam demokrasi negara, sudah pasti pembangkang tidak akan dapat membentuk kerajaan di 5 negeri tersebut.
Selepas PRU 12 juga turut dipenuhi dengan isu isu panas dan sensitif telah dibangkitkan oleh pembangkang. Anataranya isu berkaitan agama, hak asasi, perlembagaan, kewarganegaraan dan lain lain isu berkaitan. Kita tentu lebih sedih apabila soal hak melayu dan Raja Raja Melayu juga turut dipertikaikan. Saya berpandangan, ini semua berlaku kerana keputusan PRU 12 yang membuatkan mereka angkuh dan sombong serta berlagak sebagai pejuang bangsa.
Negara juga mencipta sejarah tersendiri kerana selepas PRU 12, sebanyak 9 pilihanraya kecil diadakan di Parlimen Permatang Pauh, Parlimen Kuala Terengganu, Parlimen Bukit Gantang, DUN Bukit selambau, DUN Batang Air, DUN Penanti, DUN Manek Urai, DUN Permatang Pasir dan DUN Bagan Pinang. Ianya terjadi adalah disebabkan kematian dan perletakan jawatan ADUN yang tidak bertanggungjawab.
Sejarah juga tercipta kerana selepas PRU 12 tersebut, seramai 7 wakil Rakyat PKR telah keluar parti dan meyertai bebas. mereka ialah Jamaludin Mohd Radzi, Mohd Osman Jailu, Dato' Seri Zahraian Mohd Hashim, Tan Tee Beng, Mokhsin Fadli Samsuri dan Hee Yit Foong. Yang terakhir Zulkifli Nordin dipecat dari PKR kerana lantang memperjuangkan isu kalimah Allah. Mereka semua hilang kepercayaan terhadap PKR kerana perjuangan mereka adalah perjuangan balas dendam dan belot terhadap melayu dan islam.
Ini membuktikan kepada rakyat bahawa perjuangan mereka adalah untuk kepentingan individu dan perasaan demdam yang membuak buak. Cita citanya hanyalah untuk menjadi Perdana Menteri walau dengan apa cara sekali pun sehingga memohon bantuan asing. Rakyat begitu terpesona dengan lakonan mereka sehingga memberi undi bagi membolehkan mereka menang besar dalam PRU 12 yang lalu. Inilah hikmah disebalik kegagalan Anwar menjadi Perdana Menteri selepas Tun Dr Mahathir. Inilah ketentuan Allah yang maha berkuasa.
Rakyat semakin matang. Hanya BN sahaja yang mampu untuk menang dan punyai pengalaman luas mentadbir negara dengan adil. Buktinya lihatlah pembangunan dan kemakmuran ekonomi serta kedaulatan islam yang dibawa oleh BN sehingga kita dapat menikmati segala galanya di bumi Malaysia bertuah ini.
Bagi BN, PRU 12 memberi pengajaran yang amat bermakna bagi mengorak langkah yang lebih cemerlang. Kita mestilah lebih kerap turun padang bagi menjadi juara rakyat dalam segenap hal. Semua parti komponen nampaknya sudah mengorak langkah, memperbaiki diri menjelang PRU ke 13 nanti. Cuma MCA sahaja yang kelihatan masih berada dalam kekaburan. Kita harap MCA akan kembali normal selepas pemilihan semua AJK pusat nanti.
PRU 12 telah membawa banyak pengajaran kepada kita semua. Inilah akibatnya jika pembangkang terus diberi kuasa. Mereka tidak layak mengemudi negara ini kerana hanya mengikut telunjuk DAP sahaja. Mereka mesti dinyahkan dari politik negara kita.
10 months ago
No comments:
Post a Comment