Pages

Subscribe:

22 August 2010

Suasananya amat berbeza

salam 2 all

Alhamdulillah , puasa Ramadhan telah masuk fasa yang kedua iaitu fasa keampunan Allah s.w.t. fasa pertama merupakan rahmat Allah telah berlalu pergi meninggalkan kita. Moga moga kita telah berpuas hati dengan ibadat di fasa pertama.

Di awal Ramadhan saya banyak menghadiri majlis dengan rakyat khususnya program pengagihan bantuan bagi keperluan di bulan puasa dan juga persediaan Hari Raya Idul Fitri. Bermula dengan agihan zakat, kemudian majlis bantuan dana Raya, selepas itu saya turun ke kampung kampung bagi bertemu dengan penerima bantuan kebajikan.

Bagi agihan zakat , Kerajaan memperuntukkan RM 350.00 seorang, bagi bantuan dana raya pula kerajaan memperuntukkan RM 200.00, RM 300.00 dan RM 400.00 bergantung kepada kelayakan masing masing. Begitu juga dengan bantuan kebajikan masyarakat. Di pertengahan Ramadhan ini pula, kita akan mula agihkan buah kurma sumbangan Kerajaan untuk setiap rumah. Inilah bertuahnya kita menjadi rakyat Malaysia.

Inilah yang disebutkan, bulan Ramadhan yang penuh kerahmatan bagi kita rakyat Malaysia. Dalam pada itu saya teringat kepada peristiwa yang berlaku ke tempat lain. Saya mendengar cerita dari Kelab Putera 1 Malaysia dalam misi ke Palestin baru baru ini. Begitu sedih mengenangkan peristiwa menyayat hati dinegara ini.

Mereka merupakan manusia seperti kita, tetapi kehidupan mereka amat berbeza dari kehidupan kita. Mereka berjuang dengan titisan darah bagi mempertahankan tanah air , meyelamatkan keluarga mereka, menyelamatkan harta benda mereka. Nyawa menjadi taruhan. kematian sudah menjadi perkara . Bagaimana mereka menjalani bulan rahmat ini agaknya.

Anak anak kecil yang tidak berdosa dan tidak tahu apa apa menjadi mangsa. Semenanjung Gaza mempunyai 1.4 juta orang. Kawasan ini tidak ada bekalan elektrik, Elektrik hanya berfungsi 6 jam sehari sahaja. Cuba bayangkan kalau kita ada elektrik hanya 6 jam sehari. Mereka juga mengatakan tidak ada satu rumah pun di Gaza city yang tidak ada kesan tembakan atau kesan peluru di rumah mereka.

Keadaan kesihatan disana juga amat teruk. Penyakit berjangkit seperti cirit birit mudah merebak kerana bekalan ubat ubatan yang amat kurang. Ia ditambah pula pihak Israel tidak membenarkan pesakit dirawat di luar Palestin.

Bekalan makanan yang diagih pula menjadi rebutan. Mereka berebut rebut untuk mendapatkan bekalan walau pun jaminan diberi bahawa bekalan cukup dan semua org akan dapat namun mereka tetap berebut kerana bimbang meraka tidak dapat.

Kita sangat hairan, dalam suasana negara mereka sedemikian , mereka masih tidak dapat bersatu diantara satu sama lain. Hamas dan Fatah masih lagi bercakaran antara satu sama lain. Oleh yang demikian kita tak boleh salahkan 100% Israel. Yang salah adalah bangsa mereka sendiri. Saya cukup yakin kalau bangsa mereka bersatu, Israel tidak berani untuk bermaharaja lela membenam bangsa mereka.

Kalau nak sebut soal bantuan raya, bantuan Ramadhan, bantuan pakaian sekolah, bantuan komputer dan lain lain bantuan amat jauh bagi mereka. Mereka tidak impikan perkara perkara ini. Apa yang mereka perlukan ialah bantuan makanan dari negara luar untuk meneruskan kelansungan kehidupan di bumi mereka sendiri.

Itulah penderitaan yang mereka hadapi, dalam kita menikmati kemewahan hidup, kemewahan makanan di negara ini. Di Malaysia, setiap ptg bazar Ramadhan dipenuhi dengan orang ramai untuk membeli juadah berbuka puasa. Kita dapat bersolat terawih di malam hari dengan begitu baik. Itulah Malaysia, Alhamdulillah, banyak banyak kita bersyukur.

Wassalam

No comments:

Contributors