salam 2 all
Ramadhan sudah masuk hari kelapan. Mudah mudahan kita terus berada di landasan yang betul dan diredhai Allah.
Puasa zaman budok budok memang menyeronokkan. Ianya satu pengalaman yang cukup bermakna. Kadang kadang ianya cukup meletihkan kerana pada masa sekolah rendah saya pergi ke sekolah dengan basikal, kadang kadang berjalan kaki. Bila jalan kaki balik sekolah tu, faham faham je lah. Matahari duk atas kepala. jarak rumah ke SK Bukit Payong dalam 2 KM.
Balik sekolah mesti tidur kat bawah rumah. Ianya amat dingin kerana dilamar oleh angin sepoi sepoi bahasa. Pada sebelah ptg biasanya mak suruh pergi hantar makanan ke rumah tok wan sebelah mak dan tok ki sebelah ayah. Tok wan sebelah ayah meninggal masa saya kecil lagi. Mak saya memang orang yang suka masak sampailah sekarang.
Tp kadang kadang perasaan nak marah ada juga sebab balik sekolah, kena pergi Kedai Buluh beli ikan. Dah lah kita letih balik sekolah. sabor je lahhh. Pergi jugak tp dalam keadaan tidak rela.
Disamping itu , makanan ini juga dihantar ke rumah jiran jiran berdekatan. Antaranya rumah arwah Pok De, Mok Cek, Arwah Mok Nik dan Pok Ngoh Loh dan rumah Mek Wok. Kepada arwah, kita sedekahkan al fatihah kepada mereka, semoga mereka ditempatkan dilangan orang orang soleh. Ingatan saya terhadap mereka masih segar.
Makanan wajib dibulan ramadhan ini lalah cendol dan mee goreng. Itu makanan kegemaran kami adik beradik. Apa yang tidak dapat dilupakan ialah pada sebelah ptg kami kikis tebu untuk dibuat airnya secara sendiri. Mesin air tebu ciptaan ayah saya. Memang unik mesin ini tapi sayang masa tu saya tak ada kamera untuk ambil gambar. Tebu akan dikepit bagi mengeluarkan airnya. Ini akan menjimatkan perbelanjaan kami sekeluarga.
Terawih merupakan kewajipan yang mesti ditunaikan. Saya akan ikut ayah berbasikal ke masjid. Kebetulan ayah merupakan Imam di Masjid Hj. Yaacob. Peluang untuk mendekati orang orang tua mungkin menjadikan saya seorang yang berani ke hadapan. Biasanya lps solat terawih ayah dan beberapa orang lama akan berada di berandar masjid sambil berbual. Oleh kerana nak balik sorang takut, maka kena tunggu mereka selesai urursan, barulah kami balik.
Oleh kerana selalu ikut ke masjid, saya memberanikan diri untuk azan di masjid masa ketiadaan bilal. Masih segar dalam ingatan saya mula mula azan kat masjid masa berumur 13 tahun. Pernah sekali masa azan subuh terlupa nak ucap " Assolathukhairun minan naun" riuh orang dalam masjid.
Moreh adalah satu kewajipan di kampung saya. sampai sekarang pun ia masih diamalkan. AJK masjid akan menetapkan jadual untuk penyediaan moreh ini. Antara makanan popular ialah ketupat pulut, otot otot, pulut panggang dan sebagainya. kalau dalam tahun 70an dulu, orang tuan bercerita, cendol merupakan makanan popular di masjid ini.
Itu adalah catatan sedikit pengalaman puasa masa berada di sekolah rendah walau pun dalam serba kesusahan. Alhamdulullah kini kami adik beradik berjaya dengan kerjaya masing masing. Begitu juga dengan waarga kampung yang lain kerana 90% bekerja sebagai petani. Namun sebahagian besar dari anak mereka telah berjaya sehingga ada yang jadi Timbalan ketua Pengarah Pendaftaran, Pensyarah, Pegawai kanan kerajaan dan syarikat, guru ,peniaga dan lain lain lagi. alhamdulillah.
10 months ago
No comments:
Post a Comment