Salam 2 all
Pertamanya, saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang masih setia dengan blog saya. Sebarang pandangan yang membina akan terus saya amalkan. Terima kasih kpd saudara Ahmad yang nampaknya begitu setia dgn blog saya. Terima kasih banyak atas ulasan dan pandangan yang diberikan.
Masyarakat kita nampaknya semakin bercelaru dari sehari ke sehari. Pada tahun 50 an, 60 an, 70 an keadaan masyarakat malaysia terutamanya masyarakat melayu berada dalam keadaan stabil walaupun pada masa itu mereka tidak mendapat pendidikan yang sempurna. Dari tahun ke tahun kerajaan bekerja keras bagi meyediakan kemudahan pendidikan dinegara kita. Tujuannya adalah bagi mempastikan rakyat mendapat pendidikan yang sempurna.
Hari ini , boleh dikatakan 95 % rakyat Malaysia sudah celik huruf. Nampaknya usaha yang dilakukan oleh kerajaan telah menampakkan hasilnya. Rakyat sudah memiliki ilmu yang sempurna dan negara telah berubah kearah yang lebih baik, sehinggakan kereta sudah terdapat dihampir setiap rumah di Malaysia.
Namun apa yang dilihat, semakin cerdik dan berilmu masyarakat kita, nampak semakin menebal perpecahan umat kita walaupun Allah sentiasa mengingatkan kita ' Hendaklah kamu berpegang kepada tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah". Kadang kadang orang yang berilmulah yang akan merosakkan sesuatu bangsa.
Kita juga sering mendengar perkataan boikot barangan yahudi, Kita boleh boikot tetapi sampai ketahap mana kita mampu untuk memboikot. Golongan yahudi ini saban hari berfikir untuk mencipta alatan baru dalam dunia keilmuan mereka. Mereke sentiasa memikirkan, bagaimana untuk memajukan bangsa mereka. Bagaimana kita nak boikot komputer dalam dunia sekarang sedangkan komputer sudah menjadi darah daging manusia pada zaman ini. Ilmu ini dikuasai oleh mereka. Saya sering berjumpa dengan masyarakat kita yang menampal perkataan boikot yahudi di cermin keretanya, tetapi beliau sedang mengisi minyak di Caltex. Ni lah sikap orang kita yang taaksub dengan membuta tuli namanya.
Apa yang kita buat untuk kemajuan umat ini. Umat melayu islam sering menghabiskan masa dengan bercakaran sesama sendiri. Banyak masa dihabiskan dengan sesi ceramah, kutuk mengutuk terutamanya oleh pembangkang saban malam diseluruh pelusuk Tanah Air. Mungkin sedikit kesilapan kerajaan, akan dijaja oleh mereka sebesar besarnya dan seburuk buruknya. Apa yang baik pula tidak pernah diucapkan tahniah atau dimaklumkan dalam ceramah mereka. Inilah sikap orang kita.
Banyak projek yang dilaksakan akan dianggap sebagai pembaziran wang rakyat sedangkan mereka juga akhirnya mendapat manafaat. Ini adalah satu pemikiran yang jumud dan sempit mereka. Semuanya dikatan pembaziran, Jambatan Pulau pinang, KLIA Sepang, Putrajaya dan lain lain lagi. nah, kini semua merekalah yang menggunakan semua kemudahan ini.
Jika terdapat insan mulia sebagaimana Mufti Perak yang sanggup menjadi tengah dalam penyatuan umat, akan dikutuknya habis habisan dengan perkataan yg amat menjijikkan. Saya pun tak pernah dengar orang bukan islam mengutuk ketua agama mereka seperti paderi, sami dan sebagainya dengan perkataan sedemikian. Sepatutnya kita menarik nafas lega apabila ada insan mulia yang hendak melihat kita bersatu. Inilah dilema org yang dikatakan ulamak, mereka lebih rela berkerjasama dengan orang yang terang terang menentang islam. DAP sudah pasti orang yang paling gembira jika umat islam dalam negara ini gagal disatukan.
Kemana kita akhirnya? inilah persoalan yang sering diutarakan. Mungkin kita akan menjadi macam Palestin. dalam keadaan negara semacam itu pun mereka sesama mereka tidak dapat bersatu antara Puok Hamas dan Fatah. Apakah kita juga kearah itu. Pada masa sekarang saya lihat dalam soal ibadah pun kita sudah tidak boleh bersatu. Sudah ada Masjid Kerajaan dan Masjid PAS. Ada juga dikalangan pengikut yang tidak pernah solat di masjid kerajaan kerana ketaksuban terhadap parti mereka. Ini lah ajaran yang dibawa oleh pemimpin mereka. Mereka yang jahil agama sudah pasti akan terikut ikut dengan agenda jahat ini.
Renung renungkanlah.
10 months ago
No comments:
Post a Comment