Pages

Subscribe:

29 July 2010

Guru dibenarkan berpolitik.

Salam 2 all

Kerajaan telah membuat keputusan bagi membenarkan guru guru gred DG 41 hingga DG 48 bergerak aktif dalam politik. Suatu berita yang amat mengembirakan. Tahniah buat guru guru yang berada di gred berkenaan. Namun demikian kelulusan ini sudah pasti ada pro & con dikalangan kita.

Guru merupakan golongan yang sangat istimewa. Mereka bukan sahaja dihormati oleh pelajar tapi juga oleh masyarakat sekeliling. Secara pribadi saya amat beresetuju dengan langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan ini. Apabila org bertanya kepada YAB perdana Menteri, adakah kerajaan akan membenarkan pegawai kerajaan yang lain untuk bergiat aktif dalam politik?

YAB Perdana Menteri memaklumkan, setakat ini kita mulakan dengan guru ini dulu, Kemudian kita akan fikirkan bagi pegawai yang lain.

Alasan yang digunakan oleh kerajaan bagi membenarkan guru ini bergiat aktif dalam politik ialah kerana mereka bukan eksekutif yg berkuasa yang memberi meluluskan sesuatu kelulusan tapi memreka adalah pendidik kepada anak bangsa. Kemasukan guru dalam kepimpinan politik ini sudah pasti akan dapat mengukuhkan sesebuah parti kerana tahap keilmuan yang ada pada mereka.

bagi pegawai kerajaan dari lain lain perkhidmatan, saya kurang bersetuju mereka dibenarkan berpolitik. Ini kerana perkhidmatan lain pada gred 41 keatas, mereka mempunyai kuasa eksekutif. Jika mereka dibenarkan aktif berpolitik, mungkin kebarangkalian untuk menyalahguna kuasa akan berlaku.

Pengaruh guru dalam masyarakat amat kuat. Jika mereka menjadi pemimpin, masyarakat akan lebih yakin dengan kepimpinan seorang guru terutama di peringkat akar umbi. namun demikian seseorang gvuru mestilah mengutamakan tugas hakiki mereka terlebih dahulu. Kita tidak mahu seseorang guru terlampau aktif berpolitik sehingga mengabaikan tugas hakiki sebagai pendidik.

Oleh itu, Kementerian Pelajaran mestilah menyediakan garis panduan bagi tujuan tersebut bagi memastikan kelulusan ini tidak disalahgunakan oleh guru berkenaan. Jika tersilap langkah maka pelajar pelajar kita akan menanggung kerugian.

Buat guru guru , saya ucapkan tahniah. Moga kelulusan ini akan melahirkan ramai lagi pemimpin politik dari kalangan guru sebagaimana era tahun 60an dan 70an. kepimpinan guru sudah terbukti amat diperlukan dalam masyarakat kita. Kita terus martabatkan negara tercinta.

wassalam
31 Julai 2010
19 Syaaban 1431


No comments:

Contributors