Pages

Subscribe:

28 July 2010

Kemudahan sukan di Bukit Payong ( Sinar Harian 29/07/2010)



BUKIT PAYONG - Kerajaan memperuntukkan hampir RM1 juta bagi pembinaan gelanggang rakyat dan gelanggang futsal buat penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong tahun ini.

Pegawai Pembangunan DUN Bukit Payong, Zaidi Muda berkata, ia meliputi tiga gelanggang rakyat dan sebuah gelanggang futsal baru.

“Gelanggang rakyat di Kampung Surau Haji Yaakob dan Kampung Belukar Jambu telah siap dibina manakala satu lagi akan dibina di Kampung Surau Haji Daud. Setiap satunya berharga RM150,000.

“Pembinaan gelanggang rakyat memang kita nantikan apatah lagi ia memberi peluang kepada penduduk melakukan aktiviti dengan lebih baik dan selesa, selari dengan pertambahan penduduk di kawasan ini,” katanya.

Menurutnya sebuah gelanggang futsal tertutup akan dibina di Kampung Undang dalam masa terdekat.

Proses sebut harga bagi pembinaan gelanggang itu telah dibuat Pejabat Daerah Kuala Terengganu, dianggarkan bernilai RM350,000.

“Kerajaan juga akan melaksanakan kerja baik pulih padang bola Kampung Padang Pak Su Man tidak lama lagi. Semua ini akan memberi peluang kepada belia dan beliawanis di DUN Bukit Payong untuk menjalankan aktiviti mereka," katanya.

No comments:

Contributors