Pages

Subscribe:

08 July 2010

Penghargaan buat Pemuda & Pemudi Trg. Terimah kasih atas sumbangan anda.

Salam 2 all

Sekali lagi mari lah kita memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah kurnianya Kerajaan Terengganu masih dapat meneruskan program Bakti Remaja untuk tahun 2010. Belia & beliawanis/ Pemuda & Puteri , marilah kita sama sama panjatkan rase syukur. Alhamdulillah.

Dana ini akan mula diagihkan kepada semua bermula 13 hingga 19 julai 2010 untuk DUN Bukit Payong. Pada tahun ini seramai 2215 orang akan menerima bantuan ini. Setiap mereka akan menerima RM 200.00 seorang. Ini bermakna kerajaan akan membelanjakan RM 443,000.00 untuk DUN Bukit Payong sahaja.

Jumlah ini meliputi 23 buah kampung dalam DUN Bukit Payong. pembahagian akan dibuat di Dewan Sivik Atas Tol dan Dewan Sivik Bukit payong. Pemberian ini adalah sebagai tanda keprihatinan dan penghargaaan kerajaan BN Terengganu diatas sumbangan pemuda & puteri atas jasa dan keterlibatan mereka dalam pembangunan negeri Terengganu. Tanpa kerjasama belia & belia wanis ini, pembangunan negeri tercinta tidak akan berjalan lancar.

Pemberian ini adalah khusus untuk mereka yang berumur 21 hingga 40 tahun, masih belum berkahwin dan berpendapatan bawah RM 1200.00 sebulan. Kesemua mereka dalam kategori ini akan diberikan saguhati berkenaan.

Oleh yang demikian, saya amat berharap, para belia & beliawanis dapat menggunakan wang ini dengan sebaik yang mungkin. Guna ianya kepada perkara perkara yang berfaedah kepada diri dan keluarga masing masing. Apa yang paling penting ialah, mereka haruslah memberi sokongan padu kepada kerajaan yang ada bagi memastikan pembangunan negara berjalan lancar dan segala bentuk bantuan akan dapat disalurkan kepada mereka yag layak.

Inilah hasrat kerajaan dibawah pimpinan Barisan Nasional. Kita ingin berbakti kepada rakyat dan bukan menipu rakyat. Undilah Barisan Nasional.

No comments:

Contributors