Pages

Subscribe:

27 June 2010

Ngauman Piala Dunia 2010

Salam 2 ll

Afrika Selatan kini menjadi tumpuan dunia kerana menjadi tuan rumah kejohahanan bola sepak Piala Dunia, piala paling berprestij di dunia. Ia merupakan pengiktirafan dari FIFA kepada benua Afrika setelah dipilih menjadi tuan rumah. Pada tahun 1966, Afrika memboikot Piala Dunia kerana FIFA tidak memperuktukkan walau satu slot siaran untuk mereka kerana dasar Arphatied yang diamalkan oleh kerajaan mereka.

Kini, setelah 16 tahun dasar Arphatied dihapuskan, mereka diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah dan dapat membersihkan imej negara mereka yang lalu. Bola sepak adalah sukan nombor satu dunia. Pada masa ini ratusan juta penduduk dunia tertumpu kepada kejaohanan ini.

Oleh yang demikian, pengaruhnya amat kuat terhadap masyarakat dunia. Piala Dunia mampu untuk menghentikan perang saudara di Ivory Coast setelah negara mereka berjaya melayakkan diri ke Piala Dunia pada tahun 2006. Begitu juga di Iran pada tahun 1998, bila Iran berjaya mengalahkan Amerika syarikat , sebahagian rakyatnya menganggap kemenangan itu dengan menewaskan syaitan imperialis dunia.

Kini kejohanan berpestij ini telah hampir ke kemuncaknya. Beberapa kejutan telah berlaku dalam sejarah bolasepak kali ini kerana beberapa buah negara gergasi sukan ini telah kecundang ditangan negara yang selama ini dinggap lemah. Juara bertahan Itali telah kecundang, begitu juga dengan juara dunia tahun 1998 iaitu Peranchis juga tersingkir lebih awal. Nampaknya wakil Eropha dalam edisi ini kurang menyerlah.

Sebaliknya wakil Amerika Selatan terus membuktikan keunggulan mereka kerana kesemua wakil mereka layak ke pusingan kedua seprti Brazil, Argentina, Uruguay, paraguay dan Chile menempah tempah ke pusingan ke 2. Sebahagian besar penonton juga terhibur dengan corak permainan yang ditunjukkan oleh mereka. Malah tidak mustahil kalau diperingkat separuh akhir nanti akan dikuasai oleh mereka. Kita sama sama tunggu.

Pasukan dari Asia nampaknya terus muram setelah Korea Selatan tewas dalam pusingan ke 2 ditangan Uruguay. Kini hanya tinggal pasukan Jepun untuk meneruskan perjuangan benua Asia di Pusingan ke 2. Ini lah harapan benua Asia. Kita tidak pernah menjuarai Piala Dunia ini sejak ia diperkenalkan. Asia tenggelam dalam kehebatan pasukan dari benua Eropah dan Amerika selatan.

Pada kejohanan kali ini, kita dapat melihat pasukan kerdil seperti slovakia, Paraguay, Korea utara sudah mula menunjukkan taringnya. Cuma kita sering tertanya tanya, Bilakah agaknya pasukan kebangsaan Malaysia mampu melangkah ke pusingan akhir Piala Dunia ini?.

Fikir fikirkan.

No comments:

Contributors