Salam 2 all
Beberapa hari lepas, sekali lagi dunia dikejutkan dengan serangan komando Laut Israel telah menyerang dan menggempur bantuan kemanusiaan ke Gaza. Serangan ini telah mengakibatkan 18 orang aktivis dari seluruh dunia telah terkorban dan berpuluh puluh orang cedera.
Dunia terpegun dengan serangan ini. Hari ini seluruh dunia mengutuk serangan ke atas bantuan kemanusiaan. Saya sering berfikir, apakah kesan dari kutukan ini terhadap Israel. Adakah Israel akan lumpuh atau mengambil cakna terhadap kutukan ini. Jawapannya, sudah pasti tidak.
Kerajaan juga mestilah mengambil tindakan tegas bagi menentang kezaliman ini. Mana mana kepentingan yang melibatkan Israel mestilah dipulaukan. Tekanan ini mestilah juga melibatkan rakyat jelata.
Keadaan yang berlaku ini sudah jelas menunjukkan bahawa, umat islam tidak boleh bergantung harap kepada sesiapa. Kita harus membina kekuatan kita sendiri melalui ilmu, ekonomi dan yang paling penting ialah perpaduan antara kita. Ini sajalah kekuatan yang mampu memenangkan Islam.
yang jelas juga kita tidak melihat perbezaan dasar kuasa besar dunia terutamanya Amerika syarikat. Dasar Obama dan dasar presiden sebelum ini adalah sama sahaja dalam isu Israel. Israel akan terus menggempur Palestin dan mana mana negara yang menentangnya. sesudah itu ia kana bersembunyi di belakang Washington.
Jika umat Islam bersatu menentang Israel, insyallah kita akan menang dalam perjuangan ini tetapi jika kita terus dibelenggu dengan episod pepecahan sesama umat, kita akan kalah setiap masa.
10 months ago
No comments:
Post a Comment