Pages

Subscribe:

17 June 2010

Ke Mana Akhirnya Melayu.

Salam 2 all

Satu ketika dahulu melayu merupakan generasi yang lemah sama ada dari sudut ekonomi, pendidikan, sosial dan sebagainya. Mereka hanya bekerja sebagai petani, nelayan, pekebun dan kalau berkhidmat dengan kerajaan pun hanya sebagai kerani rendah sahaja.

Hasil usaha kita dan juga rasa kebertanggujawaban pimpinan , Melayu telah mengorak langkah maju setapak demi setapak dalam semua bidang. Kini kita boleh berbangga kerana melayu sudah ramai melayu terpelajar, ramai sudah profesor melayu, hampir semua pegawai tinggi kerajaan juga adalah melayu, golongan profesional juga ramai melayu dan kini sudah ramai juga melayu yang bergelar jutawan.

Semuanya ini dapat kita kecapi kerana ekonomi negara berkembang pesat, politik negara stabil dan kebijaksanaan pemimpin yang bekerja keras dan akhirnya semuanya ini tercapai adalah dengan kehendak dan keizinan Allah jua.

Kini, semakin ramai cerdik pandai melayu, semakin bijaknya melayu, semakin majunya melayu, semakin kayanya melayu, semakin ramai ulamak melayu namun yang menghairankan ialah kita semakin tidak bersatu dan berpecah belah sesama sendiri. Apakah ini adalah hukuman terhadap apa yang dilaksanakan oleh kerajaan selama ini. Adakah semakin berilmu dan bijaknya melayu maka kita mula bertengkar dan berbalah sesama sendiri?

Kini kita sudah tidak boleh berbangga dengan kekuatan kita. Kerajaan akan terbentuk dengan kuasa undi. Kini melayu sudah tidak mampu untuk menentukan kuasa mereka di negara mereka sendiri walaupun melayu adalah majoriti di negara sendiri.

Melayu menguasai 60 % kuasa undi untuk menentukan kerajaan. Tp melayu tidak guna kuasa ini lagi untuk mereka. Kuasa undi melayu kini hanyalah kuasa minoriti dalam negara sendiri. Melayu sudah berpecah kepada 3 golongan besar iaitu melayu sokong UMNO, PAS dan PKR.

Kuasa melayu kini hanyalah 20% sahaja untuk menentukan kerajaan dinegara sendiri. Jika melayu masih tidak sedar, tengoklah dalam pilihanraya ke 13 nanti, siapakah yang akan menguasai kerajaan Malaysia. Ia bukan suatu perkara main main. Fikirkan secara serius perkara ini.

Kini DAP 28 Kerusi, PKR 24 kerusi dan PAS 23 kerusi. Jika kita andaikan jumlah 76 kerusi pembangkang ini akan membentuk kerajaan. Siapakah yang berhak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia dan membentuk Kerajaan. Adakah PKR dan PAS layak untuk menjadi Perdana Menteri dgn jumlah kerusi yang mereka ada?

Sedarkah Melayu.

No comments:

Contributors