Pages

Subscribe:

19 June 2010

Tahniah Terengganu ku

Salam 2 all

Perkataan pertama yang saya mampu ungkapkan ialah setinggi tahniah dan syabas kepada kontijen Terengganu Darul Iman atas kejayaan cemerlang mengekalkan kejuaraan SUKMA ke 13 di Melaka pada tahun ini. Bagi rakyat Terengganu, kejayaan mengekalkan kejuaraan kali ke 2 berturut turut ini amat manis dan membanggakan.

SUKMA ke 12 berakhir di Melaka semalam (19 jun 2010). Terengganu memperolehi 47 emas, 30 perak dan 43 gangsa dan menyingkirkan gergasi gergasi lama seperti Selangor, wilayah Persekutuan dan Sarawak.

Dalam SUKMA kali ini, penyumbang utama pingat emas Terengganu ialah dalam acara kanu iaitu 12 emas, 3 perak dan 1 gangsa. Ia didikuti oleh berbasikal iaitu 8 emas, 2 perak dan 2 gangsa. Lakaran kejayaan ini bertambah manis apabila kita berjaya mengekalkan emas dalam acara bola sepak dalam temasya kali ini dengan menumpaskan Selangor 1-0.

Usaha gigih membawa kejayaan. Inilah slogon yang membawa kecemerlangan kepada kita. tentu kita masih ingat semasa SUKMA mula diperkenalkan dahulu. Terengganu sentiasa berada ditempat yang tercorot dari bawah. Walau pun begitu kita terus berusaha gigih hinggalah kita kecapi kejayaan ini bersama.

Kejayaan ini adalah hasil usaha bersama. Tahniah kepada para atlit yang sentiasa berusaha gigih. Tahniah kepada kerajaan negeri yang sentiasa memberi sokongan dan kewangan. Tahniah kepada Majlis Sukan Negeri, Tahniah kepada persatuan persatuan sukan yang terlibat dan tahniah buat semua rakyat Terengganu yang terus memberi semangat dan sokongan berterusan. Moga moga Terengganu ku terus ' nelang' di masa masa yang akan datang.

Tahniah

No comments:

Contributors