Pages

Subscribe:

29 July 2010

Tilawah Quran Antarabangsa ke 56

Salam 2 all

Sekali lagi Majlis Tilawah Al Qurang Peringkat antabangsa kali 56 diadakan dibumi bertuah bernama Malaysia bermula 27 Julai hingga 3 Ogos 2010. Majlis ini akan diadakan selama 8 malam dan akan berakhir pada 3 Ogos 2010.

Kesempatan ini boleh lah digunakan oleh warga kota terutamanya untuk datang secara beramai ramai bagi mendengar bacaan Al Quran dari Qari dan Qariah dari 76 buah negara di seluruh dunia. Saya teringat masa kecik kecik dulu, bila tiba je musim tilawah peringkat kebangsaan, ia menandakan kita nak berpuasa. Ini kerana tilawah diadakan hampir dengan bulan Ramadhan.

Tahun 80 an , Tilawah Quran peringkat antarabangsa diadakan pada bulan Ramadhan. Saya amat bersetuju program diawalkan kerana ia tidak akan mengganggu masyarakat untuk menunaikan Solat Terawih pada bulan yang mulia ini.

Program tilawah ini dapat memberi peluang kepada kita untuk memperolehi palaha dan mendekatkan diri kepada Allah swt. Ganjarannya bukan sahaja kepada Qari dan Qariah tapi juga kepada mereka yang mendengar dan menghayati bacaan ayat ayat suci Al Quran.

Kepada mereka yang tidak berkesempatan untuk ke PWTC bolehlah menonton melalui siaran langsung dalam televisyen. Dengan menikmati bacaan Al Quran bersama keluarga, insyallah konsep rumahku syurgaku juga akan dapat diterjemahkan. Sesungguhnya alunan ayat ayatsuci Al Quran di rumah akan menyejukkan rumah tangga dan ia juga ubat yang mujarab kepada anak anak yang lalai dan nakal.

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak anak yang mampu membaca Al Quran dengan baik, akan memperolehi keuntungan yang besar. Oleh yang demikian didikan dari awal hendaklah dilakukan. Janganlah hendaknya anak anak kita hanya mahir menghafal lirik lirik lagu sahaja kerana ini tidak akan menguntungkan kita apabila kita sudah meninggal dunia.

Disamping itu kita juga mengucapakn berbanyak terima kasih kepada YAB Perdana Menteri yang telah menaikkan hadiah kepada pemenang pemenang dalam tilawah ini. Selain itu kerajaan juga telah mengumumkan hadiah persaraan sepanjang hayat sebanyak RM 2000.00 sebulan kepada peserta Malaysia yang mendapat johon antarabangsa.

Ini lah komitmen kerajaan untuk meningkatkan pembacaan Al Quran dan penghayatan Al quran di negara kita. Penubuhan pelbagai Institut Al Quran, Maahad Tahfiz Al Quran dan sebagainya akan menjadikan anak anak muda kita supaya mendekati Al Quran.

Wassalam

Khamis 29 Julai 2010.

No comments:

Contributors