Pages

Subscribe:

09 August 2010

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan.

Salam 2 all

" Wahai Orang orang yang beriman, Diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang orang yang terdahulu dari kamu, mudah mudahan kamu bertakwa" ( Al Baqarah ayat 183)

Marhaban Ya Ramadhan, Selamat datang Ramadhan.

Alhamdulillah, setinggi tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah kerana kurang 24 jam lagi, Ramadhan akan bersua dengan kita seluruh umat islam. Ini lah bulan yang dinanti nantikan oleh sesiapa yang ingin melaksanakan ibadah berganda.

Tentunya kita semua bergembira dengan kedatangan bulan yang mulia ini dengan dada yang lapang, jiwa yang tenang dan dengan hati yang tenteram. Pengembaraan Ramadhan akan bermula, insyallah.

Siang harinya kita menahan diri dari lapar dan dahaga serta segala perkara yang dilarang oleh Allah, manakala di malam harinya akan dihiasi dengan amalan amalan yang lain. Kita sudah pasti rindukan solat sunat terawih, berbuka puasa, bersahur, bertadarus Al quran, Qiamullail, berzikir, solat solat sunat dan lain lain ibadah lain.

Inilah kehebatan dan ketinggian Ramadhan. Permulaanya rahmat, pertengahannya keampunan dan penghujungnya terlepas dari neraka jahannam. Inilah yang ingin dikejar oleh setiap insan dipenghujung usia iaitu terlepas dari siksaan Allah. Bg orang yang beriman siangnya pendek dan malamnya amat panjang untuk melaksanakan ibadah dan bertaubat.

Ramadhan juga akan dapat menuwujudkan keakraban dan kasih sayang dikalangan anggota keluarga. Jika sebelum ini kita jarang makan bersama, namun Ramadhan sudah pasti kita akan berbuka bersama antara ayah, abu dan anak anak. Insyaalah ikatan kasih sayang antara anggota keluarga akan bertambah erat hasil dari tarbiah Ramadhan. Jika diamalkan berterusan, maka masalah sosial dikalangan muda mudi akan dapat dikurangkan.

Bersempena Ramadhan tahun ini, marilah kita sama sama mempersiapkan diri dengan lebih awal ke masjid bagi menunaikan solat sunat terawih walaupun hukumnya sunat. Begitu juga dengan solat subuh, sesungguhnya Ramadhan juga mentarbiah kita untuk bangun diawal pagi kerana diwaktu pagi ini banyak kelebihannya.

Kita juga berdoa supaya kita tidak tewas di pengakhirannya. Sesungguhnya ramai insan yang tewas di penghujung bulan yang mulia ini walaupun mereka mencapai kemenangan di awalnya. Jangan kita disibukkan dengan kuih raya, baju raya, kasut raya dan sebagainya sehingga kita mengabaikan 10 terakhir Ramadhan kerana disinilah terletak segala kelebihan termasuklah 1 malam yang lebih baik daro 1000 bulan.

Akhirnya, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapan selamat menyambut Ramadhan al mubarak buat semua muslimin dan muslimat termasuk mereka yang setia dengan blog saya khususnya buat warga DUN Bukit Payong. Kita doakan supaya kita terus diberi kekuatan dari hari pertama hinggalah Ramadhan berakhir.

Wassalam

7.30 pg
29 Syaaban 1431 H
10 Ogos 2010

No comments:

Contributors