Pages

Subscribe:

20 December 2010

Mungkinkah bas 2 tingkat tidak sesuai di Malaysia


Salam 2 all

Semalam kita dikejutkan dengan kemalangan ngeri yang meragut 27 orang. Ini merupakan kemalangan yang meragut nyawa terbesar di Malaysia. Dalam kemalangan ini seramai 25 org warga Thailand dan 2 warganegara Malaysia telah terkorban di Cameron Highlands.

Jalan Raya kita sudah menjadi salah satu dari medan kematian. Setiap tahun ramai menemui ajal diatas jalan raya.

Saya berpandangan bas 2 tingkat ini kurang sesuai di Malaysia. Saya pernah naik bas 2 tingkat ini di Thailand sekitar tahun 1999. Pada masa itu bas 2 tingkat ini belum wujud di Malaysia. Jalan di Thailand landai berbanding dengan jalan raya di Malaysia yang barbukit.

Bayangkan bas yang tinggi ini melalui Lebuhraya Karak, Genting Highlands, Cameron Highlands dan sebagainya yang bengkang bengkok. Rasanya ia tidak sesuai dengan rupa bentuk bumi di Malaysia.

Apa pun , Kita ucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan banyak bersabar menghadapi situasi ini.

wassalam.

1 comment:

Unknown said...

salam,mungkin ada betulnya pandangan abang tuh,mungkin bas 2 tingkat ni lebih kepada komersial semata2 tanpa mengkaji lebih terperinci kesesuaiannya dgn goegrafi dsini,apapun,takziah pd keluarga mangsa2 eksiden semalam,ngeriiiiiiiiii

Contributors