Salam bloggers.
Malam ini malam jumaat. Hari jumaat pula adalah penghulu segala hari. Moga kehidupan kita bertambah baik dari semalam.
Semasa YAB Dato' Najib baru mengambil alih pentadbiran kerajaan, beliau telah memperkenalkan konsep 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Prestasi diutamakan. Konsep ini menampakkan kejayaan walaupun ia baru diperkenalkan. Konsep ini membolehkan rakyat berbilang kaum dapat hidup dalam suasana aman, harmoni dan bertoleransi sebagaimana realiti yang berlaku hingga ke saat ini.
Bagi kerajaan pula, rakyat adalah segala galanya. Jika tiada rakyat maka tidak akan wujud kerajaan. Saya amat tertarik dengan ucapan YAB Perdana Menteri semasa berucap di Persidangan Agung Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Bangsa Bangsa Bersatu (UNESCO) ke 35 di Paris Peranchis.
Dalam ucapannya Najib telah melontarkan idea 1 Rantau 1 Dunia. Konsep ini adalah berlandaskan sikap saling menghormati, mempercayai serta saling bekerjasama bagi melahirkan dunia yang lebih aman dan harmoni. Perbezaan warna kulit, kuturunan dan agama diketepikan demi mewujudkan masyarakat dunia sebagaimana disebutkan tadi.
YAB Perdana Menteri telah memberikan contoh Malaysia. Sebagai sebuah negara majmuk yang berbilang kaum tapi mampu hidup dalam suasana tenteram selama 52 tahun. Tidak ada masalah besar berlaku sehingga boleh menyebabkan ketegangan kaum yang boleh menghancurkan negara.
Tidak semua negara mampu berdiri seperti Malaysia. Ada negara yang berlaku perang sesama sendiri walaupun mereka 1 agama dan 1 bangsa. Pembunuhan sesama sendiri berlaku. Mereka mati ditangan orang yang 1 agama dan 1 bangsa dengan mereka. Masalah ini masih lagi menjadi masalah besar disesetengah negara.
Sikap berat sebelah kuasa kuasa besar juga gagal mewujudkan keamanan dan keadilan di dunia. Amat sukar untuk kita menyatupadukan semua kaum dan agama di dunia ini. Bagi mewujudkan dunia yang aman dan stabil YAB Perdana Menteri telah bersedia menawarkan Malaysia sebagai jambatan dialog antara budaya dan negara demi sebuah keamanan yang diimpikan oleh seluruh manusia di bumi ini.
wassalam
10 months ago
No comments:
Post a Comment