Terap konsep 1Malaysia dalam jamuan Aidilfitri
KAMPUNG ATAS TOL - Majlis Jamuan Hari Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong berlangsung meriah dan berjaya menghimpunkan hampir 5,000 penduduk serta pemimpin.
Majlis berkenaan yang diadakan di Dewan Sivik Atas Tol adalah anjuran Penyelaras DUN Bukit Payong dan Pejabat Pembangunan DUN Bukit Payong serta penduduk kampung.
Pegawai Pembangunan DUN Bukit Payong, Zaidi Muda berkata, sambutan itu dilihat cukup memberangsangkan dengan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat, khususnya di DUN Bukit Payong.
“Sebelum ini, biasanya ia diadakan di rumah wakil rakyat ataupun pekarangan pejabat tetapi kali ini kami mengubahnya dan mengadakannya di kampung dengan kerjasama komuniti setempat.
“Semangat kekeluargaan inilah yang ingin kita terapkan agar semua pemimpin di peringkat DUN khususnya, lebih mengenali dan dekat dengan rakyat, seiring konsep gagasan 1Malaysia iaitu rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan,” katanya.
Majlis berkenaan turut dihadiri Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), ADUN dan pemimpin tempatan serta wakil jabatan.:
Zaidi berkata, pihaknya amat bersyukur kerana majlis itu mendapat sambutan cukup meriah.
“Program ini adalah acara tahunan yang kita buat sebagai menghargai rakyat, jabatan dan pemimpin yang selama ini banyak bekerjasama serta membantu dalam membangunkan DUN Bukit Payong dalam pelbagai aspek.
“Saya harap dengan adanya program sebegini, rakyat akan terus bersama-sama dengan BN dan kekal memberikan sokongan serta keyakinan mereka kepada kita untuk terus memimpin negara pada masa depan,” katanya.
10 months ago
No comments:
Post a Comment