Pages

Subscribe:

01 October 2009

Demam Peperiksaan PMR Bermula

Salam bloggers.

Hari Khamis, malam Jumaat. Pada malam ini saya menghadiri solat hajat di SMK Sultan Mansur bagi memohon kejayaan cemerlang anak anak kita yang akan menghadapi peperiksaan PMR, SPM dan STPM pada tahun ini. Sepanjang pengetahuan saya banyak sekolah yang melaksanakan solat hajat tersebut pada malam ini kerana peperiksaan PMR akan bermula hari Rabu ini.

Bila hadir solat hajat bersama sama dengan pelajar tadi, teringat jugak masa zaman persekolahan dahulu. Namun pada zaman tersebut tidak terdapat program solat hajat perdana sebagaimana sekarang. Mungkin masing masing solat hajat di rumah je.

Jumlah ibu bapa yang hadir tidaklah membanggakan sangat. Ramai juga dikalangan ibu bapa yang tidak hadir. Saya tak tahulah sama ada mereka tak ambil cakna atau pun mereka laksanakan di rumah masing masing. Di pihak PIBG, kita akan kecewa kalau mereka tak datang dan tidak juga laksakan solat hajat ini dirumah sendiri.

Saya cukup kagum apabila ibu bapa sendiri hadir ke program ini. Ini adalah usaha terakhir kita setelah anak anak kita bertungkus lumus ulangkaji pelajaran sebelum ini. akhir kita mohon kepada yang maha kuasa supaya diberikan kejayaan cemerlang kpd anak anak kita.

Ini juga memberikan sokongan moral kepada mereka untuk menghadapi peperiksaan ini. Kepada adik sekalian, sesungguhnya tidak ada jalan pintas untuk menuju kejayaan. Tekun dan usaha adalah tangga kejayaan. Buktinya tahun lepas 2 dari SMK Sultan Mansor memperolehi keputusan cemerlang dengan mendapat 10 A 1.

Secara kebetulan saya adalah Pengerusi PIBG SMK Sultan Mansor, walaupun tak ada anak saya yang belajar disini. Kepada semua cikgu, terima kasih saya ucapkan bagi pihak ibu bapa. Sesungguhnya jasa kalian tidak mampu kami balas. Kami mendoakan agar cikgu semua akan mendapat ganjaran pahala yang besar dari yang maha esa. Insyallah

Kepada adik adik Tingkatan 3 sekalian, SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR.

Wassalam

No comments:

Contributors