Pages

Subscribe:

05 October 2009

BN & UMNO "Rakyat tetap dihatiku"

Salam bloggers

Salam perjuangan buat semua. Hari ini ada sebahagian dikalangan kita yang pandai bercakap, cerdik, mempunyai idea yang bernas, lantang, banyak ilmu, hidup kaya raya, kereta besar, rumah besar, ada juga yang bini pun besar. Ini adalah hasil dari kerja keras para pemimpin UMNO/ BN, pegawai kerajaan serta rakyat semua selama 52 memerintah negara ini.

Semua ini tidak datang bergolek kepada kita tanpa adanya usaha. Ibarat kita nak dapat wang. Wang ini tidak datang tanpa kita bekerja sungguh sungguh. Semua perkara akan berjaya dengan usaha dari kita , sesudah berusaha baru lah kita menadah tangan memohon doa dari Allah yang maha esa.

Kita cukup sedih apabila pemimpin pembangkang melemparkan tuduhan bahawa pemimpin kerajaan/BN/UMNO ni semuanya salah, semuanya korup dalam setiap kali ceramah yang disampaikan. Cerita baik mengenai kerajaan satu pun tidak diceritanya kepada rakyat.

Malam tadi saya sempat mendengar satu ceramah yang disampaikan oleh pemimpin pembangkang di Bagan Pinang. Itulah cerita yang dibawa. Saya pun tak tahu apa jasa PAS kepada rakyat. Saya punyai pengalaman selama 4 tahun PAS memerintah Terengganu.

Sebelum dapat kuasa, katanya apabila kita berkuasa kita akan laksanakan hudud sebelum ayam berkokok. Ini cakap orang bodoh dan yang tak tahu peraturan. Apabila berkuasa , nah tuan tuan tengoklah sendiri. Nak pinda perlembagaan negeri pun ambil masa 2 tahun.

Kunci balairaya dirampas dari pengerusi JKKK setelah dapat memerintah, ingat ke nak jadikan balairaya sebagai satu institusi yang lebih cemerlang. Akhirnya balairaya tadi menjadi tempat lembu dan kambing berak (buang air besar dan kecil) , lantainya pula reput dimakan anai anai kerana tidak digunakan. Syarahannya bukan main hebat, tapi habuk pun tak dak.

Dikatanya pula ada 2 lori fail penyelewengan di pejabat YAB MB oleh pemimpin UMNO semasa memerintah. Mana ada. Itu adalah cerita rekaan mereka yang kehabisan modal.

Apa yang dikesalkan lagi semasa mereka menguasai kerajaan negeri, ramai pengikutnya kembali menunaikan solat dimasjid kerajaan yang dulunya mereka kata haram. Sebelum berkuasa mereka tidak jijak pun masjid di kampung. Apabila berkuasa mereka pergilah ke masjid berkenaan. Lebih dari itu nak pula rebut jadi AJK Masjid. Ingat ke keadaan akan kekal lah seperti itu, namun apabila hilang kuasa mereka tidak lagi menunaikan solat di masjid kampunganya. Lalu mereka mencari masjid yang bewarna hijau. ( Dinding hijau, kubah hijau, tiang hijau, batang paip hijau, karpet hijau, kalau boleh tanah tapak masjid pun nak warna hijau jugak)

Kita tak boleh nafikan bahawa perjuangan BN/UMNO telah membawa rakyat Malaysia ke tahap ini. Kerajaan BN menjaga rakyat dengan penuh hikmah bermula dari umur kita 3 bulan lagi. Ibu ibu akan dibuat pemeriksaan di Klinik Klinik Desa diseluruh negara. Bermacam macam suntikan diberikan kepada ibu mengandung agar ibu dan anak sihat sejahtera.

Kemudian adanya sistem pendidikan yang sistematik bagi melahirkan insan yang cemerlang dan berakhlak. Bermula dari pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, Kolej, Institut, Universiti dan sebagainya. Kini terdapat hampir 10,000 buah sekolah, terdapat hampir 400,000 orang guru, 19 buah Universiti, 24 buah Politeknik, berpuluh buah pusat kemahiran, hampir 500 buah kolej swasta. Ini semua adalah bagi memberi ilmu kepada rakyat.

Kepada yang miskin pula diberikan makan pagi secara percuma, Bantuan pelajar miskin (Kuam), Bantuan pakaian seragam, buku teks secara percuma, pelbagai jenis biasiswa, bantuan kelas tuisyen dan lain lain lagi.

Tidak ada sekatan kepada rakyat untuk menuntut ilmu sehingga ke peringkat PHD, Siapa saja yang bersungguh akan menikmati apa yang dijanjikan oleh kerajaan. Anak orang miskin, anak orang kaya, anak nelayan, anak petani, anak majistret, anak menteri, hatta anak Perdana Menteri sekali pun. Semua akan diberi hak yang sama dalam pendidikan.

Oleh sebab itulah kita perhatikan ramai anak anak kampung yang berjaya dalam pendidikan mendapat peluang belajar di luar negara melalui biasiswa kerajaan. Semua ini dinikmati semasa kerajaan BN memerintah negara.

Selepas tamat belajar, Kerajaan sediakan peluang pekerjaan kepada mereka. sebahagian besar anak anak melayu bekerja dengan kerajaan. Oleh sebab itu 90% kakitanagn kerajaan adalah terdiri dari anak anak melayu. Mereka bukan lagi setakat budak pejabat, Pembantu am rendah, buruh, kerani sebagaimana semasa era penjajahan.

Bahkan lebih dari itu, sebahagian besar jawatan jawatan penting dalam perkhidmatan awam seperti KSU Kementerian, Ketua Pengarah, Pengarah, Peguam Negara, Ketua Polis , Hakim, Panglima Tentera adalah semuanya terdiri dari orang melayu.

Gaji pun lumayan jugak. Mungkin yang paling rendah pun dapat lah RM 1,000 sebulan, Ada yang RM 20,000 sebulan. Itu bergantung kepada jawatan lah. Kebanyakan mereka ini pada satu ketika dahulu adalah anak kampung seperti saya.

Kita juga telah berjaya melahirkan ramai doktor, jurutera, peguam, ulamak, arkitek, akauntan dan sebagainya hasil perjuangan kita dalam pendidikan negara.

Pegawai kerajaan yang sambung pelajaran pula diberi elaun dan bergaji penuh lagi. Mana nak cari kerajaan sebegini. Kalau orang macam saya ni nak sambung pengajian kena bayar yuran sendirilah. Untungnya pegawai kerajaan ini.

Bagi mereka yang sudah tua dan tidak mampu untuk membuat pekerjaan akan diberi bantuan bulanan. Ada dapat RM 200.00, ada RM 300.00 dan ada RM 400.00. bagi anak yang cacat juga diberi bantuan, bantuan bulanan juga diberi kepada pesakit kronik, ibu tunggal dan sebagainya. Dalam Terengganu sahaja terdapat sejumlah lebih kurang 23,000 orang penerima bantuan ini.

Dari segi kemudahan awam jangan sebutlah. Memang bertaraf dunia. Tidak ada lagi jalan tanah merah yang berdebu sebagaiman tahun 80 an dulu. Di merata ceruk kampung jalan dipremix. kemudahan telekomunikasi, kemudahan kesihatan, kemudahan keagamaan, kemudahan perhubungan dan kenderaan dan segala kemudahan lain adalah berkualiti tinggi.

Adakah semua yang dilakukan ini zalim, jahat, tidak berperikemanusiaan, mengaut harta rakyat, jahat, bodoh, bebal, mahafiraun dan semua yang jahat itu ada pada UMNO dan BN. Ada seorang YB PAS yang mengakhiri ucapan dalam ceramahnya dengan berkata. " sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan segala yang jahat itu datangnya dari BN & UMNO"

Tuan Tuan/ Puan Puan fikirkalah dengan lapang dada

No comments:

Contributors