Salam 2 all.
Mutakhir ini sudah banyak provokasi dan pertentangan pendapat tentang kedudukan orang melayu dalam negara kita. Kenyataan Tun Dr. Mahathir yang menyatakan, org melayu akan hilang kuasa jika UMNO dan BN tewas dalam pilihanraya akan datang ada kebenarannya.
Kenyataan ini juga telan membuka minda rakyat serta perdebatan sesama kita. Org melayu perlu menarik nafas yang panjang bagi memikirkan masa depan bangsa dan negara. Ia bukanlah perkara main main kerana sekali kita tersungkur dinegara sendiri , amat susah untuk kita bangkit.
Saya sering melihat kawasan persekitaran kita. Banyak negara yang mana pemerintah terdiri dari kalangan orang islam, rakyat bukan islam boleh hidup dengan aman, damai dan dapat membina kekuatan ekonomi mereka. Apabila kita lihat negara yang diperintah oleh orang bukan islam yang mana terdapat ramai penduduk islam didalamnya,kita hidup dalam keadaan menderita, miskin dan sering berlaku percakaran.
Kita dapat melihat bagaimana kehidupan masyarakat islam di Thailand, Filipina, Burma, Cambodia dan lain lain negara. Inilah hakikat yang mesti kita terima.
Org Melayu adalah host society dalam negara ini. Kita menjadi bangsa utama dan semakin kuat sejak kita mencapai kemerdekaan. UMNO merupakan tunjang kekuatan bangsa melayu dan islam. Kita telah berjaya mendidik dan menyekolahkan hampir semua generasi muda.
Hasilnya, kita telah berjaya membina ilmu dalam diri mereka dan mereka menjadi insan yang hebat dalam dunia hari ini. Namun ikatan antara kita semakin longgar apabila ramai insan yang berilmu berjaya kita lahirkan. Ukhuwwah antara kita semacam amat susah untuk disatukan.
Kalau budaya ini terus bersemai dalam diri orang melayu, tidak mustahil bangsa kita akan tersungkur dalam perjalanan menuju puncak. Dalam dunia politik hari ini, parti mana yang menjadi sandaran orang melayu selain dari UMNO.
Adakah melayu akan hebat dengan memilih PKR dan adakah PKR akan menang majoriti dalam pilihanraya akan datang?. Adakah melayu akan hebat dengan memilih PAS dan adakah PAS akan menjadi peneraju kepimpinan negara selepas pilihanraya umum ke 13 nanti.
Pertanyaan ini mesti kita jawab sebelum kita memberi sokongan dalam pilihanraya tersebut. Kita jangan lupa kepada DAP, parti yang sgt dominan dalam Pakatan Rakyat. Kita tidak dapat menduga parti mana yang akan mendominasi Pakatan Rakyat ini.
Namun , Dalam Barisan Nasional, jelas UMNO lah yang mendominasi pakatan ini. Walaupun UMNO memperjuangkan nasib bangsa melayu, namun keperluan bangsa bangsa lain terus dimantapkan. Oleh sebab itulah bangsa bangsa lain terus berjaya terutamanya dalam bidang ekonomi dan pendidikan sehingga mengatasi kejayaan orang orang melayu.
Inilah perjuangan UMNO dan Barisan Nasional. Kita bukan parti yang mengamalkan semangat perkauman yang sempit.
Kita masih ada masa.
Fikirkan lah. Bagaimana kalau melayu hilang kuasa dinegara sendiri?.
10 months ago
No comments:
Post a Comment