Pages

Subscribe:

18 October 2010

Selamat Bersidang Buat Perwakilan UMNO 2010

Salam 2 all

Dirgahayu buat semua perwakilan UMNO ke Pesidangan tahunan parti keramat yang akan bermula 20 hingga 23 Oktober 2010. Seluruh negara pastinya tertumpu ke DEwan Merdeka PWTC bagi mendengar, meneliti dan menghalusi ucapan dasar presiden dan perbahasan para perwakilan.

Perhatian utama sudah pasti terhadap ucapan dasar presiden YAB Dato' Sri Najib bagi menentukan hala tuju parti yg sudah diterajui oleh 6 orang presiden. Bagi saya ucapan dasar ini, bukan sahaja dinantikan oleh orang melayu tetapi ia juga amat dinantikan oleh bangsa cina, india dan lain lain.

Ucapan dasar ini akan dibahas oleh para perwakilan secara terperinci untuk menentukan parti keramat ini akan terus mendapat sokongan dan dokongan orang melayu. Orang melayu tiada pilihan lain kecuali bersama dengan UMNO bagi membangunkan mereka.

Sebagai sebuah parti yg merupakan wadah perjuangan orang melayu, UMNO sudah pasti menghadapi ranjau dan onak serta menghadapi pelbagai rintangan. Namun demikian, kita terpaksa hadapinya demi untuk mempertahankan maruah kita sebagai rakyat pribumi.

Sebagai sebuah parti yang telah mempunyai banyak pengalaman, UMNO mesti bergerak ke hadapan. Kini kita melihat dapat melihat parti lawan seperti PAS, PKR dan DAP begitu agresif melontarkan fitnah terhadap UMNO dan BN. Selain itu , mereka juga sering bertindak diluar batas kemanusiaan dalam setiap kali pilihanraya demi sebuah kemenangan.

Oleh yang demikian sudah tiba masanya kita juga perlu agresif menghadapi mereka. Selama ini kita sering menganggap orang lain seperti kita. Itulah kelemahan kita. Sebenarnya tidak, mereka sangat melampau dan terlalu radikal sehingga sanggup menggadaikan prinsip perjuangan.

Kita harus ingat, kejahatan yang dirancang secara sistematik akan menewaskan kebaikan yang tiada perancangan. Oleh sebab itulah kita harus merancang untuk menghadapi lawan yang begitu nakal.

Setelah membentangkan bajet yang cukup menarik untuk rakyat Malaysia, kini kita menunggu ucapan dasar presiden yang menarik untuk rakyat bukan sahaja untuk orang melayu tetapi juga untuk seluruh warga Malaysia. Mudah mudahan YAB Dato' Sri Presiden terus membuat yang terbaik untuk seluruh warga Malaysia.

Kepada semua perwakilan, saya ucapkan Selamat Bersidang"

HIDUP UMNO, HIDUP UMNO, HIDUP UMNO.

1 comment:

Zaki said...

Berusahalah utk terus kekal relevan...PRU13 dah tak lama. Rakyat bukan nak dengar ucapan yg berapi-rapi. Jgn syok sendiri.

Contributors