Pages

Subscribe:

23 May 2009

Pegawai Kerajaan Terus Dibela.

A'kum kpd semua warga perkhidmatan awam.

Saya amat tertarik dengan pengumuman YAB Perdana Menteri baru baru ini semasa merasmikan Sambutan Hari Pekerja Sektor Awam. YAB Perdana Menteri telah mengumumkan kenaikan pangkat kepada pegawai awam kumpulan sokongan yang masih lagi berada di tahap lantikan (KUP) dan telah berkhidmat lebih 15 tahun. Ini merupakan hadiah yang amat bermakna kepada seluruh perkhidmatan awam di seluruh negara kita.(Contonya pegawai lantikan gred 17 akan dinaikkan pangkat ke gred N22). Kenaikan pangkat ini berkuatkuasa 1 Julai 2009.

Saya difahamkan lebih dari 100 ribu pegawai akan mendapat nikmat dari pengumuman YAB Perdana Menteri ini. JPA telah pun mengeluarkan surat pekeling bertarikh 14 Mei 2009 bagi maksud tersebut. Ini menunjukkan kerajaan amat prihatin kepada seluruh pegawai perkhidmatan awam. Tahniah saya ucapkan kepada yang berjaya dinaikkan pangkat. Semoga kenaikan pangkat ini akan menaikkan semangat untuk kita memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat sesuai dengan slogan YAB Perdana Menteri ' 1 Malaysia, Rakyat didahulukan, Prestasi diutamakan'. Sebagai pegawai perkhidmatan awam kita mesti ingat bahawa adanya jawatan ini untuk kita kerana adanya rakyat. Kita dilantik juga adalah kerana ingin memberi perkhidmatan kepada rakyat. Kita juga mesti bersyukur banyak banyak kerana dalam susana kegawatan ekonomi pun kerajaan masih lagi mengurniakan kenaikan pangkat kepada kita. Alhamdulillah.

Sebagai pegawai awam juga kita mestilah menyokong dasar dasar kerajaan kerana kita adalah pekerja kerajaan. Kalau kita tidak menyokong dasar kerajaan sedangkan kita berkhidmat dengan kerajaan dan makan gaji dengan kerajaan maka suasana akan menjadi tidak tenteram dan rakyat tidak akan dapat dibangunkan. Apabila rakyat tidak berpuas hati terhadap prestasi kerajaan maka rakyat akan menghukum kerajaan dalam pilihanraya 5 tahun sekali. Orang yang menerima hukuman ini adalah ahli ahli politik yang bertanding dalam pilihanraya. Janganlah ada diantara kita yang bekerja dengan kerajaan tapi menjadi penentang yang kuat terhadap kerajaan. Oleh sebab itu saya pohon kepada semua pegawai kerajaan supaya menjadi pendokong kepada dasar kerajaan agar rakyat akan berpuashati kepada kerajaan.

TAHNIAH KEPADA YANG DINAIKKAN PANGKAT

WASSALAM

No comments:

Contributors