Pages

Subscribe:

17 May 2009

Hadiah Buat Guru Malaysia , Terima Kasih Kerajaan Barisan Nasional

Alhamdulillah Sambutan Hari Guru yang berlangsung di TTI, Terengganu Darul Iman semalam cukup meriah. Ini bermakna seluruh rakyat Malaysia mengiktiraf peranan guru dalam mengangkat martabat anak bangsa menjadi insan yang terbilang. Wahai guru, jasamu akan tetap dikenang oleh segenap lapisan masyarakat. Terima kasih cikgu.

Apa yang mengembirakan saya ialah pengumuman YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, kerajaan meluluskan pertambahan 2,141 kuota bagi jawatan guru dan Pengetua Cemerlang. Pertambahan kuota ini melibatkan tambahan 12 jawatan Guru Cemerlang Gred Khas C,Guru Cemerlang Gred DG 54 juga ditambah dari 100 kepada 134 orang, Guru Cemerlang DG 52 ditambah dari 250 jawatan ditambah kepada 336 jawatan, Gred DG 48 ditambah daripada 1000 ke 1345 jawatan dan Gred DG 44 dari 4000 ke 5,379 jawatan. Bagi jawatan Pengetua Cemerlang Gred Khas C ditambah dari 10 ke 20 jawatan. Pengetua Cemerlang Gred DG 54 pula ditambah dari 200 ke 475 jawatan.

Begitulah keprihatinan kerajaan bagi memartabatkan profesyen perguruan di Malaysia bertuah ini. Walaupun saya bukan pegawai kerajaan atau guru , tetapi saya dapat merasakan kegembiraan apabila orang mengiktiraf jasa dan pengorbanan kita. Seperti kita sedia maklum bahawa guru adalah kakitangan awam yang paling ramai iaitu seramai 396,335 orang. Kementerian Pelajaran pula adalah kementerian yang paling ramai kakitangan iaitu berjumlah 478,28 orang. Dengan jumlah yang ramai sudah pastilah ada perkara yang tidak dapat memuaskan hati semua pihak. Saya penuh yakin kerajaan Barisan Nasional akan terus memantapkan kerjaya perguruan melebihi kerjaya kerjaya yang lain.

Dengan penuh harapan agar para guru semua dapat memberikan sokongan terhadap kerajaan Barisan Nasional. Kita juga berharap dengan pembaharuan yang dibuat ini, Ia akan memastikan kerjaya perguruan ini akan menjadi pilihan utama pelajar cemerlang pada masa depan. Kerajaan juga amat menaruh harapan agar guru dapat memainkan peranan dengan sebaik yang mungkin untuk membina pelajar yang cemerlang dalam semua bidang, insyallah.

No comments:

Contributors