Pages

Subscribe:

08 May 2009

Hari Keluarga Permint Bina Bahan Sdn Bhd

Saya dilantik oleh kerajaan negeri sebagai pengerusi salah satu anak syarikat kerajaan negeri iaitu Permint Bina Bahan Sdn Bhd. Syarikat ini menjalankan perniagaan batu bata yang diperbuat dari tanah. Pekerja disini adalah dalam lingkungan 60 orang semuanya. Alhamdulillah, setakat ini syarikat telah mendapat keuntungan dalam 4 tahun ini. Ini adalah komitmen semua pihak dari pengurusan hinggalah pekerja bawahan.

Dalam sesebuah organisasi , pekerja adalah aset utama. Oleh sebab itu, sejak saya dilantik sebagai pengerusi kepada syarikat ini , saya mengambil pendekatan, pekerja adalah keutamaan syarikat. Jika pekerja bermotivasi tinggi dan cekap, insyallah syarikat akan berdaya maju. Saya telah mengesyorkan beberapa pendekatan untuk kelulusan Lembaga Pengarah. Antaranya ialah pembayaran bonus kepada pekerja, melaksanakan hari keluarga untuk semua pekerja, pendekatan mesra pekerja. Dengan ini pekerja akan seronok bekerja.

Bekerja di kilang bata ni memang agak memenatkan terutamanya di bahagian bakar bata. Ia amat perik apabila api sedang marak menyala. Dengan terlaksananya hari keluarga ini, kelihatan pekerja ini seronok. Masing masing membawa suami, isteri dan anak anak masing. Saya sempat bertanya kepada pekerja, katanya ini adalah kali kedua program seumpama ini semenjak kilang ini dibuka 20 tahun yang lalu. Saya pun rase gembira melihat mereka semua bersuka ria. Saya dapat merasakan keseronokan program ini kerana saya punyai pengalaman ini semasa berkhidmat sebagai pegawai kerajaan selama 12 tahun.

Kepada semua pekerja, saya harap anda semua akan terus bersama syarikat bagi memajukan kilang ini. Insyallah , syarikat akan membela anda semua.
wassalam

No comments:

Contributors