Pages

Subscribe:

18 May 2009

Penanti , Satu Keputusan Yang Tepat




(Mesra dan cakna rakyat, BN mesra sokmo)

Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan bahawa BN tidak akan bertanding dalam pilihanraya kecil Penanti. Inilah satu tindakan berani diambil oleh BN. Seperti yang kita tahu bahawa pilihanraya bukan lah satu perkara main main. Oleh sebab itu pemilihan calon BN untuk bertanding dalam sesuatu pilihanraya dibuat dengan begitu teliti bagi memastikan calon yang dipilih rakyat nanti akan mampu melaksanakan tugas membangunkan kawasan dan yang lebih penting membela nasib rakyat yang memerlukan bantuan. YB bukan lah satu jawatan yang sangat istimewa tetapi ia sebagai 1 wadah perjuangan bersama dengan degup jantung dan nadi rakyat.

Apabila rakyat telah membuat pemilihan , maka rakyat menaruh harapan yang sangat besar kepada Wakil Rakyat ini untuk membela nasib mereka. Namun demikian Wakil Rakyat PKR ini banyak yang mempermainkan kepercayaan rakyat terhadap mereka. Mereka sesuka hati melepaskan jawatan, tidak memberi perkhidmatan kepada rakyat, tidak bersama rakyat. Gelaran YB ini dipermain mainkan oleh mereka demi kepentingan survival politik mereka. Apabila bos mereka tidak suka kepada seseorang Wakil Rakyat, disuruhnya letak jawatan. Bayangkanlah tidak sampai setahun selepas pilihanraya umum kita telah melalui 5 pilihanraya kecil. Banyak tumpuan kita hanya kepada pilihanraya bagi melihat siapa yang kuat, sedang nasib rakyat dikampung kampung mesti dibela. Apa yang menyedihkan 2 dari pilihanraya ini berlaku bukan kerana berlaku kematian tetapi akibat sikap pembangkang yang ingin menjatuhkan karier politik dikalangan mereka.

Perdana menteri telah menggariskan tiga sebab BN menolak untuk bertanding di kerusi tersebut.

Pertama, kekosongan kerusi itu bukan diperuntukkan oleh perlembagaan tetapi satu usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.

Kedua, pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang.

Ketiga, BN lebih mengutamakan khidmat kepada rakyat dan langkah memulihkan ekonomi negara.

Najib menafikan BN takut tewas di kerusi tersebut.

"Tak ada (takut). Macam mana pun kita mesti hadapi rakyat dalam pilihanraya umum akan datang," jelasnya apabila diajukan soalan sama ada BN takut menghadapi pembangkang.

Beliau mengumumkan demikian selepas mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Kuala Lumpur selama lebih dua jam bermula 4.30 petang.

Keputusan BN itu tidaklah mengejutkan kerana sebelum ini, Najib pernah mengatakan BN mungkin tidak bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut kerana tidak mahu 'membazirkan wang rakyat'. Wang ini kita akan gunakan untuk program program lain untuk kepentingan rakyat. Ramai lagi rakyat susah yang memerlukan bantuan. PKR tidak fikir masalah ini semua. Mereka hanya nak tunjuk jaguh. Mereka tidak membantu rakyat, tapi BN akan terus membela nasib rakyat Malaysia.

Saya rase selepas ini mereka akan kosongkan kerusi lain pula dan akan ada pilihanraya pula. Jadi masa untuk kita membela nasib rakyat agak terhad. Inilah yang dikehendaki oleh pembangkang. Mereka mahu BN tidak peduli nasib rakyat. Jadi adalah tepat tindakan yang diambil oleh BN supaya kita tidak mengikut rentak mereka tidak bertanggungjawab ini.Kalau kita ikut sama dengan permainan PKR ini, maka kita akan rugi. Rakyat buatlah penilaian mana satu parti yang membela nasib mereka. Wakil Rakyat BN apabila diberi mandat , kita laksanakan mandat tersebut sampai ke pilihanraya yang akan datang.Kita bantu rakyat, kita tolong mereka , kita bersama mereka. Sebagai contoh, saya dalam parlimen Marang, sudah berpenggal penggal pembangkang sebagai Ahli Parlimen tapi baru 1 kali lawatan rasmi ke Kg. saya, itu pun kerana nak baca khutbah jumaat.

Kepada sekalian rakyat Malaysia, hanya Barisan Nasional pilihan terbaik untuk kita.
Sama ada kita nak Wakil Rakyat yang hanya pandai bersyarah atau Wakil Rakyat yang berkerja bagi membela nasib kita.

Fikir fikir kan lah

1 comment:

Bestari said...

Penantian satu penyiksaan. Tapi keputusan Penanti itu satu kelegaan.

Contributors