Pages

Subscribe:

06 May 2009

Belia Bina Bangsa!

A'kum semua. hari ini , aktiviti harian saya agak sibuk.Pada sebelah pagi tadi saya menghadiri Sidang Majlis Perundingan Belia Daerah Marang di TER Kuala Ibai. Sidang ini adalah lebih kurang sama sidang Parlimen. Ia adalah Mini Parlimen bagi pemimpin belia menemukan idea baru bagi membangunkan belia dinegara kita. Belia adalah aset negara yang sangat penting. Imam Al - Ghazali ada mengatakan ' Jika kamu hendak melihat negara akan datang maka lihatlah generasi muda hari ini'.

Saya adalah bekas Pegawai Belia dan Sukan. Oleh sebab itu saya melihat kerajaan harus memberi perhatian yang bersungguh sungguh terhadap belia ini. Kementerian Belia dan Sukan tidak harus lagi diletakkan dalam kategori kementerian yang kurang penting. Sepanjang berkhidmat di kementerian ini saya melihat kementerian ini tidak dipandang penting oleh kerajaan. Bajet yang diberi kepada kementerian ini juga adalah amat sedikit jika dibanding dengan jumlah belia yang ada dalam negara kita. Begitu juga dengan sikap Jabatan Perkhidmatan awam yang susah sangat nak bagi kelulusan bagi meningkatkan taraf gred Pegawai Belia dan Sukan daerah ke gred 41. Dengan gred yang rendah ini adalah sukar untuk mereka menghadapi belia belia di peringkat kampung yang sekarang ini hebat hebat belaka. Saya berharap perkara ini akan terus diberi perhatian oleh YB Menteri yang baru dan JPA.

Saya juga menyokong penuh pandangan YB Dato Saifuddin yang mencadangkan agar dilantik Senator bagi mewakili Belia dalam Dewan Negara. Hal ini telah lama diperjuangkan, namun tidak berjaya. Berbanding dengan NGO lain yang mendapat tempat diDewan Negara. Apabila ramai belia mula tidak menyokong kerajaan dalam beberapa pilihanraya baru baru ini, saya fikir sudah sampai masanya kita memberi penekanan yang sungguh sungguh terhadap belia di negara kita.
Satu lagi perkara yang mendapat perhatian dalam sidang ini ialah tentang pendaftaran baru pertubuhan belia. Mengapa susah sangat kita nak laksanakan akta yang telah diluluskan oleh Parlimen. Saya lihat sebahagian besar persatuan belia masih lagi tidak berubah, sedangkan akta ini telah diluluskan 2 tahun yang lepas. kelitan juga pemimpin yang sedia ada tidak berminat untuk melepaskan jawatan masing masing.

Saya amat bersetuju dengan akta ini yang menghadkan umur pemimpin belia 40 tahun kebawah. Sampai umur 40 kita berhentikan sebab ia adalah sebuah pertubuhan untuk anak muda sama seperti Pergerakan Pemuda UMNO dan lain lain pergerakan pemuda parti politik yang lain. Saya nak cadangkan kepada kementerian, kalau payah sangat nak laksanakan, kita bubarkan terus persatuan yang ada, dan kita tubuhkan yang baru semuanya. Belia dipimpin oleh belia. ' Dari belia, kepada belia, untuk belia'.

Pada sebelah petang saya berkesempatan untuk ziarah seorang penduduk yang meninggal dunia d kampung Tok Dir. Kelihatan ramai penduduk yang turut sama ziarah jenazah berkenaan. Inilah yang dinamakan kehidupan. Sampai masanya kita akan menemui Allah yang maha esa. kehidupan ini adalah sementara, semuanya bersifat sementara. Semuanya akan binasa akhirnya kecuali Allah.
wasalam

No comments:

Contributors