Pages

Subscribe:

24 May 2009

Jalan Penuh Berliku 2


(Penyampaian Hadiah Pertandingan Memancing di Kg. Tok Dir)


(Bersama Warga Kg. Padang Pak Su Man)


( Turun Padang Ke Rumah Pelajar Cemerlang STPM (4A) DUN Bukit Payong)



Tanpa ku duga pada 19 Februari 2008 lebih kurang jam 6.00ptg saya menerima panggilan dari SUSK YAB Menteri Besar pada masa itu . Saya pun berdebar debar jugak . Apa pasal Pejabat MB call pada waktu ini. Bisanya segala urusan pada waktu pejabat. Beliau telah memaklumkan kepada saya supaya menguruskan perletakan jawatan saya esok. Saya tanya untuk apa?. Beliau kata untuk mewakili BN bertanding dalam pilihanraya umum ke 12 nanti. Sebagai pegawai kerajaan saya agak terkejut dengan pemilihan saya ini. Maknanya pucuk pimpinan parti terutamanya bekas YAB Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi dan bekas YAB Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Hj. Idris Jusoh telah memberi kepercayaan yang besar kepada saya diatas pemilihan ini.

Pulang ke rumah saya terfikir jugak adakah hendak menerima tawaran ini atau tidak. Perkara pokok saya fikirkan ialah soal perletakan jawatan saya dalam perkhidmatan awam. keduanya saya fikir ialah, kalau ditakdirkan menang ok lah, tapi kalau kalah apa kerja yang saya buat selepas itu. itulah yang bermain difikiran saya. Lepas itu saya mohon restu dan bertanya pandangan kedua ibu bapa dan isteri saya. Masing masing memberi jawapan terpulang kepada kehendak saya. Akhirnya saya bermohon kepada Allah agar memberi saya petunjuk kepada saya. Saya kuatkan semangat dan saya ambil keputusan menerima tawaran ini sebagai satu cabaran yang harus saya tempuhi. Saya yakin rezeki Allah ada dimana mana. Inilah dipanggil gelombang kehidupan. Ada masa kita diatas, ada masa kita dibawah, ada masa kita gembira, ada masa kita sedih, ada masa kita senang, ada masa kita susah dan akhirnya ada masa kita hidup, kemudian kita akan mati.

Memang saya akui, bagi mengambil tempat bekas YB DUN ini iaitu Dato' Dr. Latif Awang agak berat kerana beliau telah membawa banyak pembaharuan di Bukit Payong. Oleh sebab itu saya mempunyai keazaman yang kuat untuk meneruskan kesinambungan pembaharuan ini jika saya menang dalam pilihanraya umum tersebut. Dalam usia 34 tahun , dengan tenaga muda ini saya akan mencurahkan khidmat bakti saya untuk bersama warga DUN Bukit Payong bekerja bersama sama saya kearah Bukit Payong membangun dan sejahtera. 13 hari saya bersama jentera BN DUN Bukit Payong berkempen siang dan malam bagi memastikan rakyat terus membari sokongan kepada Barisan Nasional. Oleh kerana minat yang mendalam untuk berjuang bersama warga Bukit Payong, saya tidak terasa letih dan lesu. Yang ada pada ketika itu ialah semangat membara bagi meneruskan usaha untuk menang, dan menang, terus menang.

No comments:

Contributors