Pages

Subscribe:

16 September 2009

TETAMU AGUNG KIAN BERLABUH

Salam bloggers

Masa sungguh cepat berlalu. Ramadhan merupakan tetamu agung datang berkunjung setiap tahun. Hari ini kita sudah melangkah hari yang ke 27. Tetamu agung ini kian menyinsing fajarnya untuk meninggalkan umat manusia dalam masa 2 atau 3 hari lagi. Hati orang orang beriman sudah mula kesayuan dan mengalirkan air mata untuk berpisah dengan bulan yang sangat mulia ini.

Mereka ini adalah orang yang benar benar menghayati kedatangan Ramadhan dengan rasa kemanisan iman. Ketakwaan yang datang bersama sudah tentu akan menghadapi saat perpisahan dengan penuh kehibaan dan kesedihan. Ia becampur dengan rasa bimbang kerana Ramadhan tahun hadapan belum tentu buat mereka.

Rasa bimbang juga menghantui kerana mengenangkan amalan yang dilaksanakan diterima oleh Allah atau tidak. Namun kita penuh harapan agar dosa dosa diampunkan, dikembalikan kepada fitrah dan bersih dari segala dosa.

Apa yang menjadi harapan kita ialah kita jangan tersungkur di saat akhir. Jangan kita sibuk dengan persiapan raya seperti nak siapkan kuih raya, nak cari baju raya dan sebagainya. Ibarat suatu perlumbaan marathon yang kita sertai. Larian tidak akan bermakna jika kita laju atau hebat diperingkat awalnya tetapi lesu tidak bermaya di penghujungnya. Kita akan kalah dalam larian tersebut.

Sesungguhnya kenangan berpuasa Ramadhan sangat indah, terdapatnya berbuka puasa, terdapat terawih dan witir dan ibadah ibadah lain. Janganlah hendaknya masjid dan surau kembali lesu selepas Ramadhan ini. Jika itu berlaku maka kita gagal dalam menghayati Ramadhan ini.

Selamat tinggal tetamu agung, dengan iringan doa semoga panjang umur dan dapat bersua kembali ditahun depan.

wassalam

1 comment:

Lambo said...

Salam Aidilfitri;

Sempena hari mulia, salam dihulur mohon kemaafan semoga bertambah erat silaturahim sesama kita.

Dalam kegembiraan menyambut hari bahagia tidaklah boleh dilupakan pada yang tiada upaya. Tunaikanlah kewajipan agar kemeriahan dapat dinikmati bersama.

سلامت هاري راي عيدالفطري
معاف ظاهير دان باطين

Contributors