Pages

Subscribe:

22 September 2009

Hari Raya Dalam Kenangan

Salam bloggers

Hari ini dah masuk hari raya ke 4. Apabila tiba hari raya, orang yang paling genbira adalah kanak kanak. Mereka gembira kerana dapat baju baru, seluar baru, kasut baru, dapat duit raya dan sebagainya. Bagi kita orang dewasa , itu semua hanya sudah tinggal kenangan.

Bagi mereka yang tinggal dibandar bandar besar seperti KL, JB, Shah Alam dan lain lain, saat yang paling gembira apabila berada dalam kenderaan untuk pulang berhari raya di kampung bersama ayah, ibu, tokki, tok wan dan sanak saudara yang lain. Bagi kita yang sudah tinggal di kampung, kegembiraan sebegitu tidak dapat kita kecapi.

Pada tahun ini saya berhari raya di kampung saya. seperti biasa saya akan bersembahyang raya di di Masjid kg. Surau Hj. Yaacob. Nak pergi sembahyang kat masjid lain payahlah sikit pasal saya Bilal kat masjid tersebut. Bilal pulak cuma ada 2 orang saja.

Budaya yang sangat menarik di masjid ini ialah pemberian duit raya kepada kanak kanak. oleh sebab itu lah kanak kanak akan bertumpu di masjid ini. Selepas solat sunat Idul fitri ratusan kanak akank akan beratur untuk menerima duit raya. Biasa ada 5 - 6 orang yang akan memberi duit raya ini. Kalau sorang bagi RM 2.00 maka kanak kanak ini akan dapat RM 12.00 . kalau sorang bagi RM 1.00, bermakna kanak kanak ini kan dapat RM 6.00 seorang.

Apa yang mendukacitakan ialah apabila tiba saja malam raya, masjid telah kembali sepi dari jemaah. Yang ada cuma jemaah biasa sebelum Ramadhan. nampaknya Ramadhan ini tidak berjaya membawa manusia untuk mengimarahkan masjid.

Kenangan yang tak saya lupa semasa hari raya ialah apabila saya dapat duit raya dari seorang insan sebanyak RM 0.05 sen. Yang tambah dukacita lagi 5 sen yang diberi itu berkarat. apabila dapat duit tersebut kami semua ketawa diantara satu sama lain. Apabila saya berjumpa dengan orang berkenaan maka saya akan ingat duit 5 sen berkarat yang diberi semasa umur saya 11 tahun.

Hari ini saya berhari raya bersama perantau di Kg. Undang. Saya menerima duit raya RM 0.60 sen dari seseorang. Mulanya saya tak nak terima tapi dia tetap mahu saya ambil duit itu. Saya ambil. Apabila saya ambil duit RM 0.60 sen ini, nostalgia saya teringat duit RM0.05 sen yang saya terima 25 tahun yang lepas.

No comments:

Contributors