Pages

Subscribe:

26 September 2009

Tahniah Muammar Gaddafi

Salam bloggers.

Tindakan pemimpin Libya Muammar Gaddafi mengoyak kulit depan Piagam PBB semasa memberi ucapan di hadapan pemimpin dunia kemudian membaling kearah pemimpin kuasa besar dunia amat mengejutka semua pihak. Tindakan berani itu juga memberi impak yang cukup besar kepada kuasa dunia dan PBB sendiri.

Bagi makluman semua PBB mempunyai 5 negara kuasa besar dunia yang mempunyai kuasa veto atau kuasa pembatal. 5 nebgara berkenaan ialah AS, UK, China, Peranchis dan Russia. Sistem yang dimulakan selepas perang dunia ke 2 ini adalah struktur yang tidak releven. Ia telah banyak disalahgunakan oleh kuasa besar untuk menekan, menyerang negara negara yang tidak berdaya dan kecil.

Contohnya serangan AS keatas Iraq. PBB telah digunakan untuk menghalalkan serangan keatas Iraq dengan alasan Iraq mempunyai senjata nuklear. Namun demikian mereka tidak mengambil tindakan yang sama keatas Israel dan Korea Utara yang sudah jelas membangunkan Senjata Nuklear. Jika Malaysia juga membangunkan senjata nuklear , saya berpandangan sudah lama mereka menyerang Malaysia.

Gaddafi bertindak secara radikal bagi menyatakan rasa kekecewaan dan marah terhadap PBB dengan amalan kuasa veto berkenaan. PBB telah menjadi pentas sandiwara kuasa kuasa besar dunia bagi mendapatkan lesen untuk membunuh dan menyerang negara yang tidak bermaya.

Inilah sejarah hitam buat PBB. Namun seperti diduga media barat melaporkan tindakan itu sebagai kurang ajar. Tindakan yang dilakukan ini sudah pastilah akan mendapat pujian negara kecil yang selama ini tertindas dengan dasar PBB ini, tetapi mereka tidak berani untuk bersuara.

Pada satu ketika dahulu Tun Dr. Mahathir juga mengkritik hebat dasar kuasa veto ini. Dalam setiap ucapan Tun Dr. Mahathir, beliau dengan begitu lantang melemparkan kritikan, pandangan dan mengutuk PBB kerana banyak menyeleweng dari landasan yang sebenarnya.

Perkara yang lebih menarik lagi lagi Gaddafi menggelarkan PBB sebagai Majlis Keganasan kerana menghalalkan peperangan dan keganasan berlaku. Mereka menghalalkan serangan yang dilakukan oleh Israel terhadap Palestin. Tidak ada sebarang tindakan oleh PBB terhadap Israel yang melakukan kekejaman. Kuasa kuasa besar juga tidak mahu menerima resolusi 425 PBB yang mengiktiraf kedaulatan Palestin sebagai sebuah negara berdaulat.

Memang tepatlah Gaddafi menggelarkan PBB sebagai Majlis Keganasan Dunia. Tindakan mereka yang dilakukan berat sebelah dan hanya menguntungkan kuasa kuasa besar dunia. Mereka hanya banyak menambil tindakan kepada negara islam. Negara ini akan diserang habis habisan sehingga menemui kehancuran. Sedangkan sekutu mereka seperti Israel terus terselamat dan semakin bermaharajalela.

Tahniah Muammar Gaddafi.

Fikir fikirkanlah

No comments:

Contributors