Pages

Subscribe:

23 September 2009

Beri lah Peluang Kepada Yang Baru

Salam bloggers

Pemimpin amat penting dalam sesebuah negara. Pemimpin rakyat dan negara akan datang dan pergi. Pemimpin silih berganti antara generasi lama dan diganti dengan generasi baru. Ini lah lumrah kehidupan manusia atas mukabumi ini. Semua bersifat sementara dan tidak ada yang akan kekal kecuali Allah.

Sebagai pemimpin, kita harus sedar bahawa satu masa kita juga akan meninggalkan kerusi empuk, seterusnya memberi laluan kepada pemimpin baru. Jangan kita merasakan bahawa kitalah yang paling hebat atas muka bumi ini. Orang lain dok rok scetong blake.

Kalau kita terlalu lama memimpin masyarakat, banyak masalah akan berlaku. Saya amat tertarik dengan apa yang terjadi terhadap MIC. Saya tidak berniat untuk masuk campur dalam urusan MIC. Apa yang berlaku itu sebenarnya memberi pengajaran kepada pemimpin lain. Bayangkan dengan menjadi pemimpin parti semenjak tahun 1981 hingga 2009.

Kita bukan bermaksud nak melupakan jasa pemimpin. Jasa yang mereka buat akan dikenang oleh rakyat. Lihat bagaimana Tun Dr. Mahathir yang melepaskan jawatan secara terhormat dan memberi ruang kepada pemimpin lain untuk mengambil alih jawatan tersebut. Walau pun melepaskan jawatan tapi rakyat Malaysia sentiasa memberi sanjungan kepada beliau sebagai pemimpin agung.

Begitu juga soal pemilihan calon di Bagan Pinang. Saya berharap jawatankuasa pemilihan calon ini meneliti dengan sebaik yang mungkin calon BN yang akan mewakili BN dalam pilihanraya kecil tersebut. Jadilah kita pilih calon lama yang sudah diketahui masalahnya.

Pemimpin lama pula harus memberi ruang kepada pemimpin baru. Kita telah berpuluh tahun dalam kerajaan sehingga menjadi orang no. 1 di negeri. Takkan lah kita masih nak jadi Wakil Rakyat biasa, jadi berilah peluang kepada orang lain pulak.

Dengan itu baru lah ada kesinambungan antara yang lama dengan yang baru. Janganlah apabila yang baru terpilih, yang lama akan buat apa saja untuk menjatuhkan yang baru. Yang baru buat program , yang lama pun buat program.

Akhirnya tidak ada kesudahan sokmo kita. kalau kita memberi sokongan atas dasar 1 parti, pemimpin baru juga boleh laksakan tugas sebagai pemimpin dengan cemerlang.

Fikr

3 comments:

Lambo said...

Salam;

Agak lama gak tak dengar pendapat gini, tapi takkan lapok ditelan zaman!

Pastinya yang muda tak boleh gelojoh, yang tua jangan haloba. peminpin datang dan pergi, yang patah tumbuh berganti, kecuali tunggul...

Ada berpendapat, apa salahnya jadi peminpin hingga akhir hayat. sedangkan rasulullah pun begitu, kalau tak ikut die nak ikut siapa lagi. NICKY EXIST boleh jadi ketua hingga sekarang, OK je..!!

Bagilah peluang untuk dihormati sehingga ke lubang kubur. Besar jasa mereka, jika tiada yang tua, maka tiadalah yang muda.

hayatilah Klik disini "YANG TUA DIHORMATI ~ YANG MUDA DIMULIAKAN". mana dulu, TELOR ~ AYAM?

rokbelukar said...

salam

Indah Hairani said...

Assalamualaikum..
Salam buat sahabat dan rakan yg pernah berkhidmat di bawah satu bumbung. Izinkan saya berujar sepatah. Saya bukan pandai, namun ia satu pandangan yg sgt ikhlas lahir dari hati sy. Berkhidmatlah dgn penuh rasa ikhlas dan bertanggungjawab, adil dan amanah tanpa mengira siapa mereka, laksanakan kerana ALLAH bukan kerana parti semata-mata. Apa yang kita laksanakan akan diperhitungkan nanti. Dan saya setuju dgn G Senduk, Jgn gelojoh dn haloba. Salam hormat dari saya.

Contributors