Pages

Subscribe:

16 September 2009

TETAMU AGUNG KIAN PERGI

Salam bloggers.

Masa sungguh cepat berlalu. Ramadan merupakan tetamu agung yang setia datang berkunjung setiap tahun. Hari ini kita sudah melangkah hari yang ke 26. Tetamu agung ini sudah beransur ansur meninggalkan kita dan ia sudah pasti akan meninggalkan kita dalam masa 3 atau 4 hari saja lagi.

Mereka yang benar-benar menghayati dan mendapat faedah dari kedatangan Ramadan dengan menikmati kemanisan iman dan peningkatan takwa yang datang bersamanya sudah tentu menghadapi saat-saat perpisahan ini dengan penuh kesedihan berbaur kebimbangan dan pengharapan.

Namun, saya pelik melihat masyarakat kita. Kita sedih dan hiba bila semasa berhari raya. Hari Raya adalah hari kemenangan dan kita patut bergembira pada hari ini. Apa yang perlu disedihkan ialah disaat Ramadhan hampir meninggalkan kita kerana kita tak tahu sama ada kita akan berjumpa Ramadhan pada tahun akan datang.

Sedih mengenangkan perpisahan dengan bulan yang dikasihi ini. Rasa terdetik dan bimbang adakah amalan diterima dengan tahap penghayatan yang tidak seberapa. Berharap agar dosa-dosa diampunkan, dikembalikan kepada fitrah dan bersih segala dosa dosa.

Inilah sikap yang diriwayatkan daripada sebahagian para salaf. Mereka berdoa kepada Allah SWT selama enam bulan agar dipertemukan dengan Ramadan. Setelah itu mereka berdoa pula selam enam bulan berikutnya agar Allah SWT menerima amalan mereka di bulan Ramadan yang berlalu.

Ada juga dikalangan kita yang hebat awalnya tapi tersungkur disaat akhirnya. Mungkin sibuk dengan kuih raya, baju raya dan sebagainya. Ibarat suatu perlumbaan marathon yang kita sertai, apalah gunanya kita hebat di peringkat awal ltetapi tida bermaya dan lesu ketika menuju garisan penamat dan tewas dalam larian tersebut.. Sesungguhnya kenangan berpuasa Ramadhan, berbuka puasa, solat sunat terawih, solat witir dan melaksanakan ibadah yang lain sangat menyeronokkan.

Akhirnya, marilah kita panjatkan doa semoga kita panjang umur dan dapat bersua dengan Ramadhan pada tahun hadapan. Insyallah.

2 comments:

Bestari said...

Selamat Hari Raya tuan. Maaf zahir Batin

Ahmad Belia said...

Selamat hari raya dan Maaf Zahir Batin

Contributors