Salam bloggers
Masa semakin suntuk , tempuh dua tahun yang mahu di kejar sebelum pilihanraya umum ke 13 bukan lah satu masa yang lama. UMNO pula semakin tidak menentu. Kita juga melihat PR juga tidak menentu macam UMNO bahkan lebih parah dari UMNO. Namun UMNO dan Bn mendapat lebih perhatian kerana BN adalah parti yang memerintah negara.
Selepas 52 tahun merdeka dan memerintah negara ini, kini UMNO menghadapi dilema yang agak besar. Jangan mendoakan sejarah parti LDP di Jepun tidak akan menimpa UMNO. LDP telah dihumban oleh rakyat Jepun selepas 54 tahun berada ditampuk kuasa. Segala jasa yang dibuat oleh LDP kepada negara Jepun dilupai oleh orang Jepun sendiri. LDP telah membangunkan negara Jepun sehingga Jepun menjadi salah satu kuasa ekonomi dunia.
Suasana di Jepun dan Malaysia amat jauh berbeza. Untuk menukar kerajaan, rakyat harus berfikir 1000 kali kerana kita tidak banyak pilihan. Pilihan terbaik hanya lah UMNO dan BN sahaja. Dalam kepelbagaian bangsa dan agama dalam Malaysia, rakyat tidak boleh memperjudikan nasib mereka.
DAP adalah parti ekstrim yang menentang keras islam. Mana mungkin sebuah parti yang menentang islam boleh memerintah dalam sebuah negara islam dan dihuni oleh majoriti orang islam. PKR adalah parti pelbagai kaum, kalau tidak ada Anwar nanti mereka akan berbalah mencari pemimpin dikalangan mereka. Mereka hanya menggunakan kesempatan dengan populariti Anwar untuk memancing undi.PAS pula adalah parti serpihan dikalangan parti PR. Sudah pasti PAS akan diberi kerusi yang sedikit untuk bentanding dalam pilihanraya nanti.
Masa dua tahun bukan lah panjang sangat jika kita ukur dengan keadaan yang berlaku di Terengganu sekarang ini , tidak perlu kita menyebelahi mana mana pihak, yang penting apa yang kita mahu adalah sesuatu yang ajaib boleh dilakukan untuk memperbaiki keadaan di Terengganu itu. Apakah kita sudah lupa, Rakyat Terengganu ini lain sikit. Mereka boleh humban mana mana kerajaan yang mereka mahu.
Tahun 1999 mereka malukan BN sehingga BN dapat 4 kerusi sahaja. Akibat perit dengan pemerintahan PAS di Terengganu, mereka humban PAS dan PAS hanya mendapat 4 kerusi sahaja dalam pilihanraya umum tahun 2004. Rakyat Terengganu juga masih ingat apa yang Pas dah buat selama 4 tahun memerintah Terengganu. Jadi kita jangan kembali menyokong PAS dalam pilihanraya kali ini.
Kita tahu bahawa kepimpinan Terengganu kini menghadapi sedikit masalah. Masalah ini kita tak boleh lari. Dimana mana pun ada masalah. Pimpinan PR juga ada masalah. Kedah juga menghadapi masalah Exco letak jawatan, ADUN PKR masuk Bebas dan sebagainya. Di Pulau Pinang juga ada masalah Timbalan Ketua Menteri ( Tuan Fairus) letak jawatan & masalah Kg. Buah Pala.
Di Selangor juga ada masalah penjualan arak, masalah kuil, masalah ADUN yang hilang & tidak menjalankan tugas. Sebagai parti pemerintah mesti ada masalah dikalangan mereka. Rakyat harus tengok dalam dunia ini, saya perhatikan semua negara yang diperintah oleh orang islam, rakyat bukan ilsam akan dapat hidup selesa, aman damai tanpa kekecohan. Tapi apabila orang islam menjadi rakyat dalam negara yang diperintah oleh orang bukan islam, orang islam sering menjadi mangsa kekejaman mereka seperti Palestin, Thailand, Burma, Filipina dan sebagainya.
Luka di Terengganu ini bukan nya luka baru, namun jika ia dibiarkan berlarutan maka luka ini akan menjadi barah dan bernanah. Apa yang kita lihat sekarang, dua tahun lagi, masalah negeri Terengganu ini akan kekal ditahap ini dan mungkin UMNO Terengganu telah bersedia untuk menjadi jenazah untuk dikuburkan.
Peristiwa 2 peperangan dalam islam harus di ambil sebagai iktibar oleh pimpinan UMNO khususnya di Terengganu. dalam perang Badar yang berlaku pada 10 Ramadhan iaitu dalam bulan puasa. Tentera islam dengan kekuatan 313 orang, 2 ekor kuda dan 70 ekor unta telah dapat mengalahkan tentera kafir walaupun jumlah mereka 1000 - 1300 orang, 100 ekor kuda, 600 baju besi dan jumlah unta yang banyak. . Kenapa mereka menang. Jawapannya kerana mereka bersatu hati, sanggup berkorban untuk mempertahankan tentera islam, disiplin yang tinggi dan patuh kepada arahan ketua.
Namun dalam peperangan Uhud Tentera islam telah kalah kerana mereka tidak mengikut arahan ketua iaitu Rasulullah dan mereka tamak untuk ambil harta rampasan perang.
Kita telah menabur jasa kepada rakyat selama 52 tahun. Jika kita bersatu , insyallah kita akan terus diberi tempat oleh rakyat Terengganu. Jika tidak UMNO akan menjadi sebahagian dari sejarah Malaysia.
Fikir fikirkanlah
10 months ago
No comments:
Post a Comment