Pages

Subscribe:

26 September 2016

SELAMAT TAHUN BAHARU 1438 HIJRAH. Antara azam baru dan muhasabah diri. 1. Salam hijrah buat semua. Masuknya waktu maghrib sebentar tadi bermakna kita telah melangkah 25 Zulhijjah 1437 H. Dalam jangka masa 5 hari lagi, kita akan melangkah ke tahun baharu 1438H. Rasanya sungguh cepat masa berlalu. Ia pergi meninggalkan umat manusia dan tidak akan kembali lagi. 2. Menjelang tahun baru Hijrah , setiap insan sudah pasti mempunyai azam baru . Begitulah biasanya setiap tahun baharu yang datang bertamu. Sama ada ianya betul betul terlaksana, hanya diri sendiri sahaja yang mampu menjawabnya. Kita tidak boleh menipu diri sendiri. 3. Sememangnya menjadi amalan setiap insan Muslim. Dalam sehari semalam, setiap kali selesai solat, seorang insan seharusnya bermuhasabah diri, apakah baik buruknya yang berlaku kepada dirinya dan bagaimanakah seharusnya kita menghadapi setiap perkembangan dalam hidupnya, memikirkan juga apakah perilaku baik dan buruknya yang berlaku di antara waktu sembahyang itu, supaya kita dapat menambahkan lagi kebaikan dan menghindarkan yang buruk, Kalau hal ini menjadi tabiatnya, maka dalam sehari semalam, bererti lima kali dia cuba menenguk kembali terhadap tingkah laku dirinya, dan menilai untuk di perbaiki dan di pertingkatkan yang baik, serta meninggalkan yang tidak baik. 4. Pada waktu malam pula, sebelum kita melelapkan mata ketika berada di tempat tidur, kita harus juga melakukan muhasabah diri, apakah yang berlaku dan yang telah di lakukannya sejak dia bangun tidur pagi tadi, sehingga dia hampir melelapkan matanya ini, dari segi dosa pahala, baik buruknya, amalannya atau kesilapan dan keterlanjurannya kepada Allah SWT terutamanya, malah terhadap diri sendiri dan keluarga, serta masyarakat umum. supaya apa2 yang dilakukannya dari segi manfaat dan mudaratnya, baik dan buruknya, dijadikan pelajaran untuk menjalani kehidupannya esok hari dengan lebih sempurna. 5. Tahun baru Hijrah merupakan titik permulaan yang bersejarah dalam kehidupan umat Islam, malah umat manusia umumnya, dari sudut kebangkitan tamadan dan peradaban, kesejahteraan dan kebahagiaan umat manusia umumnya dengan tertubuhnya pemerintahan agung pimpinan Nabi besar Muhammad SAW. 6. Tidak menjadi kesalahan kita merenungi sejarah perkembangan diri sendiri dalam setahun yang lalu untuk dijadikan iktibar dan tauladan, dan seterusnya memohon kepada Allah SWT supaya menunjukkan jalan yang lurus dan benar dalam melayari kehidupan masing - masing setahun lagi sehingga ke tahun yang akan datang. 7. Muhasabah diri bagi tahun yang lalu, setahun yang lepas dalam usia masing - masing, merupakan satu langkah dan perancangan yang baik dalam menjalani kehidupan bagi tahun - tahun yang akan datang. Saya berpesan kepada diri saya sendiri dan rakan rakan sekalian, marilah kita kaji perjalanan diri sendiri, perkataan, perbuatan, bisikan hati nurani, kesedaran minda dan emosi sendiri, malah segala yang kita lakukan, dan jadikanlah pengajaran, untuk di fikirkan sebab musabab, ganjaran dan akibatnya, kemudian perbaikilah dengan ikhlas dan jujur, agar kita menjadi insan yang baik dan sempurna mungkin, dalam kehidupan kita seterusnya. 8. Insya Allah kita pakat mulai dengan tahun baharu Hijrah 1438 ini, dan akan terus kekal dengan peningkatannya yang ideal untuk tahun tahun akan datang, selagi hayat di kandung badan. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Tahun Baharu Hijrah buat semua khususnya buat rakan rakan belia kita. Moga kita semua mendapat rahmat Allah jua di tahun 1438 H nanti. Jangan lupa untuk kita sama sama doakan agar negara tercinta terus menikmati kemakmuran berterusan. SELAMAT TAHUN BARU 1438H. Zaidi Muda Pengerusi Majlis Belia Negeri Terengganu

No comments:

Contributors