Selamat Hari Raya Korban.
اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ،
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ،
اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ،
وللَّهِ الحمد
Insya Allah esok, kita akn menyambut Hari Raya Idul Adha. Idul Adha sangat istimewa selain Idul Fitri, disambut pada 10,11,12 dan 13 Zulhijah. Namun bagi sesetengah masyarakat kita, Idul Adha disambut secara dingin berbanding dengan Idul Fitri yang kita sambut sepanjang Syawal. Sepatutnya persepsi ini kena berubah , marilah kita menyambut Idul Adha secara lebih bermakna , disertai dengan penghayatan yang bersungguh sungguh.
Sambutan Idul Adha dalam kalangan masyarakat Arab di Timur Tengah lebih meriah berbanding sambutan Idul Fitri. Idul Adha adalah hari istimewa memperingati perjuangan Nabi Ibrahim a.s., isterinya Siti Hajar dan putera mereka, Nabi Ismail a.s. menghadapi ujian besar dalam mematuhi perintah Allah SWT. Ia turut merujuk kepada kemuncak ibadah haji iaitu wukuf di Padang Arafah. Wukuf di padang Arafah ini dilakukan kerana diyakini tempat pertemuan semula Nabi Adam a.s. dan isterinya, Hawa setelah diturunkan dari syurga. Setelah memohon keampunan dan bertaubat, akhirnya Allah SWT menerima taubat dan dosa mereka diampunkan di Padang Arafah.
Idul Adha sangat sinonim dengan ibadah korban . Hukum melaksanakan ibadah korban adalah sunat muakkad bagi individu yang berkemampuan sebagai mensyukuri nikmat dan mengharapkan keampunan Allah SWT. Ia membolehkan mereka yang berkemampuan berkongsi rezeki dengan golongan yang kurang berkemampuan.
Bagi jemaah haji di Tanah Suci pula, Hari ini ialah hari kemuncak haji, mereka akan berkumpul di Arafah sebagai tanda pengadbian kepada Allah yang maha kuasa. Mereka berada disana dengan niat yang sama dan pakaian yang sama melambangkan setiap manusia sama di sisi Allah melainkan iman dan takwa.
Marilah kita sambut Idul Adha dengan penuh keimanan dan ketakwaan, memperbanyakkan ibadah terutamanya di 9,10,11,12, dan 13 Zulhijjjah ini seperti solat sunat, Takbir & tahmid , ibadah korban yg yang berkemampuan dan sebagainya lagi.
Salam Idul Adha dari ZM dan keluarga.

No comments:
Post a Comment