Salam bloggers.
Saya mohon maaf kerana sudah lama tidak update blog ini lantaran keterbatasan masa & waktu dan kesibukan menghadapi tugas tugas seharian. Saya mendoakan agar semuanya berada dalam keadaan selamat. Saya ucapkan terima kasih atas pandangan dan teguran yang dibuat oleh saudara saudari sekalian.
Nampaknya rakyat Malaysia terus mendapat pembelaan. Konsep 1 Malaysia, Rakyat didahulukan, Prestasi diutamakan telah membuktikan bahawa ia bukan omong omong kosong yang dibawa oleh YAB Perdana Menteri kita. Ia telah benar benar dinyatakan dan dipraktikkan oleh YAB Perdana Menteri.
Semalam 06 November 2009, sekali lagi beliau telah membuat 2 pengumuman penting iaitu pelancaran program subsidi beras untuk rakyat (Subur) dan penarikan semula penguakuasaan pemeriksaan Puspakom bagi kenderaan yang melepasi usia 15 tahun yang sebelum ini dikuatkuasakan. 2 pengumuman ini telah menzahirkan berita gembira buat rakyat yang miskin.
Berkuatkuasa 1 Disember ini , hampir 200,000 keluarga miskin tegar, miskin, muda miskin dan orang asli diseluruh negara akan mendapat subsidi beras. Menerusi program subsidi ini, kira kira 43,500 keluarga miskin tegar yg berpendapatan RM 450 sebulan dibandar dan RM 420.00 di luar bandar akan menerima baucer bagi 30 Kilogram beras percuma setiap bulan.
Sementara itu , lebih 150,000 keluarga yang berpendapatn RM 1500.00 sebulan di bandar dan RM 1000.00 sebulan diluar bandar akan menerima subsidi RM 10.00. Ini bermakna jika harga beras dipasaran RM 24.00 maka keluarga ini hanya perlu menambah sebanyak RM 14.00 sahaja kerana RM 10.00 telah diberi secara percuma.
Ini kesungguhan kerajaan membantu rakyat. mudah mudahan dengan bantuan ini, ia akan meringankan beban rakyat yang ditimpa yang miskin , insyallah
Fikr
10 months ago
1 comment:
salam blogger...
semoga tuan sentiasa dirahmati .
kini dibawah yab najib bergema lagi agar jurang kepergunaan ict di rapatkan lagi ,
dalam apa jua bantuan govt dibawah bn begitu banyak diperkenalkan namun soal ketulusan dan ketirisan menjadi 1001 satu soalan dikalangan rakyat,
kemahuan govt bn dgn kepimpinan bawahan jkkk or pengerusi cawangan yang seolah2 besar kepala dlm membuat keputusan ,
bantuan basikal hingga basikal menjadi buruk,
bantuan baju sekolah yang dapat keluarga yang kaya sahaja ,
bantuan dana yang berada sahaja,
apakah kami yang dicap di anggap pembakang kerna kami tak setuju cara dan ketirisan ini,
sesungguhnya menang kalah calon ini rasanya ditentukan oleh puak yang tak berparti,,no particion bukannya yang ahli2 sahaja.
bagi kami yang tak punya ahli bukan ngak mau jadi ahli tapi puak-puak yg jadi ketua kg ni nampak lebih kuah dari sudu,,,besar2 kepala lebih aje dapat kuasa tak buat menda pun just kerja nak dapat projek aje...
apa pun harap tuan mampu mengubah persepsi ini..
BN...
Bela Negara
Beri Nikmat
Post a Comment