Pages

Subscribe:

24 November 2009

Pengorbanan yang tiada tolak bandingnya.

Salam bloggers

Terima kasih kepada yg masih setia dgn blog saya. Mohon maaf kerana lama dah tak update blog ini kerana kesuntukan waktu. Saya mendoakan sahabat blog dalam keadaan sihat walafiah.

Kita juga baru melepasi ujian banjir. Bagi penduduk di Bukit Payong. Lama dah kita tidak menghadapi masalah banjir. Tahun terakhir pusat pemindahan dibuka ialah pada tahun 1986. Masa tu saya baru darjah 6. Namun pada tahun ini kita mengalami banjir. Jika difikir secara positif, mungkin ini lah ujian Allah. Kita terima dengan redha kerana sudah lama kita tidak diuji dengan banjir.

Dalam musim begini ramai org yang berkorban untuk kesenangan org lain. Ramai juga sukarelawan yang turut membantu dan menghantar bekalan makanan ke pusat pemindahan. Inilah budaya yg patut dicontohi oleh rakyat kita. Kakitangan kerajaan yg terlibat juga bertungkus lumus membantu mangsa yang terlibat.

Saya ada menerima sms dari rakan rakan jemaah haji. Mereka akan mula bertolak ke Arafah bagi mengerjakan ibadat wukuf. Jutaan manusia akan berkumpul disini dalam sedikit masa lagi. Mereka memakai pakaian yang sama tanpa mengira kedudukan dan pangkat. Mereka punyai niat yang sama. Ini melambangkan bahawa setiap manusia itu sama melainkan tahap keimanan dan ketakwaan sahaja membezakan kita. Pengorbanan diiringi dengan kesabaran mestilah bersama jemaah haji bagi mendapat haji yang mabrur.

Hari Raya haji sudah pasti akan mengingatkan kita akan peristiwa agung iaitu penyembelihan Nabi allah Ismail sebagimana firman Allah dalam surah ass shaffat ayat 102

" Maka taktala sampai pada usia sanggup berusaha bersama sama Ibrahim, Ibrahim pun berkata: " wahai anakku, sesunggunhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelih mu. Maka fikirkanlah apakah pendapat mu?. Dia menjawab, Ayah, Laksanakanlah apa yang diperintah oleh Allah kepada kamu. Insyallah engkau akan mendapati aku termasuk kedalam org org yang sabar".

Inilah pengorbanan yang sangat besar yg tidak ada tolak bandingnya. Nabi ibrahim telah telah menunaikan perintah Allah dengan penuh ketaatan iaitu menyerahkan anaknya untuk disembelih sebagai korban.

Oleh kerana kehebatan ketaatan ini, maka semasa menyembelih Nabi Ismail, Maka Allah telah gantikan Ismail dengan seekor kibas berbulu putih, bermata hitam dan bertanduk besar ( Ini menurut jumhur ulamak). Nabi Ibrahim melihat kibas itu tiba tiba telah terikat di sebatang pokok yang tumbuh dikaki bukit. Menurut ibnu Abbas, kibas itu telah digembalakan disyurga lebih dari 40 tahun.

Kehidupan ini sebenarnya adalah ujian bagi umat manusia. Kita mestilah sanggup berkorban untuk mencapai sesuatu kejayaan hatta kejayaan dunia atau kejayaan akhirat.

" SELAMAT HARI RAYA KORBAN/IDUL ADHA"

Wassalam

No comments:

Contributors