Pages

Subscribe:

03 December 2009

UPSR, Terengganu Juara Lagi

Salam bloggers

Salam pagi jumaat. Seperti mana yang diketahui keputusan UPSR telah lama diumumkan. Masa saya sekolah dulu ia dikenali sebagai Peperiksaan Penilaian Darjah 5. Kini ia dikenali sebagai Ujian Pencapaian sekolah Rendah (UPSR).

Alhamdulillah, sekali lagi Terengganu mencipta sejarah tersendiri apabila sekali lagi dinobatkan sebagai negeri terbaik dalam peperiksaan ini. Dengan ini, Terengganu menjuarai bagi kali yang ke 9 berturut turut mendapat keputusan terbaik dalam UPSR. Sukar untuk kita mempercayainya tetapi itulah hakikat yang mesti diterima.

Menjuarai adalah perkara lumrah bagi kita tetapi menjuarai 9 tahun berturut turut adalah luar biasa. Ini membuktikan bahawa tidak ada perkara mustahil jika kita berusaha dengan bersungguh sungguh dan diiringi dengan doa kepada yang maha kuasa.

Pada tahun ini seramai 3,664 pelajar memperolehi semua A dalam matapelajaran yang dimbil daripada 23,944 calon yang menduduki peperiksaan ini di Terengganu. Ini bermakna 15.3% calon memperolehi A dalam semua matapelajaran. Target Jabatan Pelajaran Negeri ialah 20% memperolehi A tidak tercapai.

Bagi sekolah terbaik pula ialah SK Tengku Mahmud apabila 47.02 % daripada 168 calonnnya memperolehi A dalam semua matapelajaran. Ia didikuti dengan SK Tengku Mahmud II apabila sebanyak 39.6% daripada 101 calonnya memperolehi semua A. SK Sultan Sulaiman pula merupakan sekolah terbaik di Kuala Terengganu apabila 51 calonnya memperolehi A dalam semua matapelajaran.

Kecemerlangan ini adalah hasil kerja kuat warga JPN terutamanya guru guru yang bekerja keras bagi memastikan kecemerlangan ini. Tidak lupa juga kepada ibu bapa dan anak anak pelajar yang senantiasa berusaha gigih.

1 lagi ialah peranan besar kerajaan negeri yang memberikan segala kemudahan bagi membantu kecemerlangan ini menjadi realiti. Salah satu darinya ialah pemberian e book kepada setiap pelajar darjah 5 mulai tahun ini melibatkan perbelanjaan sebanyak RM 30 Juta setahun.

Sebagaimana yang sering disebutkan, hendak mengekalkan kejuaran adalah sesuatu yang sukar untuk dilakukan. Kita tetap yakin , dengan usaha gigih semua pihak ia tidak mustahil dapat dikekalkan, Insyallah.

wassalam.

1 comment:

TUPAI said...

Satu fakta yang nak dikongsikan bahawa berdasarkan rekod pencapaian UPSR tahun 2009 ini....Daerah Besut adalah merupakan daerah no satu (1) dalam Malaysia yang mendapat pencapaian yang cemerlang dalam UPSR...BESUT BUMI ULUL-ALBAB...Tiada siapa yang boleh nak sangkal....ini satu fakta.

Terima kasih kepimpinan Besut yang prihatin dalam bersama-sama menjana modal insan yang gemilang...

Terima kasih yang tidak terhingga kepada para guru yang berjaya mendidik anak bangsa ke arah kecemerlangan...

Terima kasih pada ibubapa yang sanggup mengorbankan harta benda dalam memberi pendidikan pada anak-anak...

Terima kasih pada adik-adik di atas ketekunan dan tumpuan yang diberikan dalam pelajaran adik-adik...

Terima kasih pada masyarakat yang sentiasa cakna pada pendidikan...

Sama-samalah kita melahirkan semula Al-Ghazali, As-Shafie, Al-Kwarizmi, Al-Khindi,Ibn Khaldun dan lain-lain lagi dibumi Besut khususnya dan Terengganu amnya...

Contributors