Pages

Subscribe:

06 December 2009

Penyamarataan Pegawai Awam

Salam bloggers

Pegawai awam adalah tonggak kemajuan negara. Merekalah yang akan melaksanakan dasar yang ditentukan oleh Ahli pentadbiran yang terdiri dari ahli ahli politik. Kebijaksanaan ahli ahli politik dan ketekunan pegawai awam melaksanakan dasar kerajaan akan memberi faedah yang cukup besar kepada kesejahteraan rakyat.

Di negara kita terdapat lebih kurang 1 juta pegawai awam. Saya tertarik dengan kenyataan YAB Perdana Menteri sedikit masa dahulu yang mana jawatan penting dalam kerajaan akan diisi oleh pegawai yang berkaliber dan menunjukkan prestasi yang cemerlang.

Dalam perkhidmatan pegawai kerajaan terdiri daripada pelbagai perkhidmatan. Diantaranya ialah terdiri dari Perkhidmatan Pegawai Tadbir & Diplomatik (PTD) , Perkhidmatan pendidikan (DG,DS), Perkhidmatan Sosial (S), Sains (C), Pengangkutan, Ekonomi (E), Kesihatan (U) dan lain lain lagi.

Saya nak berkongsi pandangan dengan sahabat sahabat semua kerana kita dapati dalam perkhidmatan awam ini wujud sedikit ketidakseimbangan dalam skim perkhidmatan. Kita dapati skim perkhidmatan PTD amat menarik kerana peluang kenaikan pangkat mereka sangat luas berbanding dengan perkhidmatan lain.

Skim perkhidmatan mereka merentasi pelbagai jabatan dan kementerian. Mereka boleh pergi ke mana mana kementerian dan jabatan dengan mendapat jawatan penting seperti Ketua Setiausaha dan Ketua Pengarah jabatan tertentu. Cuba kita bayangkan, jawatan Ketua Setiausaha Kementerian tidak akan terlepas ke tangan skim lain selain dari PTD.

Kepada pegawai yang memasuki skim perkhidmatan selain dari PTD, adalah mustahil bagi mereka untuk mengecapi jawatan Ketua Setiausaha ini. Contohnya jawatan Ketua Pengarah Jabatan Belia & Sukan Negara. Jawatan paling tinggi untuk skim perkhidmatan Pegawai Belia & sukan ialah Ketua Pengarah. Itu pun hanya JUSA B sahaja. Ketua Pengarah ini tidak boleh mengisi jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Belia & Sukan Malaysia.

Kita boleh membuat kajian jumlah pegawai awam pada gred JUSA C,B dan A. Begitu juga pada gred Turus III, II dan I. Berapa orang dari pegawai PTD dan berapa orang dari skim perkhimatan lain.

Namun bukan semua jawatan Ketua pengarah diisi oleh skim perkhidmatan berkenaan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). jawatan Ketua Pengarah bukan lah didisi oleh skim perkhidmatan pengangkutan tetapi ia di isi oleh PTD selaku Ketua Pengarah.

Saya berpandangan sudah sampai masanya kerajaan membuka ruang kepada semua skim perkhidmatan memegang jawatan kanan dalam perkhidmatan awam. Setiap pegawai yang menunjukkan prestasi cemerlang haruslah diberi ruang untuk memegang jawatan penting seperti Ketua Setiausaha Negara ,Ketua Setiausaha dan Ketua Pengarah.

Ini adalah merupakan transformasi penting untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan awam. Kita faham bahawa ini adalah sesuatu yang sukar diperingkat permulaan namun saya percaya hasrat YAB Perdana Menteri adalah murni kerana negara memerlukan pegawai awam yang betul betul cemerlang bagi mengisi jawatan jawatan penting.

Lontaran fikr

No comments:

Contributors