30 December 2010
SELAMAT TAHUN BARU 2011
Hari ini 31 Disember 2010, merupakan hari terakhir untuk tahun 2010. Kurang 8 jam dari artikel ini ditulis, kita semua akan menyambut 1 Januari 2011. Bagi menghadapi tahun baru juga, khutbah jumaat pada hari ini mengupas tentang Muhasabah Diri.
Tahun baru 2011 sudah pasti disambut dengan semangat dan azam baru. Semangat yang dibawa oleh pasukan bolasepak negara yang menjuarai Kejohanan Piala Suzuki boleh juga dijadikan pembakar semangat untuk kita meneruskan kelangsungan hidup ini.
Kemenangan ini sebenarnya membuktikan tiada yang mustahil dalam hidup ini. Pokoknya ialah usaha gigih dan semangat pengorbanan yang tinggi. Jika semua rakyat mempunyai semangat ini, kita penuh yakin jumlah penerima bantuan kebajikan, bantuan zakat, bantuan persekolahan dan lain lain bantuan semakin berkurangan di tahun 2011.
Bagi kakitangan awam pula, kita mestilah berazam untuk bekerja dengan sebaik mungkin dan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan negara. Kita adalah insan bertuah kerana dapat berkhidmat dengan perkhidmatan awam di Malaysia. Jika semua bekerja keras, insyallah ekonomi negara akan dipertingkatkan dan semua pihak akan dapat menikmati keselesaan hidup di bumi bertuah ini.
Bagi anak anak pelajar pula, 2011 sudah pasti ditunggu tunggu. Mereka akan mula berada di kelas yang lain. Kalau 2010 kita berada di tingkatan 4, maka 2011 kita akan berada di tingkatan 5, tahun yang akan menentukan masa depan kerana mereka akan menduduki SPM pada tahun 2011. Kepada anak anak yang akan menduduki semua peperiksaan awan di tahun 2011. Saya ucapkan " Selamat Maju Jaya"
Buat semua petani, Alhamdulillah harga getah dan kelapa sawit sedang meningkat. Ini merupakan rahmat buat kita semua. Peneroka Felda mendapat manafaat yang besar apabila kerajaan mengumumkan pemberian bonus kepada mereka pada kadar RM 500 hingga RM 1500 kepada setiap peneroka.
Akhirnya buat semua pekerja dan rakyat Malaysia, marikah kita sama sama mengangkat tangan berdoa memohon kepada yang esa agar negara bertuan ini terus dikurniakan kesejahteraan dan keharmonian serta kemakmuran ekonomi yang berpanjangan. Rakyat pula mesti memberi kerjasama penuh kepada kerajaan bagi memastikan kejayaan ini.
Jika tidak kerana sokongan dan dokongan rakyat, negara tidak mampu mencapai semua nikmat yang kita kecapi ini. Janganlah terpengaruh dengan budaya tunjuk perasaan, berhimpun di jalan jalan raya dan sebagainya kerana ia akan merugikan kita semua.
Akhirnya saya mengambil kesempatan di pengakhiran tahun 2010 ini saya dan keluarga mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2011.
28 December 2010
Kenapa Selangor takut kepada Dato' Khusrin.
Salam 2 all.
Ia amat berlainan dengan negeri yang mempunyai jawatan Pegawai Tadbir Negeri sendiri yang dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri sendiri seperti Terengganu, Kedah, Kelantan dan Johor. Bagi negeri negeri ini, Kerajaan negeri berkuasa untuk melantik Setiausaha Kerajaan masing masing dengan perkenan Sultan masing masing.
Namun apa yang menjadi persoalan disini ialah kenapa Kerajaan Selangor sangat tidak bersetuju Khusrin dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan. Setiausaha Kerajaan ini adalah pegawai kerajaan yang bersikap profesional, Ia akan berkhidmat dengan kerajaan yang dipilih oleh rakyat.
Kenapa Khalid Ibrahim amat tidak bersetuju dengan Khusrin, Khusrin bukanlah ahli politik. sebagai pegawai kerajaan , Beliau sudah pastilah akan menjalankan tugas mengikut lunas undang undang negara , bukan pula berdasarkan kepentingan politik orang tertentu.
Inikah kerajaan bertanggungjawab dan keterbukaan yang dilaungkan oleh PR di Selangor. Jika kita masih ingat dalam sidang DUN Selangor, Mereka bermati matian ingin melantik ADUN BN sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira kira wang Negeri (PAC) Selangor. ADUN BN bermatian matian tidak mahu menerima jawatan berkenaan, namun semua ADUN PR menyokong perlantikan ini sehingga ADUN berkenaan dipilih sebagai Pengerusi PAC.
Mereka menyifatkan Kerajaan Selangor boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja demi kebaikan Selangor hatta dengan BN sekali pun, Kita tidak mengamalkan politik kedurjanaan dan kemusnahan. Itulah kata kata mereka pada suatu ketika, walaupun kita tahu bahawa ia dibuat adalah untuk tujuan kepentingan politik mereka.
Namun apabila tiba perlantikan SUK, mereka tidak dapat menerima pegawai kerajaan ini untuk berkhidmat dengan mereka. Khusrin bukan orang UMNO atau PAS atau Keadilan. Khusrin adalah pegawai kerajaan. Jika budaya politik sempit mereka ini terus diamalkan, maka pentadbiran negara tidak akan berjalan dengan lancar.
Pegawai kerajaan akan terus berkhidmat walau pun parti mana yang memerintah negara kita. Setiausaha kerajaan Selangor yg akan bersara ini pun pernah berkhidmat dengan kerajaan Barisan Nasional sebelum BN kecundang di Selangor, namun ia tidak mendatangkan masalah pun.
Sistem ini diamalkan sejak dari kita merdeka lagi. Semasa kerajaan BN pun Setiausaha Kerajaan Negeri dilantik oleh Ketua Setiausaha Negara. Ini budaya politik pihak pembangkang. Pegawai kerajaan juga nak diheret supaya menyokong mereka. Mereka tidak akan bersetuju jika sesorang itu tidak menyokong parti mereka.
Inilah budaya politik murahan mereka.
ZaidiMuda
28122010
27 December 2010
Perlantikan baru, Transformasi Politik
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kekal mengetuai UMNO Selangor manakala timbalannya ,Tan Sri Muhyiddin Yassin di Wilayah Persekutuan.
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yang mengumumkannya dalam sidang akhbar di ibupejabat UMNO petang Isnin memberitahu Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO negeri itu ganti Datuk Seri Hishamuddin Hussein.
Di Kedah, Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Ahmad Bashah ganti Datuk Shafie Apdal sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri.
Manakala di Pulau Pinang, Ketua UMNO Bahagian Nibong Tebal Datuk Zainol Abidin Osman dilantik ganti Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Di Perlis, bekas Menteri Besar Datuk Seri Shahidan Kassim dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri yang kekal diketuai oleh Menteri Besar Datuk Seri Isa Sabu.
Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir timbalan di Kedah manakala Datuk Musa Sheikh Fadzir di Pulau Pinang.
Di Terengganu, Yahaya Khatib Mohamad dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri itu.
Di Selangor, Menteri Pertanian dan Asas Tani ,Datuk Noh Omar kekal sebagai Timbalan Pengerusi.
Begitu juga di Wilayah Persekutuan, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Raja Nong Chik.
Negeri-negeri lain, jawatan pengerusi dan timbalan kekal disandang oleh mereka yang sedia ada.
Saya ingin mengucapkan tahniah atas semua perlantikan ini terutama buat YAB Dato' Ahmad bin Said sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu. Adalah diharapkan semua pihak akur dengan perlantikan ini dan dapat memberi kerjasama sepenuhnya bagi memantapkan UMNO Terengganu.
Jika semua pihak memberi kerjasama, insyallah PAS tidak mampu untuk bertapak di Terengganu. Tahniah juga buat YB Yahya Khatib yang telah dilantik sebagai Timbalan pengerusi perhubungan. Marilah kita berganding bahu bagi memantapkan parti keramat ini.
Berikut adalah senarai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri-negeri 2011 yang diumumkan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Mansor .
Perlis
Pengerusi: Datuk Seri Md Isa Sabu
Timbalan : Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (muka baru)
Kedah
Pengerusi: Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanapiah (muka baru)
Timbalan : Datuk Mukhriz Tun Mahathir (muka baru)
Pulau Pinang
Pengerusi: Datuk Zainal Abidin Osman (muka baru)
Timbalan : Datuk Musa Sheikh Fadzir (muka baru)
Perak
Pengerusi: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir
Timbalan : Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Selangor
Pengerusi: Datuk Seri Najib Tun Razak
Timbalan : Datuk Seri Noh Omar
Wilayah Persekutuan
Pengerusi: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan : Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidinz
Negeri Sembilan
Pengerusi: Datuk Seri Mohamad Hasan
Timbalan : Datuk Shaziman Abu Mansor
Melaka
Pengerusi: Datuk Seri Mohd Ali Rustam
Timbalan : Datuk Wira Abu Seman Yusop
Johor
Pengerusi: Datuk Abdul Ghani Othman
Timbalan : Datuk Dr Latiff Ahmad
Pahang
Pengerusi: Datuk Seri Adnan Yaakob
Timbalan : Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin
Terengganu
Pengerusi: Datuk Seri Ahmad Said (muka baru)
Timbalan : Yahya Khatib Mohamad (muka baru)
Kelantan
Pengerusi: Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan : Datuk Dr Awang Adek Hussin
Sabah
Pengerusi: Datuk Seri Musa Aman
Timbalan : Datuk Seri Salleh Said Keruak
Sinar Harian 27 Disember 2010
BUKIT PAYONG - "Untuk menyara keluarga, saya buat apa saja, asalkan halal walaupun menjual kuih ke kedai makan,” kata penerima bantuan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT), Asiah Mamat, 31, dari Surau Haji Daud di sini.
Asiah berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya selepas menerima bantuan peralatan bagi memulakan perniagaan membuat kuih karipap seperti sebuah peti sejuk beku, alat pengadun tepung dan dapur bernilai RM7,000.
Bantuan peralatan disampaikan Pegawai Pembangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong, Zaidi Muda dan Pegawai YPK daerah, Syed Lizam Sukairi Syed Abu Bakar.
Asiah berkata, dengan harga sebiji kuih 30 sen termasuk yang sejuk beku, dia berharap usahanya akan mendapat sambutan ramai.
Mengakui kerja tersebut memerlukan semangat dan keyakinan tinggi, ibu kepada lima anak itu berkata, pandangan orang tidak akan mengubah kehidupan seseorang itu sekiranya dia sendiri tidak berusaha untuk berubah dan keluar daripada garis kemiskinan.
“Cukuplah jika saya dapat menyara lima orang anak dan membantu suami, Kamarudin Mamat, 36, yang bekerja sebagai tukang rumah dengan pendapatan hanya RM500 sebulan,” katanya kepada Sinar Harian.
Asiah juga bertuah kerana anaknya, Nurulhuda, 15, Alinawati, 12, Mohd Amirul, 10, Mohd Syahrul, 9, dan Sharul Nizam, 2, serta suami sanggup membantu mengembangkan perniagaan itu.
“Selepas ini saya akan bangun setiap Subuh menyediakan karipap untuk dijual manakala anak perempuan saya boleh menumpukan tugas menggoreng pada hari cuti,” katanya.
21 December 2010
Wanita terus diperkasa
Kita sudah berada di penghujung tahun 2010. Banyak peristiwa pahit dan manis telah dilalui oleh kita semua sebagai penghuni di atas muka bumi ini. Sepanjang tahun 2010 kita dapat menyaksikan kegemilangan yang digapai oleh generasi wanita Malaysia. Kerajaan BN sentiasa konsisten dalam memperjuangkan hak wanita di negara kita.
Ia amat berlainan dengan pembangkang yang keluk kelek dalam membangunkan wanita di negara kita. Semuanya dibuat adalah berdasarkan kepentingan politik sempit mereka. Sebagai contoh, pada satu ketika dahulu katanya wanita tidak boleh terbabit dalam politik dan menjadi pemimpin, Namun kini dasar ini telah segalanya.
Apa yang paling membanggakan saya ialah pemilihan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz sebagai Tokoh Maal Hijrah baru baru ini. Beliau merupakan wanita pertama yang dipilih sebagai tokoh Maal Hijrah negara. Sepanjang 24 tahun yang lampau, pemilihan Tokoh Maal Hijrah ini dikuasa oleh lelaki. Tan Sri Dr. Zeti adalah wanita pertama yang berjaya mendominasi Tokoh Maal Hijrah ini. Ia sudah pasti akan dicatatkan sebagai sejarah negara.
Apa yang menjadi kebanggan wanita negara ini, kerana Malaysia berada di tangga yang ke 5 di dunia dalam memartabatkan wanita. Kerajaan akan terus memartabatkan wanita di arus perdana negara. Oleh sebab itu, kita melihat kemasukan ke Pusat Pengajian Tinggi sekarang dikuasai oleh generasi wanita. Saban tahun nisbah kemasukan ke IPT menunjukkan peningkatan pada nisbah 4:6.
Kerajaan pimpinan BN pula memperuntukkan RM 30 juta bagi meningkatkan penyertaan golongan wanita dalam keusahawanan.
Tahun 2010 juga kita dapat menyaksikan beberapa perlantikan wanita ke jawatan penting sektor awam yang dahulunya dikuasai oleh golongan lelaki. Antaranya perlantikan Datuk Robiah Abdul Ghani sebagai Pengarah Pengurusan PDRM. Ini adalah satu pencapaian yang membanggakan kita semua.
Kerajaan juga melantik 2 orang wanita Hakim Mahkamah Syariah. Ini merupakan wanita pertama dilantik ke jawatan berkenaan. Kita berharap selepas ini lebih ramai wanita akan dilantik ke jawatan berkenaan.
Di samping itu kita juga melahirkan jaguh dunia dikalangan wanita. Datuk Nicol Ann David sebagai ratu sukan squasy dunia. Kejayaan beliau menyumbangkan emas untuk negara di Sukan Asia amat membanggakan kita semua.
Kita juga berharap kerajaan memberi pertimbnagan yang serius berkaitan dengan pertukaran pegawai wanita yang mengikut suami. apabila suami bertukar ke tempat lain yang jauh, isteri yang berkhidmat dengan kerajaan juga mestilah bersama suami mereka ke tempat baru. Perkara ini mesti diberi keutamaan bagi meningkatkan prestasi dan mutu kerja pegawai awam berkenaan.
Percayalah, Jika rakyat terus memberi mandat kepada BN untuk mentadbir negara, nasib wanita akan terus terbela sebagaimana 52 tahun kita mencapai kemerdekaan. Kehidupan wanita Malaysia telah berubah hasil dari kemakmuran dan dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan.
wassalam.
20 December 2010
Mungkinkah bas 2 tingkat tidak sesuai di Malaysia
Salam 2 all
Semalam kita dikejutkan dengan kemalangan ngeri yang meragut 27 orang. Ini merupakan kemalangan yang meragut nyawa terbesar di Malaysia. Dalam kemalangan ini seramai 25 org warga Thailand dan 2 warganegara Malaysia telah terkorban di Cameron Highlands.
Jalan Raya kita sudah menjadi salah satu dari medan kematian. Setiap tahun ramai menemui ajal diatas jalan raya.
Saya berpandangan bas 2 tingkat ini kurang sesuai di Malaysia. Saya pernah naik bas 2 tingkat ini di Thailand sekitar tahun 1999. Pada masa itu bas 2 tingkat ini belum wujud di Malaysia. Jalan di Thailand landai berbanding dengan jalan raya di Malaysia yang barbukit.
Bayangkan bas yang tinggi ini melalui Lebuhraya Karak, Genting Highlands, Cameron Highlands dan sebagainya yang bengkang bengkok. Rasanya ia tidak sesuai dengan rupa bentuk bumi di Malaysia.
Apa pun , Kita ucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan banyak bersabar menghadapi situasi ini.
wassalam.
19 December 2010
Program 100 hari pembangkang, fantasi & realiti
Pakatan Rakyat telah mengumumkan program 100 hari jika mereka berjaya mendapatkan kuasa memerintah negara dalam pilihanraya ke 13 nanti. Ini lah antara omong omong kosong pembangkang dalam demi untuk mendapatkan kuasa, harta dan tahta yg diidamkan itu.
Yang anehnya, dalam program tersebut tidak disebutkan langsung soal negara islam dan ayat berkaitan islam yang dilaungkan oleh PAS. Islam telah pun diketepikan oleh mereka demi untuk menjaga hati. Yang paling penting bagi mereka ialah untuk mendapatkan kuasa, harta dan tahta.
Apakah PAS akan terus membisu dalam soal ini. Jika sebelum ini mereka begitu kuat menghentam UMNO yg tidak islamik. Apakah akan terjadi jika PR dapat memerintah negara sebab dalam program ini tidak disebut pun untuk memertabatkan islam di bumi bertuah ini.
Selepas mendapat kuasa PAS akan terus dipinggirkan setelah mereka mendapat kuasa??????. Dalam pemikiran mereka , mereka mengatakan PAS adalah parti yg jumud dan tidak sesuai untuk pemerintahan semasa.
Dalam Program ini juga disebutkan soal subsidi air kepada rakyat. Ini juga adalah janji kosong yang belum tentu menjadi. Mereka perlu tunjukkan dulu di negeri mereka berkuasa kerana air ni dibawah kuasa kerajaan negeri. Mengapa Kedah juga menaikkan harga air. Cakap senang tapi pada praktikalnya belum tentu.
Kalu di negeri yang mereka memerintah pun sudah tidak mampu untuk melaksanakan perkara yang sekecil ini, jangan cakaplah untuk membela rakyat. Sebagai rakyat kita kena berfikiran waras. Tidak mungkin kita akan dapat menikmati segala kemudahan secara percuma. Kadang kadang ada perkara yang perlu dibayar untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut.
Kalau semuanya percuma dari mana kerajaan akan mendapat sumber kewangan. Untuk membina lebuhraya, kita perlukan puluhan bilion ringgit, Untuk membinan prasarana air dan elektrik jika perlukan puluhan bilion ringgit. Gaji pekerja yang menguruskan semua ini perlu dibayar. Oleh yang demikian kita perlu rasional dalam perkara ini.
Anwar yang bercakap soal ekonomi ini adalah sebenarnya penyangak ekonomi. Saya masih ingat semasa beliau menjadi Menteri Kewangan sekitar tahun 1998. Beliaulah orang yang bertanggungjawab menaikkan kadar faedah yang begitu tinggi. Bayangkan semasa saya hendak membeli kereta terpakai pada masa ini, kadar faedahnya 12%. Inilah juga orang yang hendak pinjam duit dari IMF.
Kalau tidak kerana Dr. Mahathir pantas bertindak menghalangnya sudah kita akan hancur dek kerana Anwar yang tidak cekap menguruskan ekonomi negara. Rakyat Malaysia jangan cepat lupa peristiwa ini.
Kita doakan mudah mudahan negara kita terus selamat.
fikr
Salam 2 all.
Negara seklai lagi dipanaskan dengan gelagat Anwar dan konco konconya yang membuat kecoh di Parlimen pada hari terakhir sidang Dewan Rakyat minggu lepas. Mungkin mereka lupa dan buat buat lupa apabila DUN DUN negeri Pakatan telah menggantung Ketua Pembangkang di Selangor, Kelantan, Pulau Pinang dan Terengganu pada satu ketika dahulu.
Ini adalah proses biasa yang dilakukan setelah dewan mendapati YB YB bersalah. Namun bagi parti yang faham seperti BN, kita tidak membuat kecoh sebagaimana yang dibuat oleh PR ini.
Mereka menjadikan Parlimen seperti sarkas, dengan bertempik, membawa poster dan membawa penyokong ke dalam parlimen. Bagi saya mereka sudah faham undang undang, tapi ia sengaja dilakukan bagi menarik perhatian rakyat bahawa mereka tidak bersalah. Inilah pakatan jahat mereka bagi meraih simpati rakyat demi untuk mendapatkan kuasa
Segala peraturan dan undang undang sudah diikuti dan semua prosuder untuk gantung Anwar dan tiga yang lain ikut ‘Standing Order’.kekecohan yang timbul hanyalah ‘dibuat-buat’ supaya Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia hilang kawalan sehingga terpaksa tangguh sidang dan sekaligus tunda keputusan menggantung Anwar.
Apa yang mereka buat adalah untuk menggagalkan keputusan menggantung Anwar. Mereka mahu Speaker tunda ke tahun depan, itu yang mereka nak sebenarnya. Itulah tujuan utama dilakukan sedemikian.
Anwar digantung daripada menghadiri sidang dewan selama enam bulan kerana mendakwa 1 Israel sama dengan 1 Malaysia.Inilah tuduhan jahat yg dibuat oleh Anwar dan konco konconya bagi menjahanamkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Najib. Mereka sudah mula takut dengan sokongan rakyat terhadap pimpinan BN yang telah bnayak melakukan perubahan dalam negara ini.
Tiga lagi ahli parlimen pembangkang – Azmin Ali (PKR – Gombak); R Sivarasa (PKR – Subang) dan Karpal Singh (DAP – Bukit Gelugor) turut digantung selama enam bulan kerana sebab lain
Mereka inikhususnya diberi masa dan kesempatan untuk membela diri malah pada bulan April diberi masa seminggu untuk memberi penjelasan atau tarik balik tuduhan tetapi dia tidak buat.
Dalam sesi kedua, masih ada kesempatan tetapi dia tidak buat. Sesi ketiga juga dia tidak buat. Segala apa yang kita cakap dia tidak mahu dengar kononnya kita takut kerana ada kuasa minoriti tetapi mereka silaplah. Akhirnya pada hari pembentangan usul ini, mereka buat kecoh dan selepas itu semua mereka meninggalkan dewan dan tidak mahu berbahas di dalam dewan.
Ini menunjukkan mereka takut untuk terlibat dalam perbahasan untuk menggantung mereka. Jelaslah mereka dipihak yang salah.
Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, Saya difahamkan elaun MP akan berjalan seperti biasa. Kita bukanlah kerajaan yang zalim dan tidak berperikemanusiaan. BN adalah sebuah kerajaan yang adil dan saksama.
Kita bukan macam mereka, mereka tak hormat keputusan mahkamah, sebab itu ketua pembangkang dan beberapa ADUN BN di Selangor yang digantung tanpa elaun. Lihatlah perbezaan 2 kerajaan ini.
Kepada rakyat jelata, kita harus faham situasi ini. Inilah sikap bodoh pembangkang yang langsung tidak bertanggungjawab. Semua kerja yang dibuat adalah untuk menyusahkan orang. Demontrasi adalah budaya yang sudah menjadi amalan mereka.
wassalam.
13 December 2010
04 December 2010
Henti peralat Al Quran.
Salam 2 all
Majlis fatwa Kebangsaan memohon orang bukan islam berhenti memperalatkan Al Quran untuk kepentingan politik sempit golongan tertentu. Mutakhir ini, kita menyaksikan banyak peristiwa ahli hali politik pembangkang untuk mengaut keuntungan politik mereka.Suasana ini telah mencetuskan suasana yang tidak baik kepada masyarakat. Itulah hakikat yang sudah berlaku sekarang. Mereka berani berbuat demikian kerana dek sokongan puak puak tertentu kononnya ia adalah baik.
Saya tak menafikan bahawa orang bukan islam boleh membaca dan mempelajari Al Quran sebab dengan itu mungkin mereka akan tertarik dengan islam. Namun mereka tidak boleh bersyarah dan menyampaikan ucapan politik di khalayak ramai dengan membaca Al Quran yang mereka sendiri tidak islam.
Niatnya hanyalah untuk menarik sokongan orang islam untuk memberi sokongan kepada mereka. oleh yang demikian nasihat Majlis Fatwa hendak lah dipatuhi oleh golongan ini. Janganlah kita mempersendakan ayat ayat suci Al Quran. Henti segera sebelum bala Allah menimpa kita.
Majlis Fatwa mahu bukan Islam henti peralat ayat al-Quran
SEPANG 4 Dis. - Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan sebulat suara mahu perbuatan orang bukan Islam membaca dan membuat huraian terhadap teks al-Quran secara sewenang-wenangnya dihentikan bagi mengelak timbul keresahan dan perpecahan dalam masyarakat.
Dalam satu muzakarah khas, jawatankuasa tersebut memberikan nasihat dan teguran kepada seluruh masyarakat termasuk bukan Islam bahawa teks suci al-Quran tidak boleh digunakan untuk kepentingan tertentu termasuk bagi tujuan peribadi dan politik.
Pengerusinya, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, meskipun ulama tidak melarang orang bukan Islam membaca al-Quran, namun situasi semasa membabitkan tindakan beberapa pemimpin bukan Islam parti pembangkang menghuraikan teks kitab suci itu telah menimbulkan kekeliruan dan merenggangkan hubungan di kalangan umat Islam sendiri.
''Semua mufti melahirkan rasa tidak setuju dengan situasi yang berlaku sekarang dan perkara yang berlaku sejak 2009 termasuk isu orang bukan Islam memasuki rumah ibadat orang Islam dan terbaru tindakan Ahli Dewan Negeri Hutan Melintang, S. Kesavan membaca terjemahan petikan ayat al-Quran secara salah.
''Justeru kita mengambil langkah menggunakan kaedah 'sad zaraik' iaitu mencegah atau mengelakkan keraguan, maka kita rasa elok elakkan menggunakan teks al-Quran di atas pentas politik dengan kepentingan tertentu apatah lagi membaca maksud al-Quran secara tidak tepat.
''Mentafsirkan al-Quran tidak boleh dibuat secara sambil lewa atau spontan di atas pentas ceramah tetapi perlu ada kaedah tertentu yang mesti difahami daripada awal," tegasnya.
Beliau berkata demikian kepada Mingguan Malaysia selepas mempengerusi muzakarah khas tersebut di Hotel Pan Pacific Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini malam tadi.
Sebanyak 10 ahli panel muzakarah tersebut hadir termasuk Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abdul Wahid.
Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz yang juga Setiausaha Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan.
Muzakarah khas yang berlangsung selama empat jam itu juga meneliti semua rakaman siri ucapan pemimpin bukan Islam yang membaca dan menghuraikan terjemahan teks al- Quran selain reaksi daripada umat Islam tentang perkara itu.
Kesavan dilaporkan membacakan terjemahan yang salah membabitkan ayat 190 dan 191 dari Surah Ali-Imran ketika sesi perbahasan Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2010 baru-baru ini.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming juga dilaporkan membaca petikan ayat suci al-Quran ketika berceramah dalam kempen Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang, Perak tahun lalu.30 November 2010
Mereka yang gila kuasa
Kepimpinan PKR dan Pakatan pembangkang bertambah celaru dan semakin gila kuasa. Mereka akan berbuat apa sahaja asalkan dapat menguasai Putrajaya, Pusat pentadbiran negara yang hendak dilelongnya paada suatu ketika dahulu.
Dalam Kongres tahunannya baru baru ini , Wan Azizah secara terbuka akan menghapuskan ketuanan melayu dalam negara ini. Ini bermakna tidak akan ada lagi hak keistimewaan orang melayu sebagai penduduk asal di negara ini. Wan Azizah berbuat perkara ini adalah kerana nak menarik orang bukan melayu memberi sokongan kepada mereka.
Wan Azizah tidak sedar bahawa dengan ketuanan melayu inilah, orang melayu telah berjaya hingga kita tengok di tika dan saat ini. Bayangkan kalau tidak ada keistimewaan orang melayu, ditahap mana orang melayu akan berada dalam negara sendiri. Bayangkan kalau tidak ada biasiswa untuk orang melayu, kalau tidak ada kuota untuk melayu masuk universiti pada satu ketika dahulu, tidak ada kuota dalam pembahagian projek kerajaan.
Bayangkan juga penentang kerajaan dalam perkhimatan awam. Dimana mereka akan mencari rezeki kalau perkhidmatan awam juga tidak mengutamakan orang melayu. Bayangkan kalau kerajaan tidak membela nasib lulusan agama untuk masuk dalam perkhidmatan kerajaan melalui pelbagai cara seperti pewujudan guru J Qaf. Semua itu adalah untuk membantu anak anak melayu. Mengapakah mereka masih belum sedar?.
Ini tidaklah bermaksud orang melayu hendak membolot semuanya. Kita bertindak adil kepada bangsa lain. Oleh sebab itulah kita bangsa lain juga berjaya dalan sebuah negara yang bernama Malaysia ini, bahkan kejayaan dan kekayaan mereka melebihi apa yang dicapai oleh orang melayu.
Oleh kerana meraka ni gila kuasa, Anwar pula umum akan memberi jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Lim Kit Siang demi untuk mendapat sokongan orang orang cina. Apa sudah jadi kepada Anwar. nampaknya Anwar sudah dirasuk kegilaan yang melampau. Dimana kedudukan Hj. Hadi. Itu adalah pertanyaan yang bermain main di kepala otak pemimpin PAS.
Mungkin mereka hanya akan dilantik sebagai menteri menteri kecil. Kalau puak Anwar dan Lim Kit Siang ni memimpin negara maka dimanakah kedudukan orang melayu dan islam. Semua rakyat Malaysia harus memikirkan perkara ini dengan lebih mendalam sebelum nasi menjadi bubur.
Lebih parah apabila Wan Azizah menyatakan bahawa Anwar adalah anugerah Tuhan kepada kita untuk memimpin negara ini. Bukan Anwar sorang sahaja anugerah Allah bahkan kita semua adalah anugerah Allah.
Kuasa Allah mengatasi segala galanya. Kalau Allah nak Anwar jadi PM dah lama anwar jadi PM sebab peluang sudah terbuka luas. Jasa Dr mahathir yang membawa beliau hingga ke jawatan TPM tidak langsung dihargai sehingga beliau menghentam PM dalam perhimpunan agung UMNO dengan menuduh Dr. Mahathir dengan pelbagai tuduhan.
Wassalam.
23 November 2010
Anwar manusia lupa diri
15 tahun yang lepas seorang insan bernama Anwar Ibrahim disanjung oleh rakyat Malaysia. Beliau mendapat segala kemewahan dan segala galanya semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Namun kini Anwar telah berubah sama sekali. Negara yang disanjung pada satu ketika dahulu diganyang habis habisan dalam ceramah dan ucapan di luar negara. Beliau telah lupa semasa beliau mendapat segala nikmat di negara ini pada satu ketika dahulu.
Inilah manusia lupa daratan. Inilah negara yang menjadikannya seperti yang ada sekarang. Disinilah beliau dilahirkan, dibesarkan, diberikan pendidikan dan dinobat sebagai orang nombor 2 dalam kepimpinan negara.
Namun segala galanya itu telah tinggal kenangan. Hari ini beliau melabelkan Malaysia tempat beliau berteduh ini sebagai tempat yang paling buruk di dunia. Pelabelan ini akan berterusan sehingglah cita cita beliau untuk menjadi Perdana Menteri tercapai.
Sesungguhnya Allah maha mengetahui dan maha adil , Oleh sebab itulah beliau tidak sempat diangkat untuk menjadi Perdana Menteri. Jika beliau menjadi Perdana Menteri, hancur negara ini. PKR ditubuhkan dengan satu tujuan iaitu untuk mengangkat Anwar menjadi Perdana Menteri. Rakyat jangan tertipu.
Fikr
21 November 2010
Juara UPSR kali ke 10 berturut turut
Dua pelajar cemerlang Sek Keb Tok Randok, Hulu Terengganu menunjukkan keputusan UPSR mereka. - Gambar oleh Mastura Jamaluddin.
Oleh : AIDA ABD RAHMAN
Terengganu terus mengekalkan momentum kejayaan sebagai negeri terbaik buat kali kesepuluh berturut-turut bagi keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2010 yang diumumkan serentak di seluruh negeri, hari ini (11 November).
Kejayaan itu juga membuktikan bahawa penggunaan e-Book sebagai alat bantuan mengajar yang diperkenalkan Kerajaan Terengganu kepada pelajar Tahun Lima sejak tahun lalu memberi impak positif terhadap kecemerlangan peperiksaan awam itu.
Mereka menjadi kumpulan perintis yang menggunakan e-Book dalam persediaan berdepan UPSR 2010, baru-baru ini.
Kejayaan mengekalkan keputusan terbaik itu diumumkan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), Encik Razali Daud, di Bilik Mesyuarat Alamanda, JPNT, Bukit Kecil, Kuala Terengganu.
Jumlah peratusan calon UPSR yang memperolehi keseluruhan A (5 A) meningkat 0.1 peratus pada tahun ini . Jumlah keseluruhan calon berkurangan 797 orang tahun ini berbanding seramai 23, 944 orang pada 2009.
Lima mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu Pemahaman(BM Pem) (Sekolah Kebangsaan (SK)), Matematik, Sains, BM Pem (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina) dan BM penulisan mencatat peningkatan peratusan pencapaian A dan minimum C.
Encik Razali berkata, sekolah yang berpencapaian tinggi (GPS kurang 1.80) di seluruh Terengganu banyak didominasi sekolah di luar bandar seperti SMK Chalok (1.14) , SK Bukit Tadok (1.18) , SK Kampung Baru Tok Dor (1.22), SK Kampung Tayor (1.23), SK Tepus (1.24) serta SK Dusun , SK Teris dan SK Mangkok masing-masing mencapai 1.38,
Beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Menteri Besar, Dato’ seri Ahmad Said dan Kerajaan Terengganu dengan bantuan kewangan dan sokongan moral dalam menjayakan kecemerlangan UPSR 2010.
“Kita akan melakukan pencangan rapi bagi membaiki beberapa prestasi mata pelajaran yang kurang baik khususnya Bahasa Inggeris dan mata pelajaran lain.
“Salah satu cara bagi memperbaiki keputusan subjek BI adalah pendekatan ke arah kaedah pedagogi dan mengemukakan kepada pihak kementerian bagi mendapatkan tenaga mahir serta menggunakan kajian tertentu bagi memperbaiki keputusan,” katanya.
Dalam pada itu, SK Paya Bunga, Kuala Terengganu yang pertama kali melahirkan pelajar yang mendapat keseluruhan A dalam UPSR tahun ini bakal dijadikan sekolah elit Bandar Raya Kuala Terengganu mulai tahun depan.
Katanya, dua daripada 15 pelajar sekolah berkenaan berjaya memperolehi 5A dan perkembangan baik itu akan dikekalkan lbagi memastikan lebih ramai pelajar memperolehi keseluruhan A mampu dihasilkan di sekolah yang bakal dijadikan sekolah elit bandar raya itu.
Pihaknya menerusi pegawai pendidikan daerah juga akan mengenalpasti sekolah lain terutama di kawasan luar bandar untuk diangkat sebagai sekolah elit di Terengganu.
Pada tahun ini, seramai 23,533 murid Tahun Enam yang melibatkan 22, 813 (SK), 476 (SJKC) dan 248 Sekolah Rendah Swasta menduduki UPSR di 371 pusat peperiksaan melibatkan 354 sekolah seluruh negeri.
Unit Komunikasi Negeri
20 November 2010
Pelbagai Ramalan
Alhamdulillah kita baru sahaja selesai menyambut Hari Raya Idul Adha atau Hari Raya Korban. Di sana sini akan kedengaran orang bercakap tentang pengorbanan yang sangat di tuntut oleh agama kita. Mudah mudahan segala pengorbanan kita diterima Allah s.w.t.
Masyarakat kita percaya sangat membuat ramalan dan andaian. Adakalanya ramalan ini menjadi dan ada ketikanya ramalan ini merosot sama sekali. Namun sebagai manusia yang beragama islam kita percaya semuanya berlaku adalah ketentuan Allah, manusia hanya mampu merancang tp Allah yang akan menentukan.
Jabatan Kaji Cuaca dan orang ramai meramalkan Terengganu akan mengalami banjir lebih besar dari tahun lepas. Namun setakat ini ramalan tersebut belum menjadi kenyataan. Kita mendoakan agar banjir besar tidak akan berlaku di negara kita. Ramalan ini sebenarnya amat baik kerana kita mampu untuk membuat persediaan yang rapi sebelum bencana ini menjadi kenyataan.
Baru baru ini juga heboh diperkatakan tentang ramalan rombakan kabinet dan kepimpinan UMNO di semua peringkat. Maka heboh dibicarakan orang dari kedai kopi hinggalah ke pejabat. Pelbagai andaian dan ramalan dibuat. Ada yang kata menteri ini digugurkan, ada yang kata orang ini akan dilantik sebagai menteri dan ada juga orang biasa bukan wakil rakyat akan di lantik Senator dan akan dilantik sebagai Menteri.
Ramai juga yang membuat ramalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO akan diserah kepada Menteri Besar seperti Terengganu. Namun setakat saya menulis artikel ini, YAB Perdana Menteri masih belum membuat keputusan. Bagi menggugurkan dan melantik menteri, ia terletak dibawah budi bicara Perdana Menteri.
Disaat dan ketika peperiksaan SPM dan STPM akan berlangsung, soalan ramalan juga sangat hebat dibicarakan oleh pelajar dan guru guru. Bagi mereka yang kurang usahanya, soalan ramalanlah merupakan harapan untuk mereka mencapai keputusan yang cemerlang. Namun bagi mereka yang membuat persiapan rapi, mereka tidak mengharapkan soalan ramalan ini kerana apa jua soalan yang datang mereka mampu untuk menjawabnya. Oleh yang demikian, persiapan rapi amat perlu untuk bertempur didalam dewan peperiksaan.
Demikian juga ramalan kutipan pingat emas di Sukan Asia di China. Kita meramalkan akan memperolehi 10 pingat emas. Ramalan ini amat baik bangi memberi suntikan semangat kepada para atlit. Ramalan yang dibuat ini, sudah pastilah melihat kepada rekod dan prestasi atlit semasa. Kita tunggu dan lihat sama ada ramalan ini menepati sasaran atau sebaliknya.
Ramalan yang paling ditunggu ialah bilakah piliharaya umum ke 13 akan dibuat. Dalam hal ini pelbagai andaian dan ramalan dibuat oleh masyarakat kita. Perbicaraan politik ini sangat menarik dan menarik perhatian orang ramai.
Ada antara kita meramalkan pilihanraya akan berlaku pada tahun hadapan. Ada juga yang meramalkan ianya akan diadakan serentak dengan pilihanraya Serawak. Bagi makluman, tempoh kerajaan Serawak akan berakhir Julai 2011. Mereka meramalkan pilihanraya senrentak kerana bagi tidak memberi ruang pembangkang berkempen di Serawak kerana masing masing akan bertumpu dikawasan masing masing.
Terdapat juga ramalan, pilihanraya akan diadakan pada tahun 2012 kerana adalah terlalu awal pilihanraya diadakan buat masa ini. Kerajaan yang ada masih ada ruang untuk memerintah sehingga tahun 2013.
Begitulah hebatnya ramalan yang di war warkan oleh masyarakat kita.
wassalam.
16 November 2010
Petani moden
Pada hari ini saya menghadiri majlis perasmian mini estet padi peringkat negeri Terengganu. Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada lembaga Pertubuhan Peladang terutamanya ketua Pengarah dan Pengarah LPP Terengganu yang memilih DUN Bukit Payong sebagai tuan rumah majlis pelancaran tersebut.
Kita selalu mempunyai pandangan bahawa kegiatan pertanian sinonim dengan kemiskinan. Persepsi ini telah turun temurun di pegang oleh masyarakat kita. Mungkin inilah yang menyebabkan generasi muda takut untuk bersama dengan aktiviti pertanian. Mereka lebih suka bekerja di kilang walaupun berpendapatan sekitar RM 600.00 sebulan.
Satu lagi fenomena yang dapat dilihat ialah apabila petani mengisi apa apa borang maklumat diri. Apabila pekerjaan petani mesti gaji yang diletakkan RM 600.00 kebawah sebulan. Adakah tindakan ini betul atau sebahagiannya berpura pura meletakkan pendapatan yang rendah.
Namun begitu, kita melihat ramai petani yang membanting tulang telah berjaya melahirkan anak anak yang berjaya dalam pelajaran dan kerjaya masing masing. Kita ucapkan tahniah kepada mereka semua.
Namun jarang jarang yang berjaya membentuk anak anak menceburi pertanian yang moden dan berjaya. Mungkin mereka telah membentuk anak anak supaya jangan terlibat dengan dunia pertanian kerana dunia ini hidupnya susah dan miskin.
Bidang pertanian mestilah di diberi nafas baru agar masyarakat melihat kerjaya sebagai petani juga sama hebat dengan kerjaya lain dan berpendapatan tinggi. Ia sangat penting kepada negara kerana asas kehidupan adalah makanan lebih lebih lagi padi dan beras. Ia boleh dikategorikan sebagai makanan keselamatan negara.
Jika tiada usaha bersungguh sungguh kita bimbang kalau terjadi apa apa kepada negara, dimana rakyat akan mencari beras untuk makanan mereka.
Salam Idul adha
15 November 2010
Salam Pengorbanan di Idul Adha
Salam 2 all
Pada saat dan tika saya menulis catatan ini, seramai 2.5 juta orang tetamu Allah sedang menunaikan ibadah wukuf di Padang Arafah iaitu salah satu rukun haji. Semuanya memakai ihram berwarna putih melambangkan manusia itu sama sahaja disisi Allah melainkan iman dan takwa. Kita mendoakan mereka semua selamat dan dikurniakan kesihatan yang baik bagi meneruskan ibadah ini hingga selesai dan mendapat haji yang mabrur.
Bagi kita di Tanah air, Hari Raya Idul Adha akan disambut pada hari rabu (17 Nov 2010). Idul Adha sudah pasti akan mengingatkan kita terhadap pengorbanan besar Ibrahim dan Nabi Ismail. Ini lah pengorbanan terbesar dalam sejarah manusia di muka bumi ini.
Setelah beberapa kali membaca sejarah pengorbanan ini, hati terasa sayu kerana mengenangkan dugaan Allah terhadap 2 insan ini. Bayangkan taktala nabi Ibrahim berkata kepada anaknya, " Hai anakku Ismail, sesungguhnya aku melihat dalam tidurku bahawa aku menyembelihmu, maka bagaimana pendapat mu".
Lantas si anak menjawab " wahai ayahku, lakukanlah apa yang diperintahkan kepada ayah, insyallah ayah akan mendapatkan saya termasuk ke dalam orang yang sabar". Ini lah jawapan dari seorang anak yang sanggup mengorbankan jiwa raga demi kerana Allah.
Ini lah contoh terbaik yang sepatutnya menjadi ikutan kita semua. Alhamdulillah di negara kita tercinta ini, ibadah korban banyak dilaksanakan di sana sini. Umat islam dinegara ini tidak sayangkan harta benda dan wang ringgit demi untuk melaksana perintah Allah ini.
Cuma apa yang mendukacitakan kita, Idul Adha ini tidak disambut semeriah Idul Fitri. Kebanyakan orang hanya menganggap Hari raya Haji ini adalah untuk orang yang pergi buat haji di Mekah. Ini adalah satu pandangan yang silap. Sepatutnya Idul Adha disambut dengan lebih meriah lagi berbanding dengan Idul Fitri.
Hari ini kita disunatkan membesarkan Allah dengan laungan takbir dan tahmid selama 4 hari berbanding dengan Idul Fitri yang hanya disunatkan bertakbir 1 hari sahaja. Ibadah korban juga boleh dilaksanakan dalam masa 4 hari.
Kita berdoa semoga dengan kedatangan Idul Adha ini lebih mendekatkan diri kita dengan yang maha pencipta dengan mengambil pengajaran yang besar dari peristiwa pengorbanan Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Ismail.
Dikesempatan ini saya ucapkan Salam Idul Adha buat semua warga Bukit Payong, buat keluarga saya, Ibu bapa, isteri dan anak anak tersayang.
salam Idul Adha juga buat pemimpin negara terutamanya YAB Perdana Menteri, YAB Timbalan perdana Menteri dan para pemimpin yang lain. Tidak lupa buat YAB Dato' Seri Menteri Besar Terengganu dan Exco Kerajaan Negeri. Akhirnya buat semua pimpinan di Bukit Payong.
Selamat Hari Raya Korban.
14 November 2010
Pemimpin kena banyak sabar.
Beberapa hari lepas seluruh warga Malaysia melihat kelentingan YAB Dato' Menteri Besar Kedah yang berang dengan persolan wartawan berkaitan banjir di Kedah. Sebagaimana yang kita maklum bahawa banjir di Kedah kali ini antara yang terbesar pernah dialami. Hampir 41,000 ribu orang terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan.
Ini merupakan ujian Allah terhadap hamba hambanya. Sebab musabab berlakunya bencana ini di Kedah, Hanya Allah yang maha mengetahui. Dalam keadaan sebegini semua orang akan mengalami kesusahan. Rakyat biasa hinggalah ke pemimpin akan berdepan dengan pelbagai keadaan untuk menyelesaikan masalah ini.
Apa yang mendukacitakan ialah sikap YAB MB Kedah yang mengamuk ketika ditanya persolan banjir ini. Sebagai seorang pemimpin yang waras sepatutnya segala persolan ini harus dijawab dengan baik oleh beliau selaku ketua kerajaan negeri Kedah.
Sebagai seorang pimpinan kesabaran mestilah diletakkan dibarisan hadapan. Inilah yang dialami oleh pemimpin BN pada setiap ketika apabila dihentam oleh pembangkang selama ini. Jika selama ini pemimpin PAS menghentam BN dalam segenap perkara, maka pada hari ini semasa mereka pula memerintah, segala mungkin cacian dan pandangan orang lain mestilah diterima dengan tenang.
Dalam hal ini, saya teringat akan peristiwa di zaman Rasulullah SAW. Baginda memang pemimpin contoh yang tiada tolak banding dalam segala segi. Pada ketika itu terdapat seorang pengemis yahudi buta selalu berada di Pasar Madinah.
Pengemis yahudi buta selalu mengingatkan orang di pasar berkenaan " Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammmad kerana dia adalah orang gila, dia tu pembohong, dia tu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya , maka kalian akan dipengaruhinya.
Namun demikian setiap pagi baginda akan mendatanginya dengan membawa makanan dan mengucap sepatah perkataan pun, baginda menyuapkan makanan kepada si pengemis berkenaan. Diriwayatkan baginda melakukan hal sedemikian pada setiap pagi sehinggalah baginda wafat.
Setelah baginda wafat maka tidak ada lagi orang menyuapkan makanan kepada si pengemis buta berkenaan. Pada suatu hari Saidina Abu bakar ke rumah anaknya iaitu Siti Aishah dan bertanya, " wahai anakku apakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan". Jawab Aisyah " Wahai ayahku, engkau adalah seorang Ahli sunnah dan hampir semua perkara engkau lakukan kecuali satu saja iaitu pada setiap pagi Rasulullah akan membawa makanan kepada seorang pengemis buta di Pasar Madinah.
Keesokan harinya Abu Bakar pergi ke pasar lalu menyuapkan makanan kepada pengemis berkenaan. Pengemis berkenaan mengherdik Abu Bakar. " Siapakah kamu?. Abu Bakar menjawab aku adalah orang yang biasa datang memberi makanan kepada kamu.
Pengemis berkenaan berkata bahawa engkau bukan lah orang yang selalu menyuap makanan kepadaku kerana orang yang biasa datang kepada ku itu akan menghaluskan makanan ini sebelum disuapkan kepada ku.
Mendengar kata kata itu, air mata tidak dapat ditahan dan sambil menangis, ia berkata kepada pengemis itu: " benar, aku ini bukan orang yang biasa datang kepada mu. Org yang mulia yang selalu datang dan menyuapkan makanan kepada engkau itu sudah wafat. Dialah Muhammad SAW.
Mendengar kata kata itu, si pengemis pun menangis kerana Muhammad ini yang selalu dihinanya dan difitnahnya. Dia tidak pula memarahi aku bahkan mendatangiku dan melayanku setiap pagi. Akhirnya pengemis itu mengucap dua kalimah syahadat.
Meski pun sebagai pemimpin kita tidak mampu meneladani sepenuhnya, alangkah baiknya kita berusaha kearah itu. Ingatlah , Kesabaran itu adalah senjata utama seorang pemimpin.
wassalam.
25 October 2010
Perjuangan UMNO, Kerajaan laksanakan.
Perhimpunan agung UMNO telah selesai dilaksanakan. Perhimpunan terbesar umat melayu ini telah banyak mencapai kejayaan. Perhimpunan ini amat besar maknanya kepada UMNO untuk menarik sokongan padu orang melayu terhadap UMNO.
Kita sering bercakap tentang kerajaan melaksanakan agenda untuk rakyat, Kerajaan membantu rakyat, kerajaan beri itu dan ini. Apa yang kita faham ialah semuanya kerajaan. Disebalik itu ramai yang tidak faham bahawa kerajaan mana yang memerintah sekarang, Ini adalah perjuangan siapa, Perjuangan parti mana. Jawapannya tidak lain ialah Kerajaan Barisan Nasional yang diterjui oleh UMNO.
Kita tentu faham bahawa sistem pembentukan kerajaan di Malaysia berasaskan parti yang paling banyak mennag dalam pilihanraya, maka parti itu yang membentuk kerajaan. Sejak dari merdeka hingga sekarang kerajaan yang memerintah ialah kerajaan Barisan Nasional.
Jika kita merujuk kepada bajet rakyat yang dibentangkan baru baru ini. Kita jarang me war warkan bahawa bajet ini ialah hasil perjuangan UMNO dan BN. UMNO mahu melihat rakyat dinegara ini mendapat menafaat dari bajet yang dibentangkan.
Manafaat ini dapat dinikmati oleh semua golongan dati atas hinggalah ke bawah. Kerajaan naikkan gaji posmen dan sekarang posmen menikmati gaji antara RM 1300.00 hingga RM 1400.00 sebulan. Imam masjid pun dah mendapat elaun RM 750.00 sebulan, Ketua kampung RM 800.00 sebulan, pengawal keselamatan RM 1000.00 sebulan.
Pekerja muda juga akan dapat membeli rumah dibawah RM 220.000.00 tanpa ada pendahuluan. Pinjaman 100% akan diberikan. Seluruh rakyat malaysia faham bahawa bajet ini dibentang oleh kerajaan.
Namun demikian, semuanya ini adalah perjuangan UMNO. UMNO lah yang memperjuangkan hal ini. Kerajaan hanya melaksanakan apa yang telah diperjuangkan oleh UMNO. UMNO adalah tunjang kepada Kerajaan Malaysia kerana rakyat masih yakin kepada UMNO untuk memperjuangkan nasib mereka.
Oleh yang demikian, jelaslah kepada kita bahawa parti yang sentiasa memperjuangkan nasib kita kita ialah UMNO. Kita sama doakan moga Allah terus pertahankan UMNO untuk terus memperjuangkan agama suci islam, bangsa dan negara tercinta ini.
18 October 2010
Selamat Bersidang Buat Perwakilan UMNO 2010
Dirgahayu buat semua perwakilan UMNO ke Pesidangan tahunan parti keramat yang akan bermula 20 hingga 23 Oktober 2010. Seluruh negara pastinya tertumpu ke DEwan Merdeka PWTC bagi mendengar, meneliti dan menghalusi ucapan dasar presiden dan perbahasan para perwakilan.
Perhatian utama sudah pasti terhadap ucapan dasar presiden YAB Dato' Sri Najib bagi menentukan hala tuju parti yg sudah diterajui oleh 6 orang presiden. Bagi saya ucapan dasar ini, bukan sahaja dinantikan oleh orang melayu tetapi ia juga amat dinantikan oleh bangsa cina, india dan lain lain.
Ucapan dasar ini akan dibahas oleh para perwakilan secara terperinci untuk menentukan parti keramat ini akan terus mendapat sokongan dan dokongan orang melayu. Orang melayu tiada pilihan lain kecuali bersama dengan UMNO bagi membangunkan mereka.
Sebagai sebuah parti yg merupakan wadah perjuangan orang melayu, UMNO sudah pasti menghadapi ranjau dan onak serta menghadapi pelbagai rintangan. Namun demikian, kita terpaksa hadapinya demi untuk mempertahankan maruah kita sebagai rakyat pribumi.
Sebagai sebuah parti yang telah mempunyai banyak pengalaman, UMNO mesti bergerak ke hadapan. Kini kita melihat dapat melihat parti lawan seperti PAS, PKR dan DAP begitu agresif melontarkan fitnah terhadap UMNO dan BN. Selain itu , mereka juga sering bertindak diluar batas kemanusiaan dalam setiap kali pilihanraya demi sebuah kemenangan.
Oleh yang demikian sudah tiba masanya kita juga perlu agresif menghadapi mereka. Selama ini kita sering menganggap orang lain seperti kita. Itulah kelemahan kita. Sebenarnya tidak, mereka sangat melampau dan terlalu radikal sehingga sanggup menggadaikan prinsip perjuangan.
Kita harus ingat, kejahatan yang dirancang secara sistematik akan menewaskan kebaikan yang tiada perancangan. Oleh sebab itulah kita harus merancang untuk menghadapi lawan yang begitu nakal.
Setelah membentangkan bajet yang cukup menarik untuk rakyat Malaysia, kini kita menunggu ucapan dasar presiden yang menarik untuk rakyat bukan sahaja untuk orang melayu tetapi juga untuk seluruh warga Malaysia. Mudah mudahan YAB Dato' Sri Presiden terus membuat yang terbaik untuk seluruh warga Malaysia.
Kepada semua perwakilan, saya ucapkan Selamat Bersidang"
HIDUP UMNO, HIDUP UMNO, HIDUP UMNO.
14 October 2010
Nepotisme, Kroni & Korupsi (KKN)
Pada tahun 1998 bibit gerakan reformasi pimpinan Anwar Ibrahim mula menjalar di Malaysia. Semangat reformasi rakyat Indonesia semasa menjatuhkan Presiden Suharto seakan akan menjadi ikutan rakyat Malaysia. Alhamdulillah gerakan ini dapat dibendung pada ketika ini.
Anwar memang telah membuat gerakan untuk menjatuhkan Dr Mahathir pada waktu itu. Ia bermula apabila Dato' Zahid Hamidi , Ketua Pergerakan Pemuda pada ketika itu menyerang Dr Mahathir secara terbuka dalam perhimpunan Agung UMNO dengan menuduh Dr Mahathir mengamalkan KKN ini.
Keesokannya Dr mahathir menyerang balas dengan mengeluarkan satu senarai panjang kroni Anwar Ibrahim. Anwar yg pada ketika adalah Timbalan Perdana Menteri Malaysia seakan akan sah sebagai Perdana Menteri selepas Dr Mahathir akhirnya meringkuk dalam Penjara Sungai Buloh.
Hasil dari reformasi ini maka muncullah Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mana pada pilihanraya umum ke 12 mereka telah bergabubng dengan PAS dan DAP. Salah seorang dari orang kuat Reformasi ialah puteri sulong Anwar iaitu Nurul Izzah.
Apa yang menarik yang hendak saya sebutkan disini ialah, semasa dalam kerajaan dan luar kerajaan, Anwar sangat menentang keras amalan nepotisme dan kroni ini. Beliau juga begitu lantang membidas Pak Lah kerana amalan kronisme dalam pentadbiran Pak Lah kerana membenarkan menantunya bertanding dalam jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
Nah, sekarang apa jadi. Anwar selaku Ketua Umum PKR, bininya pula adalah Presiden PKR. Kalu anaknya bertanding jawatan Timbalan Presiden menang jawatan Timbalan maka PKR akan jadi bapok kroni.
Inilah yang dikatakan cakap tak serupa bikin. kalau ia berlaku kepada UMNO maka akan dikecam habis habisan oleh mereka. Apabila kena ke batang hidung sendiri, ini adalah proses demokrasi katanya. Itulah jawapan yang sudah diduga.
Fikr
05 October 2010
Jika melayu hilang kuasa ?.
Mutakhir ini sudah banyak provokasi dan pertentangan pendapat tentang kedudukan orang melayu dalam negara kita. Kenyataan Tun Dr. Mahathir yang menyatakan, org melayu akan hilang kuasa jika UMNO dan BN tewas dalam pilihanraya akan datang ada kebenarannya.
Kenyataan ini juga telan membuka minda rakyat serta perdebatan sesama kita. Org melayu perlu menarik nafas yang panjang bagi memikirkan masa depan bangsa dan negara. Ia bukanlah perkara main main kerana sekali kita tersungkur dinegara sendiri , amat susah untuk kita bangkit.
Saya sering melihat kawasan persekitaran kita. Banyak negara yang mana pemerintah terdiri dari kalangan orang islam, rakyat bukan islam boleh hidup dengan aman, damai dan dapat membina kekuatan ekonomi mereka. Apabila kita lihat negara yang diperintah oleh orang bukan islam yang mana terdapat ramai penduduk islam didalamnya,kita hidup dalam keadaan menderita, miskin dan sering berlaku percakaran.
Kita dapat melihat bagaimana kehidupan masyarakat islam di Thailand, Filipina, Burma, Cambodia dan lain lain negara. Inilah hakikat yang mesti kita terima.
Org Melayu adalah host society dalam negara ini. Kita menjadi bangsa utama dan semakin kuat sejak kita mencapai kemerdekaan. UMNO merupakan tunjang kekuatan bangsa melayu dan islam. Kita telah berjaya mendidik dan menyekolahkan hampir semua generasi muda.
Hasilnya, kita telah berjaya membina ilmu dalam diri mereka dan mereka menjadi insan yang hebat dalam dunia hari ini. Namun ikatan antara kita semakin longgar apabila ramai insan yang berilmu berjaya kita lahirkan. Ukhuwwah antara kita semacam amat susah untuk disatukan.
Kalau budaya ini terus bersemai dalam diri orang melayu, tidak mustahil bangsa kita akan tersungkur dalam perjalanan menuju puncak. Dalam dunia politik hari ini, parti mana yang menjadi sandaran orang melayu selain dari UMNO.
Adakah melayu akan hebat dengan memilih PKR dan adakah PKR akan menang majoriti dalam pilihanraya akan datang?. Adakah melayu akan hebat dengan memilih PAS dan adakah PAS akan menjadi peneraju kepimpinan negara selepas pilihanraya umum ke 13 nanti.
Pertanyaan ini mesti kita jawab sebelum kita memberi sokongan dalam pilihanraya tersebut. Kita jangan lupa kepada DAP, parti yang sgt dominan dalam Pakatan Rakyat. Kita tidak dapat menduga parti mana yang akan mendominasi Pakatan Rakyat ini.
Namun , Dalam Barisan Nasional, jelas UMNO lah yang mendominasi pakatan ini. Walaupun UMNO memperjuangkan nasib bangsa melayu, namun keperluan bangsa bangsa lain terus dimantapkan. Oleh sebab itulah bangsa bangsa lain terus berjaya terutamanya dalam bidang ekonomi dan pendidikan sehingga mengatasi kejayaan orang orang melayu.
Inilah perjuangan UMNO dan Barisan Nasional. Kita bukan parti yang mengamalkan semangat perkauman yang sempit.
Kita masih ada masa.
Fikirkan lah. Bagaimana kalau melayu hilang kuasa dinegara sendiri?.
22 September 2010
Jangan Tangguh Lagi
Nampaknya saudara Anwar Ibrahim terus menggunakan institusi mahkamah untuk melengah lengahkan perbicaraan kes liwat terhadapnya. Kalau boleh ia ingin kes liwat tersebut tidak dibicarakan. Beliau nampaknya akan menggunakan apa cara sekali pun bagi menyelamatkan dirinya.
Namun mahkamah nampaknya telah membuat keputusan untuk membicarakan beliau pada 14 Oktober hingga Disember akan datang. Persoalan yang sentiasa bermain dalam fikiran kita ialah, kenapa beliau beriya iya benar supaya kes liwat ini digugurkan?. Adakah beliau takut untuk menghadapi segala kemungkinan yang berlaku sama didapati bersalah atau sebaliknya.
Kalau Anwar benar benar tidak bersalah, apa yang hendak ditakutkan. Perbicaraan dijalankan di mahkamah, cukup dengan peguam dan saksi serta orang ramai yang mengikutinya. mereka semua boleh menilai sama ada Anwar bersalah atau tidak.
Biasanya orang yang takut adalah orang bersalah. Tu kebiasaannya lah. Sama ada kita percaya atau tidak kes yang dihadapinya terserahlah kepada kita. Namun yang betul betul tahu ialah diri Anwar dan Saiful sendiri.
Saiful telah mengaku diliwat, bahkan ia juga telah bersumpah telah diperlakukan sedemikian. Anwar pulak kata , sumpah itu tidak mengikut ajaran islam. Kita juga menunggu nunggu bagaimanakan sumpah mengikut ajaran islam dari Anwar. Namun seperti biasa ia amat takut untuk bersumpah. Apa maknanya tu?. Tuan puan sendiri yang boleh menjawabnya.
Apa pun , saya berharap kes ini tidak ditangguh lagi. Jalankan perbicaraan secepat yang mungkin bagi menentukan siapa yang benar. Allah lebih mengetahui peristiwa yang sebenarnya. Jika kita terlepas di dunia, ingat kita akan menerima pembalasan di akhirat.
18 September 2010
Kenapa Anwar tidak bertanding.
PKR mengalami satu episod pertandingan merebut jawatan yang paling hebat sejak ia ditubuhkan. Sebagaimana yang kita sedia maklum, penubuhannya adalah untuk membela nasib Anwar yang dipenjara pada waktu itu.
Saya bukanlah nak masuk campur dalam pertandingan tersebut, cuma ingin berkongsi cerita bersama pembaca blog. ramai pemimpin PKR berebut untuk berada di puncak atau memegang jawatan kanan dalam parti. hal yang sedemikian berlaku kerana mereka inginkan jawatan utama dalam kerajaan jika parti mereka menguasai Putrajaya.
Itulah matlamat mereka. Oleh yang demikian mereka akan menggunakan apa cara sekali pun untuk mencapai tujuan tersebut. Namun apa yang menghairankan Anwar dimaklumkan tidak akan bertanding bagi jawatan Presiden PKR.
Adakah Anwar takut untuk bertanding bagi jawatan nombor satu dalam parti. Yang menghairankan lagi, walau pun beliau bukan Presiden parti tapi segala perjalanan parti akan ditentukan oleh beliau. Presiden hanyalah boneka hidup yang tidak mempunyai kuasa.
Bagi jawatan Timbalan presiden, saingan sengit adalah antara Saudara Azmin Ali dan pendatang baru Dato' Zaid Ibrahim. namun setakat ini, Azmin menerima sokongan dan pencalonan yang lebih banyak dari Dato' Zaid. Anwar nampaknya menyokong Azmin manakala anaknya Nurul Izzah nampaknya menyokong kepimpinan Dato' Zaid.
Anwar memang lebih mahir dalam pertandingan ini kerana beliau mempunyai pengalaman semasa berada dalam UMNO dahulu dan berjaya menyingkirkan allahyarham Tun Ghafar Baba. Kita tengoklah nanti bagaimana Anwar menggunakan kelicikannya dan menentukan kemenangan kepada Azmin atau Dato' Zaid.
Anwar memang seorang yang licik, namun cita cita beliau masih belum dikabulkan oleh Allah. Jika kita berfikir, tentu ada hikmat disebalik kegagalan beliau menjadi Perdana Menteri semasa dalam UMNO dahulu. yang ini jarang antara kita berfikir. Biasanya kita akan marah dan tuduh kerajaan zalim menangkap Anwar. Kita tidak berfikir itu semua adalah ketenytuan Allah.
Dengan kelicikannya itulah, beliau berjaya memperdaya supaya jawatan PM diberikan kepada belia jika berjaya membentuk kerajaan walaupun parti mereka baru setahun jagung berbanding dengan PAS dan DAP. Beliau juga memperdayakan PAS supaya tidak mewar warkan soal penubuhan negara islam.
Kita akan dapat melihat bagaimana pemilihan pucuk pimpinan PKR ini. Adakah ia bebas dari amalan politik wang?, Adakah pemilihan dibuat secara telus?, Adakah apa yang meraka syarah akan mereka ikuti atau hanya cakap cakap sahaja?. Sama sama kita tunggu dan lihat.
15 September 2010
Happy Birthday Malaysia.
Hari ini 16 Sept 2010, hari kita merayakan sambutan Hari Malaysia. Sebagaimana yang kita maklum bahawa negara kita merdeka pada 31 Ogos 1957. Selepasa 6 tahun kita mencapai kemerdekaan, Malaysia ditubuhkan pada 16 sept 1963. Pembentukan Malaysia ini merangkumi Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Serawak.
Hari in i telah diumumkan oleh kerajaan sebagai hari cuti untuk seluruh rakyat Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia, kita tidak sepatutnya hanya bercuti tanpa sedikit pun memikirkan dan menghayati hari yang penuh bersejarah ini.
Kini pembentukan Malaysia sudah mengjangkau usia 47 tahun. Dalam tempoh tersebut telah banyak onak dan duri telah kita tempuhi. Namun ianya dapat kita selesaikan dengan semangat muafakat dan toleransi sesama kita. Hasilnya kita dapat menikmati kehidupan yang baik dalam tempoh 47 tahun tersebut.
Dalam kita mengenang 16 sept 1963, Kita juga mengenangkan peristiwa tahun 1965 apabila Singapura ditendang keluar dalam gagasan Malaysia. Negara yang pada satu ketika begitu gah dengan kesultanan melayu dan sejarah Sang Nila Utama serta Hang Nadim telah berubah sama sekali. Melayu dan Islam di negara tersebut telah menjadi bangsa kelas 2.
ini adalah angkara Lee Kuan Yew yang tidak putus putus mendatangkan masalah kepada Tunku Abdul Rahman sejak negara mencapai kemerdekaan. Oleh sebab itulah pada tahun 1965, Singapura telah ditendang keluar oleh Tunku.
Peristiwa yang menjadi lipatan sejarah buat kita nampaknya diwarisi oleh anak didik Lee Kuan Yew iaitu DAP. Kalau kita tidak sedar diri dan berpuak puak antara kita, tidak mustahil peristiwa ini akan berulang dlm lipatan sejarah negara kita.
16 Sept juga sangat menarik kerana sebahagian dari kita telah ditipu oleh Dato' Seri Anwar kononnya PR akan membentuk kerajaan pada tarikh tersebut. Namun ia tidak menjadi kenyataan kerana MP Malaysia bukan lah bodoh untuk menjual kepercayaan dan kehendak rakyat yang masih mahukan BN memerintah negara tercinta ini.
Perjuangan mesti diteruskan oleh generasi baru bagi membina Malaysia yang lebih cemerlang. Perpaduan adalah tonggak utama bagi mencapai tujuan tersebut. Kita berdoa semoga negara Malaysia terus selamat, aman dan makmur di bawah nauangan kerajaan BN.
Semuanya akan berlaku dengan kehendak dan kuasa Allah s.w.t. Malaysia Boleh. INSYALLAH.
HEPY BESDAY MALAYSIAKU.
07 September 2010
Salam Idul Fitri
Salam 2 all
Dikesempatan ini Saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat meyambut Hari raya Idul Fitri kepada muslimin dan Muslimat khususnya buat kedua ibu bapa saya, ibu bapa mertua, sahabat handai serta rakan taulan.
Ucapan ini juga saya tujukan buat YAB Perdana Menteri, YAB Timbalan Perdana Menteri, Menteri menteri kabinet, YAB Menteri Besar Terengganu dan seluruh pimpinan negara tercinta.
Buat pengundi pengundi dan rakyat saya di DUN Bukit Payong serta saf kepimpinan UMNO & Barisan Nasional , Selamat menyambut Hari kemenangan. Tidak lupa buat rakan rakan FB, Twitter dan pembaca setia blog saya.
Ucapan Hari raya ini juga saya tujukan buat semua kakitangan Pusat Khidmat dan kakitangan APMT DUN Bukit Payong. Juga tidak lupa kepada rakan rakan seperjuangan ketika di alam persekolahan di SK. Bukit Payong, SMK Bukit Sawa, SMK Padang Midin dan d Universiti Sains Malaysia. Buat guru guru dan pensyarah yang sentiasa setia memberi ilmu dalam dunia keilmuan.
Buat rakan rakan di Lembaga Muzium Negeri Terengganu, Kementerian Belia & Sukan Malaysia dan Jabatan Belia & sukan Negeri Terengganu. Disinilah tempat saya mencari rezeki sedikit masa dahulu.
Dikesemptan ini saya ingin menjemput semua ke rumah Terbuka saya dan DUN Bukit Payong pada 14 September 2010 bersamaan 5 Syawal 1431H bertempat di rumah saya 2769 Kg. Surau Hj. Yaacob, Bukit Payong, 21400 Marang Terengganu bermula jam 11 ph hingga 3 ptg.
Dihari yang mulia ini, saya mendokan agar negara kita terus aman dan makmur bagi menjamin kesejahteraan hidup rakyat Malaysia.
Selamat Hari raya Idul Fitri. Maaf zahir dan batin
05 September 2010
Klimaks Ramadhan 1431 H
Kederasan waktu membuatkan kita kurang sedar, Ramadhan sudah sampai ke penghujungnya. Bulan seribu rahmat ini sudah beransur ansur meninggalkan manusia dengan seribu kenangan sepanjang 1 bulan kita bersama.
Bagi yang telah menggunakan segala peluang , rasa sayang dan sayu untuk melepaskan ianya berlalu pergi. Perasaan sedih dan hiba akan menyelubungi mereka dan mendoakan agar dipanjangkan umur untuk bertemu lagi pada tahun yang akan datang. Mereka akan melepaskan Ramadhan pergi bersama tangisan.
Bagi yang tidak merasa apa apa menggunakan tetamu Ramadhan, kerugian yg amat sangat akan bersama mereka. Kita tidak tahu sama ada akan dapat bersua lagi dengan Ramadhan yang akan datang. Hanya Allah saja yang tahu.
Selepas ianya berlalu pergi , Tiada lagi Solat Sunat Terawih, majlis berbuka puasa, bersahur, tadarus al quran yang biasanya hanya terdapat dibulan Ramadhan. Baki 2 malam lagi harus diisi dengan sebaik mungkin.
Kita sudah boleh bermusabah diri, setakat mana penghayatan Ramadhan kita pada tahun ini. Hanya kita yang mampu untuk menghitungnya. Apakah selepas ini kita akan menjadi insan yang lebih baik ataupun sama sahaja ataupun lebih buruk?. Semuanya bergantung kepada diri kita sendiri.
Kita mendoakan agar dipanjangkan umur untuk bersua dengan Ramadhan 1432H. Semoga pentarbiahan Ramadhan tahun ini akan menjadikan kita insan yang lebih baik, sentiasa mengabdikan diri kepada Allah, sentiasa bersabar, meninggalkan segala kemungkaran, suka membantu org susah dan sebagainya.
Selamat tinggal Ramadhan 1431H.
29 August 2010
Politik di bulan Ramadhan
Ketika ini umat islam sedang tekun menunaikan ibadah Ramadhan. Ramadhan sudah sampai ke kemuncaknya . Kita sudah berada di 10 terakhir Ramadhan. Ketika inilah umat islam sedang berlumba lumba mengerjakan amal ibadah bagi bekalan ke tempat yang kekal abadi buat selama lamanya.
Namun dalam keghairahan ini, meletup beberapa isu yang menyentuh sensitivi umat islam lebih lebih lagi du bulan ini. Bermula dengan isu khutbah jumaat di Pulau Pinang yang membuang doa kepada Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan digantikan doa kepada Ketua Menteri, Lim Guang Eng. Sanggup buang doa kepada ketua Negara Islam dan gantikan dengan kafir harbi.
Doa ini banyak mengejutkan semua pihak, lebih lebih lagi ia dibaca dalam khutbah Jumaat. Adakah tidak ada tempat lain untuk mengucapkan kesejahteraan atau pun Lim Guan Eng diberi taufik dan hidayah untuk memeluk agama islam. Saya jugak tertanya tanya, adakah pemimpin ini layak digelar seperti Khalifah Umar Abdul Aziz.
Apakah sebab PAS begitu memuja Lim Guang Eng ini. Bagi saya , Kalau Lim betul betul ikhlas , Lim boleh lah memeluk agama islam. kalau tidak , Lim Guang Eng ini hanyalah berlakon menipu PAS dan menipu rakyat umat melayu untuk menyokong PR. Itu sahaja matlamat mereka.
PAS tetap mempertahankan Lim Guang Eng walaupun Lim bermati matian menentang penubuhan negara islam malaysia oleh PAS. Lim tetap akan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular. Bagi rakyat yang matang dan berilmu, bagaimana kalau mereka berjaya menjadi pemerintah. Oleh kerana pada masa ini , mereka masih belum berkuasa, semua perkara amat senang untuk diucapkan.
Begitu juga dengan isu MP serdang yang menyampaikan ucapan diruang sembahyang di surau Al Huda Kajang. Saya tidak mempertikan ucapan tersebut tetapi tidak ada tempat lainkah untuk mebuat ucapan. bayak lagi tempat seperti di dewan orang ramai, padang dan sebagainya.
Majlis ini boleh dilaksanakan di kawasan sekitar surau berkenaan. Namun ada orang kata ia adalah untuk mendekatkan mereka dengan islam tetapi pada saya niatnya adalah bukan untuk mendekatkan mereka pada islam. Ia adalah tujuan politik iaitu bagi menarik sokongan kepada pihak pihak tertentu, bukan untuk tujuan dakwah dan agama.
Difahamkan majlis tersebut adalah penyampaian angpau raya. Diakhirnya sudah pasti memohon jemaah surau supaya ucap terima kasih, bersyukur dan jangan lupa menyokong DAP dalam pilihanraya akan datang. MP ni pula siap duduk di depan, tempat kita sujud mengabdikan diri kepada Allah.
Apa akan jadi, kalau selepas ini Masjid atau Surau menjadi tempat mereka turun naik bagi majlis politik. Namun seperti diduga PAS akan memberi menyokong kepada MP Serdang. Amat murah nilai umat islam, jika keadaan ini berlaku. Umat islam di Gaza sentiasa memastikan masjid mereka tidak dimasuki oleh kuffar walau pun satu inci.
Wassalam
20 Ramadhan 1431
29 ogos 2010
27 August 2010
RM 500.00 seorang
Kerajaan sekali lagi membuktikan kepekaan terhadap kakitangan awam diseluruh negara. Menjelang 2 minggu Idul Fitri, Perdana Menteri mengumumkan pemberian bantuan kewangan sebanyak RM 500.00 kepada semua kakitangan awam gred 1 hingg 54 dan kepada semua 590,000 ribu pesara kerajaan.
Walaupun kita nampak angka itu tidaklah sebesar mana, tetapi agak besar kepada perbendaharaan negara kerana ia melibatkan peruntukkan hampir RM 1 bilion. Ia menepati slogan rakyat didahulukan. Ucapan terima kasih hendak dihulurkan kepada YAB perdana Menteri atas pengumuman tersebut dan syukur pada Allah.
Ia bolehlah digunakan untuk membuat persiapan menjelang Idul fitri tahun ini. Pada saya 100% kakitangan awam amat bersetuju dengan pemberian ini sama ada kakitangan awam yang menyokong dan menentang kerajaan.
Saya sebutkan begitu kerana terdapat segelintir kakitangan awam yang hebat menentang kerajaan dengan pelbagai cara sedangkan pada waktu yang sama mereka mencari rezeki dengan kerajaan. Sepanjang dari pengalaman saya berkhidmat dengan kerajaan, kerajaan tidak pernah menzalimi kakitangan awam. setiap bulan, gaji dibayar mengikut jadual. .Banyak kemudahan yang disediakan berbanding dengan rakyat biasa.
Namun bagi kakitangan awam, kita boleh menilai bagaimana kerja buat kita. Adakah gaji yang dibayar berbaloi dengan kerja yang kita laksanakan. Penilaian ini boleh dibuat oleh diri kita sendiri. Kalau kita diperukkan 8 jam sehari untuk bekerja. Agak agaknya berapa jam kerja kita yang sebenar?
Saya percaya selepas ini, kita akan menuntut bayaran bonus pula. Insyallah kerajaan akan tunaikan. Jesteru itu , marilah kita sama sama bekerja keras bagi memastikan negara terus makmur. Janganlah kita terikut rikut dengan dakyah pembangkang yang mahu merosakkan negara. Sebagai kakitangan kerajaan , peranan dan sokongan kita amat penting.
18 ramadhan 1431H
28 Ogos 2010
22 August 2010
Suasananya amat berbeza
Alhamdulillah , puasa Ramadhan telah masuk fasa yang kedua iaitu fasa keampunan Allah s.w.t. fasa pertama merupakan rahmat Allah telah berlalu pergi meninggalkan kita. Moga moga kita telah berpuas hati dengan ibadat di fasa pertama.
Di awal Ramadhan saya banyak menghadiri majlis dengan rakyat khususnya program pengagihan bantuan bagi keperluan di bulan puasa dan juga persediaan Hari Raya Idul Fitri. Bermula dengan agihan zakat, kemudian majlis bantuan dana Raya, selepas itu saya turun ke kampung kampung bagi bertemu dengan penerima bantuan kebajikan.
Bagi agihan zakat , Kerajaan memperuntukkan RM 350.00 seorang, bagi bantuan dana raya pula kerajaan memperuntukkan RM 200.00, RM 300.00 dan RM 400.00 bergantung kepada kelayakan masing masing. Begitu juga dengan bantuan kebajikan masyarakat. Di pertengahan Ramadhan ini pula, kita akan mula agihkan buah kurma sumbangan Kerajaan untuk setiap rumah. Inilah bertuahnya kita menjadi rakyat Malaysia.
Inilah yang disebutkan, bulan Ramadhan yang penuh kerahmatan bagi kita rakyat Malaysia. Dalam pada itu saya teringat kepada peristiwa yang berlaku ke tempat lain. Saya mendengar cerita dari Kelab Putera 1 Malaysia dalam misi ke Palestin baru baru ini. Begitu sedih mengenangkan peristiwa menyayat hati dinegara ini.
Mereka merupakan manusia seperti kita, tetapi kehidupan mereka amat berbeza dari kehidupan kita. Mereka berjuang dengan titisan darah bagi mempertahankan tanah air , meyelamatkan keluarga mereka, menyelamatkan harta benda mereka. Nyawa menjadi taruhan. kematian sudah menjadi perkara . Bagaimana mereka menjalani bulan rahmat ini agaknya.
Anak anak kecil yang tidak berdosa dan tidak tahu apa apa menjadi mangsa. Semenanjung Gaza mempunyai 1.4 juta orang. Kawasan ini tidak ada bekalan elektrik, Elektrik hanya berfungsi 6 jam sehari sahaja. Cuba bayangkan kalau kita ada elektrik hanya 6 jam sehari. Mereka juga mengatakan tidak ada satu rumah pun di Gaza city yang tidak ada kesan tembakan atau kesan peluru di rumah mereka.
Keadaan kesihatan disana juga amat teruk. Penyakit berjangkit seperti cirit birit mudah merebak kerana bekalan ubat ubatan yang amat kurang. Ia ditambah pula pihak Israel tidak membenarkan pesakit dirawat di luar Palestin.
Bekalan makanan yang diagih pula menjadi rebutan. Mereka berebut rebut untuk mendapatkan bekalan walau pun jaminan diberi bahawa bekalan cukup dan semua org akan dapat namun mereka tetap berebut kerana bimbang meraka tidak dapat.
Kita sangat hairan, dalam suasana negara mereka sedemikian , mereka masih tidak dapat bersatu diantara satu sama lain. Hamas dan Fatah masih lagi bercakaran antara satu sama lain. Oleh yang demikian kita tak boleh salahkan 100% Israel. Yang salah adalah bangsa mereka sendiri. Saya cukup yakin kalau bangsa mereka bersatu, Israel tidak berani untuk bermaharaja lela membenam bangsa mereka.
Kalau nak sebut soal bantuan raya, bantuan Ramadhan, bantuan pakaian sekolah, bantuan komputer dan lain lain bantuan amat jauh bagi mereka. Mereka tidak impikan perkara perkara ini. Apa yang mereka perlukan ialah bantuan makanan dari negara luar untuk meneruskan kelansungan kehidupan di bumi mereka sendiri.
Itulah penderitaan yang mereka hadapi, dalam kita menikmati kemewahan hidup, kemewahan makanan di negara ini. Di Malaysia, setiap ptg bazar Ramadhan dipenuhi dengan orang ramai untuk membeli juadah berbuka puasa. Kita dapat bersolat terawih di malam hari dengan begitu baik. Itulah Malaysia, Alhamdulillah, banyak banyak kita bersyukur.
Wassalam
20 August 2010
Didik tabiat menabung dari kecil
BUKIT PAYONG - Pejabat Pembangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong mengorak langkah awal dengan menaja hampir 1,800 pelajar di DUN Bukit Payong bagi pembukaan akaun Tabung Haji sebagai galakan menabung.
Pegawai Pembangunan DUN Bukit Payong, Zaidi Muda berkata, buat peringkat permulaan, dua buah sekolah telah dipilih sebagai projek perintis bagi program tersebut iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Payong dan SMK Tun Telanai.
Menurutnya, program itu melibatkan peruntukan sebanyak RM3,000 dan dijadikan sebagai penanda aras bagi melihat kejayaan serta keberkesanan program berkenaan yang mula diperkenalkan pada tahun ini.
“Sebenarnya, program tajaan ini adalah sebagai asas bagi membolehkan golongan sasar menabung pada peringkat awal lagi, termasuk bagi mereka yang datang dari keluarga kurang berkemampuan.
“Kita harapkan ia akan menjadi pendorong untuk mereka menabung, walaupun sedikit tapi ia akan mendidik mereka lebih bertanggungjawab dan berdisiplin dalam menguruskan kewangan dengan berhemah serta dengan cara betul,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Tajaan Pembukaan Akaun Tabung Haji di SMK Tun Telanai, semalam. Seramai 860 pelajar sekolah itu berjaya membuka akaun pada majlis itu.
Mengulas lanjut, Zaidi berkata, pihaknya bercadang memperluaskan program tajaan itu ke sekolah rendah pula bermula tahun depan.
“Kita mendapat maklum balas yang baik daripada ibu bapa dan pihak sekolah mengenai program ini. Saya melihat ia sebagai satu petanda baik dan mungkin kita akan menaja lebih ramai pelajar selepas ini kerana kita mahu mereka belajar menabung sejak kecil,” katanya.
Sementara itu, Zaidi dalam ucapannya berkata, zaman persekolahan seharusnya digunakan sebaik mungkin dan pelajar tidak mensia-siakan peluang untuk menuntut ilmu.
“Seharusnya kita menanam azam untuk merubah nasib keluarga, terutamanya mereka yang datang daripada keluarga miskin dan berazam untuk tidak mewarisi kemiskinan keluarga.
"Sepatutnya kita berasa malu untuk terus bergantung kepada bantuan kerajaan sedangkan kita berpeluang merubahnya kepada yang lebih baik,” katanya.