Pages

Subscribe:

05 September 2010

Klimaks Ramadhan 1431 H

Salam 2 all

Kederasan waktu membuatkan kita kurang sedar, Ramadhan sudah sampai ke penghujungnya. Bulan seribu rahmat ini sudah beransur ansur meninggalkan manusia dengan seribu kenangan sepanjang 1 bulan kita bersama.

Bagi yang telah menggunakan segala peluang , rasa sayang dan sayu untuk melepaskan ianya berlalu pergi. Perasaan sedih dan hiba akan menyelubungi mereka dan mendoakan agar dipanjangkan umur untuk bertemu lagi pada tahun yang akan datang. Mereka akan melepaskan Ramadhan pergi bersama tangisan.

Bagi yang tidak merasa apa apa menggunakan tetamu Ramadhan, kerugian yg amat sangat akan bersama mereka. Kita tidak tahu sama ada akan dapat bersua lagi dengan Ramadhan yang akan datang. Hanya Allah saja yang tahu.

Selepas ianya berlalu pergi , Tiada lagi Solat Sunat Terawih, majlis berbuka puasa, bersahur, tadarus al quran yang biasanya hanya terdapat dibulan Ramadhan. Baki 2 malam lagi harus diisi dengan sebaik mungkin.

Kita sudah boleh bermusabah diri, setakat mana penghayatan Ramadhan kita pada tahun ini. Hanya kita yang mampu untuk menghitungnya. Apakah selepas ini kita akan menjadi insan yang lebih baik ataupun sama sahaja ataupun lebih buruk?. Semuanya bergantung kepada diri kita sendiri.

Kita mendoakan agar dipanjangkan umur untuk bersua dengan Ramadhan 1432H. Semoga pentarbiahan Ramadhan tahun ini akan menjadikan kita insan yang lebih baik, sentiasa mengabdikan diri kepada Allah, sentiasa bersabar, meninggalkan segala kemungkaran, suka membantu org susah dan sebagainya.

Selamat tinggal Ramadhan 1431H.

No comments:

Contributors