Pages

Subscribe:

14 May 2009

Selamat Hari Belia

Salam Semua Belia Malaysia.

15 Mei tiap tiap tahun telah diistiharkan sebagai Hari Belia Negara. Ini merupakan pengiktirafan kepada seluruh warga belia malaysia oleh kerajaan. Di Malaysia istilah belia ialah mereka yang berumur 15 tahun hingga 40 tahun. Pada hari ini sambutan akan diadakan secara besar besaran dan pelbagai anugerah akan diberikan kepada persatuan belia dan individu belia yang telah mencapai kecemerlangan. Selepas itu sambutan di peringkat negeri akan menyusul dengan pelbagai program dan aktiviti.

Pada tahun ini sambutan peringkat kebangsaan diadakan di Melaka Bandaraya Bersejarah.
Kepada warga belia, sebagai aset utama negara kitalah yang akan mewarisi negara pada masa depan.Imam al Ghazali ada menyatakan ' Jika kamu hendak melihat negara pada masa akan datang maka lihatlah generasi belia pada hari ini'. Kerajaan telah menyediakan sebaik yang mungkin kepada warga belia dalam pelbagai bidang sama ada sosial, pendidikan, pekerjaan dan sebagainya.Sebagai warga belia, kita seharusnya mengambil peluang yang disediakan ini untuk mencipta kemerlangan. Ramai belia Malaysia yang telah mencipta kecemerlangan sama ada dalam bidang akademik, sukan,sosial dan sebagainya.

Bagi memantapkan kepimpinan warga belia, kerajaan telah meluluskan akta bagi membolehkan persatuan belia diterajui oleh belia sendiri iaitu belia yang berumur dibawah 40 tahun. 1 MALAYSIA, 1 BELIA, BELIA BERWAWASAN PENGGERAK KEJAYAAN.

Semoga belia semua terus memberi sokongan kepada kerajaan agar kerajaan dapat melaksanakan yang terbaik untuk belia. Bersyukurlah kerana kita belia Malaysia terus menikmati keamanan dan kebahagian hidup di bumi bertuah ini.
Selamat menyambut Hari Belia 2009.

wassalam

3 comments:

Pejuang Ummah said...

Selamat menyambut hari belia negara 2009

Pejuang Ummah said...

Selamat Menyambut Hari Belia Negara 2009

mannmusa said...

Apalah sangat nak dibanggakan dengan sambutan Hari Belia Negara. saban tahun tanggal 15 Mei disambut meriah. Para belia dihimpunkan disatu rapat dan didengarkan ucapan retorik pemimpin belia dan pimpinan negara. Saban tahun sehari selepas Sambutan Hari Belia tiba giliran sambutan Hari Guru. Saban tahun juga belia dilupakan dan guru di utamakan. Sabah tahun khutbah jumaat dibaca berhubung hari guru. Masyarakat diingatkan tentang jasa, peranan dan sumbangan guru dalam memartabatkan bangsa. Dalam pendidikan dan pembentukan negara bangsa. Saban tahun juga belia dikesampingkan. Tahun ini 15 Mei jatuh pada hari Jumaat sambutan Hari Belia diadakan sebelah masjid tetapi khutbah jumaat hari itu dibacakan seluruh negara berhubung sambutan Hari Guru.Guru diberikan berbagai keistimewaan dengan tambahan peluang kenaikan manakala belia dilebelkan dengan berbagai masalah. Dilebelkan dengan Rempit, dadah, vendalisma, dan berbagai gejala negetif.

Tokoh guru dianugerahkan saban tahun dengan menerima wang tunai RM10,000.00 Tokoh Belia?

Bukan kah belia pewaris negara bangsa yang juga bukan sahaja bakal guru, malah bakal jurutera, doktor, menteri juga perdana menteri.....fikir-fikirkan....

Contributors