Pages

Subscribe:

20 May 2009

Rakyat Akan Terus Didahulukan.

Salam bloggers.

Kita masih lagi dalam kemelut politik negara yang tidak menentu. Pelbagai peristiwa terus mengahutui kita. Peristiwa yang paling menyentuh hati saya ialah sikap biadap Hindraf yang sudah berani memberi kata 2 kepada pihak kerajaan. Sebuah pertubuhan yang diharamkan oleh kerajaan boleh mengugut kerajaan , sama ada membebaskan Uthayakumar dari mengadap Lembaga Penasihat ISA atau menghadapi demonstrasi jalanan Hindraf. Siapa dia Hindraf ni yang sudah berani sampai ke tahap ini. Dari mana dia dapat ilmu ini. Kita sedia maklum bahawa siapa yang memulakan ajaran demontrasi jalanan ini.

Saya tidak mahu membicarakan lebih lanjut mengenai Hindraf ini, wahai rakyat Malaysia, berfikirlah dengan fikiran yang tenang, apakah yang akan jadi kepada kita andainya sikap sebegini ada pada setiap rakyat Malaysia. Pada pandangan saya jika ini lah ajaran yang dibawa, keamanan, kedaimaian, kemakmuran, kenikmatan, keharmonian yang kita kecapi sekarang ini menjadi lipatan sejarah buat kita.
Kita fikir fkir kan lah .Nauzubillah.

Rakyat Terengganu akan terus dibela oleh Barisan Nasional. Pada bulan Jun Program pembahagian pakaian seragam sekolah kepada anak anak yang masih belajar akan disumbangkan oleh kerajaan negeri. Pelajar pelajar dan ibu bapa miskin akan mendapat nikmat ini dan akan mengurangkan beban yang akan ditanggung oleh ibu bapa. Dalam program ini 2 orang dari setiap keluarga akan diberikan pakaian seragam sekolah secara percuma sama ada sekolah menengah atau sekolah rendah. Kerajaan negeri juga telah menetapkan bahawa ibu bapa yang berpendapatn RM 1200.00 kebawah adalah layak untuk memohon bantuan pakaian sekolah ini.

Seperti mana yang selalu saya sebutkan bahawa kerajaan amat menitiberatkan soal pendidikan. Kita mahu rakyat mendapat pendidikan yang secukupnya. Oleh sebab itu kita akan membantu mereka yang miskin bagi memastikan mereka tidak terpinggir dari arus pendidikan negara . Bermula tahun 2008 kerajaan negeri juga telah memberi sumbangan khas sebanyak RM 1000.00 kepada setiap pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6. Kita akan meneruskan sumbangan tersebut pada tahun ini bagi menanam semangat ingin menuntut ilmu dikalangan pelajar Teengganu.

Begitu juga dengan pelajar yang berjaya melajutkan pelajaran ke Sekolah Asrama Penuh dan kepada mereka yang berjaya melanjutkan pengajian ke IPTA atau IPTS juga akan diberikan wang pendahuluan secara percuma. Bagi mereka yang berjaya ke Asrama penuh akan diberikan RM 400.00, Matrilukasi dan Sijil akan diberikan RM500.00, bagi peringakat Diploma akan diberikan RM700.00 dan peringkat Ijazah Pertama akan diberikan RM 1000.00 secara percuma. Ini lah kemudahan untuk anak Terengganu belajar dan terus belajar. Saya rase sudah tidak ada alasan untuk kita tidak meneruskan pelajaran akibat kemiskinan hidup. Semua org mempunyai peluang dengan syarat kegigihan dan kesungguhan ada bersama diri masing masing. Sesungguhnya banyak lagi bantuan yang dikurniakan kepada pelajar pelajar yang tidak dapat saya sebutkan satu persatu dalam ruangan ini.

Berterima kasih lah kepada kerajaan dan bersyukurlah kepada Allah yang maha besar.

1 comment:

kdm said...

Assalamualaikum tuan, saya tertarik dengan tulisan ini. Di mana konsep 1 Malaysia Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan bersama 8 nilai utama yang diperkenalkan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak PM kita.

Memang diakui pendekatan beliau yang digunakan mempunyai objektif besar di dalam mengembalikan semula sokongan dan kepercayaan Orang Melayu kepada UMNO atau kepercayaan seluruh rakyat kepada BN. Hasrat murni ini memang diakui mempunyai kekuatannya tersendiri disamping pendekatan dan pembaharuan yang dilakukan di dalam sektor-sektor tertentu.

Cuma tinggal lagi sanggupkah pelaksana seperti pemimpin-pemimpin rakyat, YB-YB kita, semua pegawai agensi kerajaan yang mendakwa setia berkhidmat untuk negara dan rakyat, pegawai-pegawai rendah dan juga persediaan rakyat itu sendiri unutk menerima perubahan sesuai dengan konsep 1 Malaysia tersebut.

Saya melihat ini masih banyak pegawai kerajaan dan pemimpin masyarakat pelbagai peringkat kurang bersungguh dan memberikan komitmen seratus peratus di dalam menjalankan tugas. Ada juga yang menunjukkan aktif atau rajin bekerja jika mempunyai sesuatu demi kepentingan dirinya dicapai.
Jika tiada maka tugas dibuat ala kadar sahaja. Saya percaya sikap seperti ini masih wujud tetapi bukanlah kepada semua orang.

Satu lagi perkara yang ada hubung kait dengan pemimpin kita pada masa kini.Seperti yang berlaku dan selalu penulis amati, jika dulu mereka tiada kuasa, kini mempunyai sedikit kuasa dan pengaruh maka lenggang ayunan kaki, gaya, percakapan, sikap dan pergaulan dengan masyarakat makin hari makin berubah.kalau dulu boleh sembang-sembang tidak mengira tempat asalakan jumpa dengan teman-teman, kini dikurangkan.

Sebenarnya banyak lagi saya nak tulis tapi cukup dulu sebab nak pi Solat Jumaat dulu. Saya sebenarnya kawan rapat awak tapi tinggal merantau negeri orang lain.TK

Contributors