Pages

Subscribe:

17 May 2009

Politik Wang Dalam PAS bukanlah sesuatu Yang Mustahil.

( Pada pandangan saya bukanlah sesuatu yang mustahil boleh berlaku atas dunia ini, org PAS jugak manusia biasa seperti org UMNO. Ada yang baik dan ada kurang baik. Pokok pangkalnya Iman dan Taqwa. Bukan soal PAS dan UMNO. sebab itu lah sebagai contoh, ada Tok Guru Quran yang boleh memperkosa anak murid sedangkan ianya ustaz. Kalau kita fikir memang tak logik langsung ia boleh berlaku. tetapi ia berlaku. Sebab itu lah saya katakan tadi pokoknya iman dan takwa . Itu lah bekalan yang akan dibawa, Bukan PAS atau UMNO. Org PAS juga sebahagiannya gila kuasa , sebab itulah amalan politik wang ini dikatakan diamalkan. Cuba tanya org PAS yang aktif dalam politik, Siapa yang tak nak jadi Menteri Besar, Siapa yang tidak mahu jadi Menteri, Siapa yang tak mahu jadi Perdana Menteri kalau mereka menang dalam pilihanraya ke 13 nanti, sapa yang tak nak kontrak kerajaan ," kalau menang lah" Kalau tidak, maka tidak akan berlaku perebutan kuasa dikalangan mereka.)


DAKWAAN Dewan Ulama Pas bahawa politik sogokan mula menular ke dalam parti itu menjelang pemilihan jawatan tertingginya pada Muktamar Tahunan Pas Ke-55 di Shah Alam bulan depan agak mengejutkan, walaupun ia bukan sesuatu yang mustahil dalam mana-mana pertubuhan politik.

Ia mengejutkan kerana selama ini Pas, selain menjadikan Islam sebagai teras perjuangannya, adalah parti politik yang dilihat ‘bersih’ sama ada dari segi politik wang atau permainan dan taktik kotor ketika berlaku perebutan jawatan.

Walaupun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Pas menyaksikan perebutan jawatan kanan, terutama bagi kerusi timbalan presiden ke bawah, yang kadang-kala sengit, ia masih dianggap pertandingan mesra dan tidak menggugat perpaduan parti selepas selesai pemilihan.

Bagaimanapun, apabila Ketua Dewan Ulamanya, Datuk Mohamed Daud, ketika berucap merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas Kelantan di Machang, minggu lalu, mendedahkan berlaku penganjuran jamuan makan serta memberi hadiah kepada perwakilan untuk mendapatkan sokongan ekoran keghairahan calon meraih sokongan menjelang muktamar bulan depan, ia memberi gambaran bahawa penyakit yang menjadi barah dalam Umno itu, kini mula menjangkiti Pas.

“Memanglah sudah bagi baju (hadiah), sudah kenyang makan (jamuan), boleh menanglah calon itu, tetapi budaya ini sangatlah tidak sihat. Justeru, kita mahu ia dihentikan segera,” kata Mohamed.

Mengulas pendedahan itu, Ahli Lujnah Politik Pas Kelantan, Abdul Fatah Harun mahu pucuk pimpinan parti memberi perhatian serius dan meminta Mohamed membuat laporan rasmi supaya tindakan dapat diambil terhadap mereka yang terbabit. “Jika dakwaan itu tidak benar, dan beliau sengaja mengada-adakan cerita, maka tindakan wajar diambil terhadap beliau,” kata Abdul Fatah, yang menyifatkan kenyataan itu memeranjatkan ahli parti dan memperlihatkan Pas seolah-olah sama dengan parti lain.

Sebagai sebuah pertubuhan politik yang mengamalkan demokrasi, Pas tidak boleh lari daripada aspek negatif daripada sistem itu seperti perbuatan membeli undi atau politik wang. Semakin berjaya sesebuah parti itu, semakin ramai yang berminat menduduki jawatan utama dan apabila berlaku pertandingan, akan timbul pelbagai cara dan taktik bagi memastikan kemenangan.

Memang perebutan jawatan bukan perkara baru dalam Pas sendiri, terutama bagi jawatan timbalan presiden selepas era kepemimpinan Allahyarham Datuk Fadzil Noor. Pada 2003 misalnya, Hassan Shukri menewaskan Datuk Mustafa Ali bagi jawatan itu dan dua tahun kemudian, Hassan pula ditewaskan oleh Nasharudin Mat Isa. Pada 2007, Nasharudin mengekalkan jawatan itu, walaupun dicabar Datuk Harun Taib.

Begitupun, dalam tempoh tiga tahun lalu, pelbagai perubahan berlaku dalam senario politik tanah air, terutama selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 yang menyaksikan Pas mencapai kemenangan paling besar dalam sejarah 55 tahun penubuhannya. Kerjasama Pas dengan Parti Keadilan Rakyat dan DAP membolehkan parti itu menguasai Kedah, mengukuhkan semula kedudukannya di Kelantan, menjadi sekutu penting kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, selain mempunyai lebih banyak kerusi di Parlimen.

Sebagai parti politik tunggal berteraskan Melayu/Islam dalam Pakatan Rakyat, Pas amat diperlukan PKR dan DAP sama ada untuk memastikan keteguhan barisan pembangkang sekarang atau mencapai impian mereka menukar Kerajaan Pusat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Barangkali kerana pentingnya kedudukan Pas dalam Pakatan Rakyat inilah, maka banyak perkembangan baru berlaku dalam parti itu sekarang. Buat pertama kali, pencalonan Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut dicabar apabila Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Nik Mat turut dicalonkan untuk jawatan presiden.

Walaupun Hadi kekal sebagai presiden selepas mendapat 136 pencalonan daripada 137 kawasan parti itu berikutan Nik Abdul Aziz gagal meraih dua pencalonan kawasan, cubaan mencabar pemimpin nombor satu tidak pernah berlaku sepanjang Allahyarham Yusof Rawa dan Fadzil memegang jawatan Presiden Pas.

Lebih sengit lagi ialah jawatan Timbalan Presiden apabila penyandangnya, Nasharudin Mat Isa dicabar Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak; Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din serta dua Naib Presiden, iaitu Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu.

Begitupun, hanya Nasharuddin dan Husam yang bukan saja disebut-sebut sebagai pencabar utama bagi jawatan itu, malah dikaitkan sebagai mewakili dua kumpulan berbeza pendapat dalam Pas sekarang.

Nasharuddin dikatakan mewakili golongan Melayu/Islam moderat, manakala Husam daripada kumpulan Islam liberal dalam parti itu. Sementara Nasharuddin dikaitkan dengan kumpulan yang menyokong kepemimpinan Hadi, Husam pula dikatakan daripada kumpulan yang mempengaruhi Nik Aziz dan mewakili kepentingan agenda Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pas.

Percanggahan pendapat kedua-dua kumpulan ini jelas apabila Hadi mengesyorkan penubuhan kerajaan perpaduan tidak lama dulu, yang kemudian ditarik balik ekoran bantahan daripada kumpulan pro-Anwar.

Turut menarik perhatian menjelang pemilihan Pas kali ini ialah isu pemimpin ulama dan profesional. Satu kumpulan berpendapat dua pemimpin terkanan parti itu mesti kekal daripada kalangan ulama, manakala satu pandangan lagi mahu presiden daripada kalangan ulama, tetapi timbalannya daripada kalangan profesional.

Ketika Dewan Ulama Pas bercadang mengemukakan usul supaya jawatan presiden dan timbalan presiden hanya diisi pemimpin bertaraf ulama, Nik Aziz pula dilaporkan berkata tidak timbul isu ulama atau profesional kerana gabungan dua latar belakang itu mampu mengukuhkan lagi kekuatan Pas.

Dari satu sudut, semua perkembangan ini menggambarkan demokrasi bertambah subur dalam Pas dan semakin ramai mereka yang bukan daripada golongan ulama berminat untuk menyertai barisan kepemimpinan parti itu.

Namun, keghairahan terutama daripada kalangan bukan ulama bertanding merebut jawatan penting menimbulkan kebimbangan lain di kalangan sebahagian besar ahlinya, terutama yang taksub dengan perjuangan Islam Pas.

2 comments:

Mat Yie said...

Setuju dengan en Zaidi,dan mungkin rasuah dalam pas bukan baru,mungkin dah lama cuma tak digembar-gemburkan terutama dari golongan profesioanal dalam pas.
harus diingat siapa golongan erdogen dan kenapa mereka berada dalam pas..

mannmusa said...

Salam buat sahabat ku, Zaidi... satu pandangan dan luahan yang baik. Sudut pandangan yang perlu dilihat dan kuopas secara lebih mendalam dan ilmiah. Memang yang hidup sabagai makluk Nya tidak terlepas dari keinginan dan pengaruhi hawa nafsu. Selagi bergelar manusia yang fitrahnya begitu. cuma petimbangan akal dan di selimtui iman dan ketaqwaan yang tinggi sahaja akan menghindar seseorang itu dari terjebak dengan politik wang, duit atau pitih.

Waima mereka dari kalangan mana kelompok sekali pun. Kerana kulit bukan pengukur cantiknya isi.

Contributors