Pages

Subscribe:

13 May 2009

Mat Rempit & Jenazah

Salam bloggers

Isu mat rempit sudah menjadi isu yang semakin hangat di negara kita. Ia bukan sahaja berlaku di kota raya Kuala Lumpur tetapi sudah menular ke kampung kampung di seluruh negara. Apabila ia berlaku secara berleluasa, secara tidak langsung akan mengganggu keharmonian setempat dan membahayakan pengguna jalan raya yang lain. Mereka yang terlibat pula terdiri daripada muda mudi dan ada sebahagiannya pelajar sekolah yang menjadi harapan negara pada masa depan.

Pelbagai kaedah telah banyak digunakan bagi membendung masalah ini tapi nampaknya ia masih belum berkesan bagi mengatasi masalah ini. Pada pandangan saya , untuk mengatasi masalah ini, sesuatu hukuman yang pelik mesti dilakukan. Saya ingin mencadangkan agar kepada mereka yang ditangkap kerana merempit akan ditarbiahkan melalui hukuman melawat bilik mayat dan melihat mayat mereka yang terlibat kerana merempit atau melihat atau menguruskan pengkebumian jenazah orang yang meninggal dunia. Saya rase ini merupakan satu tarbiah yang akan memberi kesan kepada mat mat rempit ini.

Disamping itu kerajaan juga hendaklah mengharamkan penggunaan motor ke sekolah dan menaikkan had umur untuk memiliki lesen memandu daripada 17 tahun ke 20 tahun.
Begitu juga dengan peranan ibu bapa kerana merekalah sebenarnya yang bertanggungjawab. Mereka adalah anak anak yang kita lahirkan dan kita jaga dari kecil hingga lah besar. Kalau mereka mati diusia muda kerana merempit maka rugilah kita. Negara kita mewah. Ibu bapa mampu untuk membeli motosikal untuk anak anak ke sekolah kerana mereka fikir itu untuk kebaikan anak anak yang disayangi. Oleh itu berhati hati lah dan berfikirlah sama ada ianya mendatangkan kebaikan atau keburukan.

Dengan hukuman ini , saya berpandangan , ia akan melembutkan hati mereka dan takut untuk kembali merempit. Kalau tidak masalah ini tidak akan ada kesudahan.

fikir fikirkan lah

1 comment:

Pejuang Ummah said...

mat rempit...

satu pemasalahan yang melanda negara masa kini..tidak dinafikan jika dikatakan bahawa rempit merupakan salah satu masalah besar negara..

saya ingin berkongsi pendapat mengenai rempit...

sebagaimana saya katakan td, ia merupakan salah satu pemasalahan negara yang utama masa kini, tetapi sejauh manakah kita menyedari serta menyelami punca dan asal usul rempit itu sendiri...

kita asyik menyalahkan mat mat rempit tanpa kita kenalpasti punca dan sebab musabab terjadinya sedemikian...

bukan saya menyokong kegiatan rempit ini..tetapi sedarkah kita bahawa aktiviti tersebut merupakan salah satu pengisian dalam proses keremajaan dan kematangan seseorang individu..selain ingin mendapatkan kepuasan dan perhatian daripada masyarakat dan juga ibu bapa..

saya menyokong pendekatan yang disyorkan oleh saudara..tetapi sejauh manakah keberkesanannya nanti...

pada hemat dan pandangan sayalah...
pemasalahan rempit ini terjadi dan terwujud berlandaskan beberapa faktor...
antaranya...kerapuhan institusi kekeluargaan...
kelemahan penguatkuasaan...
dan juga sikap individu itu sendiri...

pikirlah.....

syor dan cadangan saya...

kerajaan perlu mengambil langkah drastik iaitu dengan MENGHARAMKAN PENGGUNAAN MOTOSIKAL ...
memang diakui ada kebaikan dan keburukan...

cuma pandangan tanpa ada sebarang kajian dan postmotem...

macam mn pandangan saudara...

Contributors