Pages

Subscribe:

07 May 2009

Karnival Usahawan Muda dan Kerjaya




Salam Bloggers, Dalam kesibukan bersama lawatan YAB MB ke Marang, saya sempat mencelah untuk merasmikan Karnival Usahawan Muda dan Kerjaya di SK Paya Resak. Karnival yang dianjurkan untuk menarik minat anak anak muda supaya menjadikan usahawan sebagai kerjaya pada masa depan. Kita sudah tidak boleh untuk mengaharapkan kerja makan gaji pada masa depan. Masa saya sekolah dulu, apabila ditanya kepada rakan rakan , apakah cita cita anda?, sebahagian besar akan menjawab nak jadi pegawai polis/pegawai tentera/jururawat/doktor cikgu. amat jarang dikalangan pelajar yang jawab nak jadi usahawan cikgu.


Minda sebegini mesti diubah, adalah mustahil kerajaan mampu menyediakan peluang pekerjaan kepada semua rakyat dinegara ini. Perkhidmatan awam hanya mampu menyediakan peluang pekerjaan hanya 1 juta orang sahaja. Usahawan mestilah mendapat tempat di hati anak anak muda. Dengan menceburi kerjaya ini sajalah kita boleh menjadi kaya. Kalau kita kerja makan gaji , harapan untuk kaya tidak akan tercapai. Kalau untuk hidup sederhana itu, rasenya ok lah.
Islam juga telah meletakkan asas yang kukuh terhadap perniagaan yang mane 99% rezeki itu adalah datangnya dari perniagaan. Oleh sebab itu orang orang kaya di dunia ini adalah org yang menjalankan aktiviti perniagaan. Contoh yang paling dekat dalam negara kita ialah Ananda Krisnan yang mempunyai nilai kekayaan bernilai lebih RM 20 bilion, Begitu juga dengan raja gula, Robert Kuok yang mempunyai kekayaan bernilai lebih RM 19 bilion dan ramai lagi yang tak perlu saya sebutkan disini. Begitu juga dengan tokoh tokoh terkaya di luar negara seperti Bill Gates yang mempunyai kekayaan 117 bilion. Inilah hebatnya seorang usahawan.
Sebagai org islam, dengan harta yang banyak inilah, kita akan dapat menghulurkan sedekah dan membantu golongan yang memerlukan. Kepada adik adik yang masih menuntut, tanamkan dalam diri kita untuk menjadi peniaga yang berjaya apabila tamat belajar nanti. Dengan ini kita dapat meningkatkan taraf ekonomi umat melayu dan islam. Kita juga akan dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada org lain apabila kita menjadi tauke ni, tidaklah kita mengharapkan pekerjaan dari org lain.
wassalam.

1 comment:

mannmusa said...

teruskan usaha....tingkatkan usaha dalam perjuangan memakmurkan bangsa dan mengangkat martabat bangsa..

Contributors