Pages

Subscribe:

24 May 2009

Jalan Penuh Berliku 1




Salam bloggers.

Hari ini masuk 1 tahun 2 bulan pilihanraya umum ke 12 berlalu. Dalam tulisan saya kali ini, saya ingin berkongsi pengalaman dengan rakan rakan sekalian sejak saya masuk ke arena politik sepenuh masa. Dalam jangka masa tersebut sudah banyak dugaan dan cabaran yang saya tempuhi. Sebelum dipilih bartanding dalam pilihanraya ke 12. Saya telah lama berkecimpung dalam dunia politik. Antara jawatan yang pernah saya pegang ialah Timbalan Pengerusi Biro Belia dan Sukan UMNO Bahagian Marang, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan dan lain lain jawatan lagi. Bekerja sebagai Pegawai Belia dan Sukan Marang, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dan kembali ke Marang sebelum meletak jawatan pada 21 Februari 2009 memberikan pengalaman yang amat berguna kepada saya menghadapi liku liku dalam dunia politik. Kementerian Belia dan Sukan adalah tempat saya banyak belajar untuk berhadapan dengan masyarakat, menyampaikan syarahan dengan berkesan, Program belia dan sukan yang tidak mengenal masa dan waktu. Dunianya hampir sama dengan dunia politik yang saya tempuhi.

Saya amat meminati dunia politik ini semenjak dibangku sekolah lagi. Oleh sebab itu saya amat meminati subjek Pengajian Am semasa mengambil STPM. Saban hari saya mengulangkaji mata pelajaran ini.Pengajian saya di universiti juga berkait rapat dengan politik. Saya membuat pengkhususan bidang Sains Politik dan Sejarah. Saya akui semenjak kecil saya berazam untuk menjadi ahli politik yang hebat apabila saya dewasa. Saya mempunyai wawasan bagi membela masyarakat, membantu yang susah, meningkatkan syiar islam ,mempertingkatkan taraf hidup rakyat apabila saya diberi amanah oleh rakyat. Inilah cita cita saya. Namun takdir Allah mengatasi segala galanya, manusia hanya merancang tapi Allah yang menentukan. Saya tewas dalam pilihanraya umum lalu dengan majoriti 115 undi. Sebagai org islam saya redha dengan takdir Allah akur dengan kehendak rakyat dalam DUN Bukit Payong. Namun ia tidak melemahkan saya bagi menuruskan khidmat bakti kepada masyarakat khasnya masyarakat DUN Bukit Payong.

1 comment:

Unknown said...

selagi kite ikhlas dalam berjuang, Allah akan permudahkan..insyaAllah..

Contributors