Pages

Subscribe:

14 August 2010

Pengembaraan Ramadhan

Salam 2 all

Hari ini dah masuk hari ke 5 Ramadhan berkunjung. Begitu cepat masa berlalu, kadang kadang tidak kita sedari. Alhamdulillah masjid masih lagi dipenuhi jemaah setiap waktu Solat Isyak & Terawikh serta waktu Subuh.

Beberapa hari sebelum Ramadhan, Kita telah agihkan bantuan zakat untuk keperluan fakir dan miskin menghadapi Ramadhan dan Hari Raya. Alhamdulillah mereka semua begitu gembira dengan bantuan zakat ini. Selang beberapa hari selepas itu ramai yang berkunjung kerumah dan pejabat saya bagi memaklumkan mereka tidak menerima bantuan zakat pada tahun ini.

Bagi makluman semua, pemilihan dibuat oleh JKKK, Jawatankuasa Masjid dan para Amil yang dilantik. Bagi pak cik, mak cik, iba bapa sekalian, saya akan ambil perjalanan seterusnya diatas makluman yang diberikan. Kita cukup faham diatas rayuan semua untuk membeli kelengkapan Ramadhan dan pakaian raya anak anak. Itulah rayuan oleh mereka. bagi yang layak kita akan pertimbangkan. Insyallah.

Setakat ini tidak ada yang jumpa saya untuk datang bantuan ini dengan mengatakan saya tidak layak menerimanya atau sebagainya. Kalau ada alhamdulillah. Oleh sebab itu lah dalam setiap ucapan, saya selalu memaklumkan bahawa gunakanlah setiap bantuan yang diberi bagi tujuan yang berfaedah. Utamakanlah pendidikan kepada anak anak masing masing.

Dengan ilmu sahajalah, kita dan anak anak akan dapat keluar dari belenggu kemiskinan. Jika anak anak berjaya, saya penuh yakin keluarga tersebut akan keluar daripada kemiskinan. Kemiskinan kita sekarang bukan alasan untuk mengabaikan soal pendidikan anak anak. Kerajaan sedia membantu.

Pada hari pertama Ramadhan, Saya bersama penyelaras Wanita UMNO DUN serta Jabatan Kebajikan Masyarakat membuat kunjungan ziarah Ramadhan bagi bertemu dengan warga emas, Orang sakit dan uzur.

Banyak pengajaran yang diperolehi dalam lawatan ini. Bagi kita yang sihat , mungkin tidak memikirakan masalah sakit. Bagi seorang pesakit di Kg Paya Resak yang saya kunjungi sudah tidak sedarkan diri selama 3 bulan. Terbaring diatas tilam, tidak boleh bercakap dan bangun. Hanya isteri tercinta yang menguruskan segala galanya.

Saya tanya isteri tersebut, " bagaimana uruskan suami sedangkan puan tidak bekerja" Si isteri menjawab dengan nada perlahan, dia menggunakan duit simpanan yang terdahulu dan sumbangan orang ramai. Insyallah selepas ini , kita akan bagi bantuan bulanan kepada beliau bagi meringankan beban yang ditanggung.

Semalam saya bersama isteri ziarah seorang anak muda yang baru mempunyai 1 orang anak di Kg. surau Hj. Yaacob. Pihak hospital tidak dapat mengesan panyakit yang dialami oleh beliau. Beliau hanya mampu terbaring diatas tilam. Badannya pun dah nampak kurus. Emak mertuanya memaklumkan bahawa menantunya ini begitu bersemangat untuk berpuasa tp apakan daya , tubuhnya lesu tidak bermaya. Alhamdulillah kerajaan telah memberi bantuan bulanan kepada isteri beliau bagi menampung perbelanjaan keluarga.

Pengalaman ini, saya cungkilkan dalam tulisan ini untuk tatapan semua supaya kita harus sentiasa beringat. Saya tidak mampu untuk menceritakan satu persatu. Hidup ini bukan selalunya indah. Dugaan dan ujian dari Allah harus kita tempuhi. Bagi yang sihat kita pakat guna gunakan Ramadhan ini dengan sebaik yang mungkin. Insyallah.

Muhasabah diri.

5 Ramadhan 1431 H
15 Ogos 2010 M

1 comment:

matmin said...

setuju dgn pndapat yb.hanya ilmu yg dpt mngeluarkan ssorg dr kemiskinan.ilmu dpt merubah mase dpn rmai org.skrg,pd hemah sy,rmai yg berpndapat,blajar tggi,xdpt kerja,baik xpayah blaja.mgkin org xtnam niat yg btul dan x 100% tau hukum menntut ilmu iaitu fardhu ain.sy yakin,dgn pluang dn bantuan dr krjaan skrg,sy ykin smua dpt pluang bljar dgn kos yg amat minima compare dgn ngare luar.pluang dn jln tlh dsediakan,hnye bergantung kpda ank muda utk menghargainya dgn blajar brsungguh2 dn berazam utk merubah mase dpn kluarga.skdr berkongsi pndpt.wslm

Contributors