Pages

Subscribe:

28 February 2010

Binatang bertopengkan manusia

Salam bloggers.

Minggu ini kita dikejutkan dengan berita yang amat menyanyat hati. Perasaan sedih, marah dan geram menyelubungi diri ini. Adik Syafia Humairah yang masih tidak mengerti akan kehidupan ini mati dalam keadaan penuh kengerian akibat didera oleh kekasih ibu mangsa.

Mangsa yang berumur 3 tahun dilaporkan disepak, dipukul dengan benda tumpul, dipijak, dicucuh dengan puntung rokok dan lain lain penyiksaan dipersembahkan kepada kanak kanak malang ini. Perlakuan ini berada diluar kotak kelakuan manusia biasa.

Adakah orang yang melakukan perkara ini sudah hilang nilai kemanusiaan dan bertuhankan nafsu serakah, berkiblatkan syaitan durjana dek kerana dadah durjana. Kita tak dapat nak bayangkan bagaimana penderitaan yang dialami oleh adik ini setiap hari akibat diperlakukan sedemikian. Kesakitan dan kesengsaraan yang dialaminya ini telah membawanya menemui Allah yang maha kuasa.

Kematian ialah suatu perkara yang wajib dialami oleh manusia tetapi kematian dalam bentuk penyiksaan yang diperlakukan ini amat kejam dan tidak berperikemanusiaan. Allah lebih sayangkan adik Syafia Humairah. Dari pandangan mata kasar kita memang lebih baik adik ini mati dari menanggung penyiksaan yang amat kejam ini.

Difahamkan ayah mangsa masih berada di penjara kerana terlibat dengan dadah. Teman lelaki ibunya yang merupakan suspek utama yang mendera adik Syafia Humairah juga didapati positif ganja. Maha benarlah firman Allah yang membawa maksud " manusia itu seperti binatang, bahkan lebih teruk dari binatang".

Saya mengambil kesempatan dalam tulisan ini, menyeru kepada adik adik yang bakal membina mahligai perkahwinan agar sentiasa berhati hati memilih pasangan masing masing. Jangan kerana cinta dan kasih kita hilang pertimbangan. Masa bercinta, semuanya indah. Pasir pun rela dimakan. Tapi hakikat kehidupan ini tidak semudah cinta tersebut. Buat pertimbangan sebelum memilih pasangan masing masing supaya hidup kita menikmati kebahagiaan dimasa depan dan bukan kesengsaraan.

Walaupun mati akibat penderaan yang melampau ini, Alhamdulillah adik Syafia Humairah akan bersemadi di alam baqaa dalam ketenangan dan kesejahteraan. Seluruh masyarakat mengharapkan pelaku jenayah ini akan menerima hukuman yang setimpal dengan kezaliman yang dilakukannya.

Al Fatihah buat adik Syafia Humairah.

1 comment:

mannmusa said...

Allah telah cabut imannya.....manusia tu tidak lagi layak dipanggil manusia dan sudah hilang kelayak hidup dibumi Allah ini.....

Contributors